Petua, Cara Nak Tukar Makanan Kucing Dan Mengelakkan Cirit - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Petua, Cara Nak Tukar Makanan Kucing Dan Mengelakkan Cirit

Trending

Petua, Cara Nak Tukar Makanan Kucing Dan Mengelakkan Cirit

Petua, Cara Nak Tukar Makanan Kucing Dan Mengelakkan Cirit | Sudah menjadi kebiasaan buat pemilik kucing menukar makanan kucing kepada jenama yang lebih baik setelah mendapat saranan dari kawan-kawan ataupun doktor veterinar. Kak Bell sendiri pun telah beberapa kali tukar makanan Si Meowy di rumah ni sebab keperluan. Sebenarnya boleh untuk korang tukar makanan mereka tetapi ada caranya. 

Si Meowy ni mempunya perut yang sensitif dan penukaran makanannya secara tiba-tiba atau drastik boleh menyebabkan masalah penghadaman. Menukar makanan kucing secara mendadak boleh menyebabkan kucing hilang selera makan, gejala muntah dan cirit-birit. Jika berterusan, akan menyebabkan dehidrasi dan juga kematian.
 
cara nak tukar makanan kucing

Kenapa Perlu Tukar Makanan Kucing Yang Baru?
Terdapat beberapa sebab kenapa kita perlu menukar makanan kucing kepada makanan yang baru atau jenama yang lain. Selain dari segi kos, faktor kesihatan Si Meowy juga menjadi salah satu sebab perlunya makanan kering atau diet utama hariannya ditukar.

Kadangkala makanan kucing tidak habis mungkin Si Meowy bosan dengan hanya satu jenis makanan atau jenama sedia ada. Jika kucing kurang makan diet sedia ada, korang boleh cuba jenama lain untuk mereka.


Kucing yang mengalami masalah kesihatan seperti alahan (allergy), sakit buah pinggang (kidney disease), masalah usus dan obesiti juga memerlukan diet mereka di ubah bagi memastikan kesihatan Si Meowy terawat.

Macam Kak Bell, selain jenama sedia untuk diet mereka, ada juga diet khas untuk kucing yang pernah kena FLUTD dan sakit buah pinggang. Jadi budak-budak kat rumah ni, memang suka sangat nak mencuri makan sampaikan habis koyak pakaging dibuatnya. Bila Si Meowy suka, pasti mereka akan tolak diet sedia ada. Kadang tu Si Meowy kat rumah ni tak kisah brand apa, semua depa bedal. 

cara nak tukar makanan kucing

Ni Kak Bell baru try jenama Me-O. Me-O ni ada pelbagai pilihan makanan kucing bermula daripada makanan basah dalam pouch, makanan basah jenis lick, makanan kering kucing dewasa dan juga makanan kering anak kucing. Kak Bell punyalah simpan elok-elok dalam kotak, tetap depa ni pandai koyakkan kotak sebab nak makan Me-O!

Sebenarnya tidak semua kucing boleh bertolak ansur atau cepat sesuai dengan makanan baru apatah lagi kalau Si Meowy tu jenis cerewet (picky eater) dengan pemakanannya. Tetapi ada juga jenis semua benda dia nak telan. Hehe. Terdapat cara atau tips untuk anda beri atau perkenalkan makanan baru atau jenama lain dari yang biasa anda gunakan kepada kucing korang dirumah. Bukannya apa kalau mendadak tukar, kucing boleh cirit-birit ya!


Boleh Ke Campur Makanan Kucing
Jawapannya boleh nak campur jenis makanan kucing yang berlainan dalam satu bekas makan mereka. Syaratnya hanya campurkan makanan kucing kering dengan jenis kering sahaja (dry food). Tak digalakkan campur makanan kering dan basah sekali, kecuali semasa kucing nak makan sebab wet food akan cepat rosak jika terbiar lama dalam bekas mereka.

Buat Si Meowy yang memilih makan, makanan basah boleh juga dijadikan sebagai menu tambahan untuk menaikkan lagi selera kucing, dek kerana baunya yang senang menarik perhatian mereka.

Jika tiada masalah kesihatan, boleh sahaja campur dengan jenis atau jenama lain kalau ianya bersesuaian. Apapun boleh sahaja rujuk dengan vet sebab sesetengah makanan kucing tidak sesuai dicampurkan kerana formulasi setiap jenama yang berbeza.

Untuk kucing dirumah, Kak Bell ada juga campurkan makanan mereka sekali-sekala dan terhad kepada 1 jenama sahaja sebelum nak tukar makanan mereka sepenuhnya. Sekarang Kak Bell tengah campurkan sikit dengan Me-O, bukan main selera masing-masing.


