Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap

Trending

Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap

Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap | Hi korang! Peminat hidangan berasaskan mi atau mee mesti sukakan mi kari/mee kari. Kak Bell sebenarnya kurang gemar sangat kalau mee kuning tu terlalu rasa kapur. Sebab tu jarang nak order mi kari. Kalau buat sendiri bolehlah cari mee kuning halal yang kurang rasa kapur bila nak masak mee ni.

Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap

Sekarang ni pun ada banyak jenama mee kuning halal, salah satunya mee kuning NuMee Gardenia. Buat pengguna muslim dah tak perlu bimbang lagi dengan pihak pihak yang guna label bunyi keislaman untuk perdayakan pengguna Islam. Yang ni konfem halalan toyyiban. Lagi satu mee kuning menggunakan teknologi terbaru yang diperbuat tanpa pewarna tambahan, tanpa asid borik, menggunakan alkali bergred makanan dan kurang berminyak.

Last week sempat Kak Bell buat mi kari pakai NuMee. Buat cara paling mudah dan simple. Cuma pakai isi ayam, tauhu kering, fishball dan beberapa bahan lain. Kak Bell tak pakai seafood. Pada yang suka boleh lah pakai udang segar a tau udang. Mesti lagi sedap kan. Jomm lihat Cara Buat Mi Kari Simple & Super Sedap.


Resepi Mee Kari Ayam Simple
Hidangan (5-6 orang makan)

Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap

Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap

Bahan A (bahan hiris/kisar)
1 batang serai (dititik)
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang kecil/merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu udang kering

Bahan B
2 paket mi kuning NuMee
1 mangkuk bahagian isi ayam
5 biji telur rebus
1 kotak santan kecil
1 paket pes rempah kari ayam & daging
1 paket kari ikan
1 paket fishball
1 kiub ayam
2 biji kentang (dipotong kecil)
2 tangkai sawi, potong dan rebus
tauhu kering/tauhu lampong
limau nipis
1 batang daun kari
4 sekawan (
kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
2 keping asam keping (air 
asam jawa pun boleh) 
bawang goreng
sedikit air


Cara buat mi kari simple sedap

1. Masukkan 2 senduk minyak, panaskan minyak dan tumis 4 sekawan dan daun kari.
2. Masukkan bahan kisar (bawang-bawang dan halia), tumiskan bahan sampai naik bau dan pecah minyak.

Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap

3. Masukkan sedikit air. Kacau sampai masak atau bertukar warna kekuningan.
4. Dah naik minyak, masukkan serbuk kari. Masukkan sedikit air
5. Masukkan isi ayam, kentang dan biar seketika.

Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap

Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap

6. Masukkan asam keping atau sedikit air asam jawa, serai yang dititik.
7. Masukkan santan 1 kotak. Nak pakai santan pekat pun boleh.

Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap


8. Untuk kuah, masukkan air secukupnya.

Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap

9. Masukkan fishball & tauhu lampong.

Resepi Mee Kari Ayam Simple, Paling Mudah & Sedap

10. Masukkan kiub ayam, perasa dan dengan garam dan gula secukup rasa.

TIPS!
  • Rebus telur biarkan sjuk dan potong dua bahagian
  • Celur seketika sawi, buang air rebusan dan asingkan
  • Boleh tambahkan taugeh, hirisan cili merah
  • Boleh juga masukkan fishcake
  • Selain ayam, boleh gantikan dengan udang atau kerang
  • Tambahkan 2 sudu bancuhan serbuk cili kalau nak pedas


Selain menggunakan resepi kuah kari kat atas ni, korang juga boleh mencuba resepi kari tanpa santan/resepi mee kari simple tanpa santan. Kalau tak nak gunakan santan, korang boleh tambahkan kentang (ataupun keledek) lecek. Cuma perlu tambahkan bahan lain seperti tauhu, fishcake, sayur dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. 

Bolehlah korang cuba nanti resepi mee kari ayam simple ni. Mudah sahaja kan! Nak cuba resepi mee kari viral, boleh cari je kat gugel macam resepi mee kari simple che nom. Selamat memasak.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post