Review: Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup, Gourmet Spicy Tak Sedap! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review: Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup, Gourmet Spicy Tak Sedap!

Trending

Review: Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup, Gourmet Spicy Tak Sedap!

Review: Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup, Gourmet Spicy Tak Sedap! | Hi korang! Dah laam dah tak try instant noodle Korea ni. Sebelum ni gigihlah nak cuba Samyang yang pedas tu. Kali ni Kak Bell cuba Shin Ramyun. Walaupun cuba macam-macam tapi tetap Maggi yang no. #1. Hujung-hujung tetap beli jenama Maggi!

Review: Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup, Gourmet Spicy Tak Sedap!

Nongshim Shin Ramyun ialah salah satu jenama instant ramen popular di South Korea. Selain samyang, mi instan Korea lain ada Shin Ramyun. Samyang ni sebanarnya ialah mi goreng, manakala Shin Ramyun pula adalah jenis noodle berkuah.

Kak Bell cuma tahu ada 2 jenis iaitu Shin Ramyun Noodle Soup dan Shin Black Noodle Soup (Spicy). Untuk beza mana yang pedas pakaging dia tulis Black. Kalau yang standard tu biasa aja spicy level dia. Shin ramyun ni Halal dan ada tulis pada packaging dia dan korang boleh cuba yang jenis dalam cup atau paket. Sis beli dalam cup sebab nak cuba dahulu. Kalau beli banyak tak habis, sape pulak nak makan kan!


Shin Ramyun Ingredients
Untuk bahan atau shin ramyun ingredients datang dalam 2 paket. Cuma ada bahan perisa (bumbu) dan juga sayuran kering. Kalau makan IndoMie siap ada minyak, cili kering, perasa dan macam-macam lagi. Untuk paket ingredient bagi Shin Black Noodle Soup ada extra seasoning packet.

Review: Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup, Gourmet Spicy Tak Sedap!

Review: Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup, Gourmet Spicy Tak Sedap!


Nongshim Shin Ramyun Review
Untuk Shin Ramyun Noodle Soup ni Kak Bell curah air panas aje sebab beli yang jenis cawan. Kalau beli yang paket tu of course lah Kak Bell akan tumis dan masak mi instant ni.

Jujur, pertama kali try terus tak suka ya! Tak tahulah orang lain tapi pada Kak bell memang tak kena.Tekstur mi tu Kak Bell tak kisah lah sangat dia nak kenyal macam spring ke macam mana tapi rasa kuah dia tu memang tak boleh go! Kemudian untuk shin ramyun spicy level, rasanya memang tak pedas langsung. Tapi ada yang review cakap Shin Ramyun Gourmet Spicy Noodle Soup ni pedas.

Review: Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup, Gourmet Spicy Tak Sedap!

Review: Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup, Gourmet Spicy Tak Sedap!

Untuk sayuran kering tu kena pahamlahh keenakan dia tak ada lah sama macam makan yang fresh. Kak Bell pentingkan rasa kuah dan rasa pedas untuk mi instant ni. Mungkin juga sebab tak masak dalam periuk jadi rasanya kureng sebab kita boleh adjust rasa masakan kalau tumis dan masak. Jadi Shin Ramyun Gourmet Spicy Noodle Soup cup ni bagi Kak Bell tak sedap. Kak Bell tak habis makan pun. Mungkin Kak Bell kena cuba yang jenis paket dan juga Shin Ramyun Black baru dapat taste yang disukai kot.


Shin Ramyun Spicy Review
Untuk spicy level tu memang berbeza untuk setiap orang. Kalau mat saleh makan, memang dia dah rasa menggelupur pedas kan. Jadi tak semestinya korang akan rasa terlalu pedas, tak pedas langsung dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada tahap toleran korang pada spicy level.

Apapun buat masa ni Kak Bell tak suka shin ramyun taste. Nongshim Shin Ramyun Noodle Soup, Gourmet Spicy Tak Sedap! Maaf ye.

Shin Ramyun Review
shin ramyun review Malaysia
shin ramyun taste
shin ramyun halal

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post