Kapal Persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises Terima Lebih 40,000 Tempahan Tetamu - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kapal Persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises Terima Lebih 40,000 Tempahan Tetamu

Trending

Kapal Persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises Terima Lebih 40,000 Tempahan Tetamu

Kapal Persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises Terima Lebih 40,000 Tempahan Tetamu | Kapal persiaran utama Resorts World Cruises, Genting Dream kini berlabuh di Port Klang Cruise Terminal yang merupakan salah satu Pelabuhan ‘homeport’ untuk menerima penumpang dan menurunkan pelancong.

Kapal Persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises

Dengan bermulanya pelabuhan dwi pertama di rantau antara Singapura dan Pelabuhan Klang sejak 18 Julai 2022, Resorts World Cruises telah menerima lebih 40,000 tempahan tetamu (genting dream cruise booking)yang disahkan sehingga akhir tahun ini, kurang daripada sebulan selepas kapal ini beroperasi.

Pelayaran pergi-balik untuk 3 Malam melalui kapal Genting Dream cruise port klang ke Pulau Pinang dan pelayaran 2 Malam dari Pelabuhan Klang ke Singapura ini semakin popular dalam kalangan pelancong khususnya yang berlepas dari Malaysia. Pelayaran 3 Malam mewakili lebih 50% tempahan yang akan berlepas dari Pelabuhan Klang.


“Kami gembira dengan sambutan yang menggalakkan dan positif daripada pasaran Malaysia dan teruja untuk melihat begitu ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk berlayar bersama kami dari Pelabuhan Klang. Dengan penambahan yang menjadikan Pelabuhan Klang sebagai sebahagian daripada dwipelabuhan, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang dan memanfaatkan kemudahan serta akses yang mudah untuk menerokai percutian pelayaran melalui kapal Genting Dream”, kata Encik Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises.

“Bagi pihak Resorts World Cruises, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, pihak berkuasa tempatan, rakan perniagaan dan rakan industri pelancongan kami di atas sokongan yang berterusan dalam mempromosikan Pelabuhan Klang sebagai salah satu pelabuhan (‘homeport’) dan juga sebagai destinasi”. tambahan beliau.


Encik Azrul Shah Bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, “Selangor adalah sebuah negeri yang indah dengan begitu banyak tawaran kepada para pelancong. Pelabuhan Klang sendiri merupakan pelabuhan yang strategik yang membolehkan ramai rakyat Malaysia dan para pelancong antarabangsa menerokai pelayaran kapal persiaran (cruise) sebagai pilihan percutian mereka. Resorts World Cruises telah menerajui untuk memilih Pelabuhan Klang sebagai salah satu pelabuhan asalnya. Ianya akan terus memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan ke arah pertumbuhan kedua-dua sektor pelancongan pelayaran samada domestik mahupun serantau”.

Genting Dream Cruise Price/Genting Dream Cruise Harga 2022
Selain Pelayaran 3 Malam ke Pulau Pinang dan Singapura yang berlepas setiap hari Isnin, para pelancong yang berlepas dari Pelabuhan Klang juga boleh memilih pelayaran 2 Malam pergi dan balik ke Singapura. Pelayaran ini berlepas pada setiap hari Khamis dan Sabtu, dan pakej bermula daripada RM599.00 untuk setiap orang, tertakluk kepada terma dan syarat. Korang boleh semak harga di Klook Malaysia.

Kapal Persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises

What is included in Genting Dream Cruise?

1) Turut Menawarkan Pelayaran Sehala
Selain itu, Resorts World Cruises juga akan menawarkan pelayaran sehala, yang merupakan salah satu alternatif kepada perjalanan udara dan darat untuk berjuta-juta pelancong antara ke Singapura dan ke Kuala Lumpur.

Kapal persiaran Genting Dream, 'A Resort Cruising at Sea' menyediakan pelbagai tawaran menarik yang telah termasuk sebahagian daripada tawaran dan pakej pelayaran, seperti, makan malam percuma sepanjang hari yang menampilkan hidangan berkonsepkan antarabangsa dan Asia, serta penyediaan sudut snek kegemaran untuk dinikmati sepanjang hari.


2) Menyediakan Makanan Kapal Persiaran Mesra Halal Pertama Di Dunia
Sebagai Kapal Pesiaran ‘Mesra Halal’ yang mengikuti Standard OIC/SMIIC* Pertama di Dunia, pengembara atau pelancong Muslim akan mendapat akses kepada makanan dan minuman yang halal, khusus di restoran The Lido, yang turut menyediakan masakan vegetarian dan Jain.

Kapal Persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises

3) Dilengkapi Kemudahab Ruang Solat, Pawagam, Taman Tema Air Dan Sebagainya
Ruang solat juga disediakan di atas kapal untuk kemudahan tetamu yang beragama Islam. Tawaran inklusif lain yang menarik juga disediakan untuk tetamu termasuk persembahan pentas antarabangsa yang menakjubkan dan tayangan filem di teater Zodiac berkapasiti 1,000 tempat duduk, taman tema air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, laluan tali dan ziplines, ‘rock climbing’, penyediaan aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga dan banyak lagi.


4) Menawarkan Pelbagai Jenis Pilihan Penginapan
Resorts World Cruises juga menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan yang menarik di atas kapal dengan perkhidmatan terbaik mengikut kelasnya yang tersendiri. Antara pilihan penginapan yang disediakan menampilkan, Interior Staterooms, Oceanview, Balcony staterooms dan suite mewah, “The Palace” – 'sebuah kapal-dalam-kapal' enklaf peribadi dengan kemudahan eksklusif dan kemudahan, termasuk perkhidmatan butler tersendiri selama 24 jam dengan gaya Eropah.

Kapal Persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises

Para tetamu yang menaiki Resorts World Cruises boleh merasai percutian mereka dengan rasa tenang, kerana aspek keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan anak kapal adalah menjadi keutamaan bagi setiap pelayaran. Untuk melindungi kesihatan semua penumpang, semua kru dan tetamu pelayaran mewajibkan untuk menerima vaksin COVID-19 sepenuhnya. Sebelum menaiki kapal dan berlayar, para tetamu juga diwajibkan untuk menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) di pusat atau klinik perubatan yang bertauliah sehari sebelum berlepas.


Itinerari Pelayaran Genting Dream dari Kuala Lumpur (melalui Port Klang)
resort world cruise schedule/genting dream cruise arrival time/genting dream cruise ship location/genting dream destination cruises by resorts world cruises/genting dream cruise location

Kapal Persiaran Genting Dream by Resorts World Cruises

Pelayaran 3 Malam ke Pulau Pinang-Singapura berlepas setiap hari Isnin
Hari 1 (Isnin) Kuala Lumpur [Waktu berlepas 4pm]
Hari 2 (Selasa) Pulau Pinang [7am – 4pm]
Hari 3 (Rabu) Singapura [1230pm – 8pm]
Hari 4 (Khamis) Kuala Lumpur [Waktu ketibaan 10am]

Pelayaran 2 Malam ke Singapura berlepas setiap hari Khamis
Hari 1 (Khamis) Kuala Lumpur [Waktu berlepas 8pm]
Hari 2 (Jumaat) Singapura [10am – 8pm]
Hari 3 (Sabtu) Kuala Lumpur [Waktu ketibaan 8am]

Pelayaran 2 Malam ke Singapura berlepas setiap hari Sabtu
Hari 1 (Sabtu) Kuala Lumpur [Waktu berlepas 11am]
Hari 2 (Ahad) Singapura [10am – 8pm]
Hari 3 (Isnin) Kuala Lumpur [Waktu ketibaan 8am]
**Tertakluk kepada perubahan

Untuk maklumat lanjut dan tempahan/genting dream cruise booking, layari www.rwcruises.com atau hubungi talian 1800-814-852.

*Organisation of Islamic Cooperation (OIC)
*The Standards and Metrology Institute for Islamic Countries (SMIIC)

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post