Petua/Cara Menukar Makanan Kucing

Jika ingin menukar diet kucing mestilah secara beransur-ansur supaya kucing tak perasan perubahan yang mendadak. Takut bila dah tukar, Si Meowy akan tolak makanan yang baru. Proses pertukaran secara beransur-ansur membolehkan sistem penghadamannya kucing dapat menyesuaikan diri dengan makanan baru.

cara nak tukar makanan kucing

Mulakan dengan mencampurkan dalam jumlah yang kecil makanan baru anda dengan makanan kucing yang biasa dimakannya sebelum ini. Setiap hari, ditingkatkan jumlah makanan yang baru dan kurangkan jumlah makanan yang lama dalam setiap hidangan.

Berikut adalah panduan dan cara menukar makanan kering kucing secara berkala dalam tempoh masa 10 hari bagi mengelakkan kucing cirit birit selepas tukar makanan. Korang juga boleh rujuk pada pek pembungkusan makanan kucing untuk rujukan cara/jadual perubahan makanan mereka.

Hari 1 hingga 3 - makanan 70% makanan lama 30% makanan yang baru.
Hari 4 hingga 6 - makanan 40% makanan lama 60% makanan yang baru.
Hari 7 hingga 9 - makanan 20% makanan lama 80% makanan yang baru.
Hari 10 - 100% makanan yang baru.


Kucing cirit lepas tukar makanan sebenarnya adalah perkara biasa. Akan ada kucing yang menghadapi cirit atau tiada selera makan semasa peralihan makanan baru kerana kucing mempunyai perut sensitif. Dengan cara ini (gradually), ianya boleh mengurangkan atau mengelak masalah kucing enggan makan sebab kucing perlukan masa untuk rasa dan bau makanan yang baru. 

Selalunya syarikat pengeluar makanan kucing mencadangkan pemberian makanan selama 7 hari dan ada juga kucing ambil masa 10 hari untuk suka makanan baru. Semuanya bergantung kepada selera kucing macam manusia jugaklah. Boleh juga cuba hand feeding dan kalau tak berjaya boleh cuba cara seterusnya.

cara nak tukar makanan kucing
Pandai ye makan yang sedap je!

Bagi kucing yang cerewet, korang boleh guna kaedah Compromise. Maksudnya gunakan makanan lama dalam kuantiti yang sedikit atau separuh dan campurkan dengan makanan yang baru. Contohnya, sebelum ni kucing anda suka dengan makanan jenama A, tetapi kurang berkhasiat, anda boleh berkompromi dengan gunakan makanan lama atau tambahkan treat. 

Korang juga boleh campurkan dengan ikan tuna atau ayam rebus dalam kibbles baru mereka. Paling susah jika ingin menukar diet makanan basah (wet food) kepada makanan kering. Jadi pemilik Si Meowy perlu lebih kesabaran dan cuba cara biasakan kucing makan makanan kering seperti di atas.


Cara Perkenalkan Makanan Pepejal/Kibbles Pada Anak Kucing

Setelah anak kucing mencapai umur 4-6 minggu, anda sudah boleh mula memperkenalkan dengan makanan berbentuk pepejal. Proses ini dipanggil weaning (cara biasakan kucing makan dry food). Campurkan susu dengan makanan kering formula anak kucing atau makanan basah formula anak kucing.
 
Me-O mempunyai pelbagai variasi makanan kucing formula untuk anak kucing, makanan jenis kering dan makanan basah. Berikan makanan kucing mengikut panduan pemberian makanan seperti yang disarankan dibawah:

cara nak tukar makanan kucing

Semasa dalam proses pertukaran makanan secara gradually, perhatikan juga keadaan dan warna najis kucing (cat poop). Sekiranya tiada perubahan atau pembuangan najis Si Meowy normal, boleh terus naikkan kadar jumlah makanan baru tadi. Jika sekejap sahaja cirit dan tak berterusan ianya tidak menjadi masalah. Boleh cuba puasakan kucing cirit birit dengan stop dahulu makanan baru atau puasa dari makan dalam tempoh 6-12 jam dan beri banyak minum air. Kalau teruk, perlu stop dan bawa berjumpa vet untuk rawatan.

 
Untuk makluman, tidak semestinya jenama A tu sesuai dan jenama B tidak sesuai dengan kucing korang. Yang penting kena cuba dahulu dan cara terbaik adalah beli makanan baru dengan kuantiti sikit atau beli sampel dahulu. Jadi tidaklah membazir. Kak Bell pernah dulu beli jenama Button & Bow, sekor pun tak nak makan. Dah la beli pek breeder. Jadi Kak Bell bagi lah pada kucing stray. Dapat jugak anak bulus stray makan makanan sedap kan.

Kesimpulannya, tidak semestinya bila kucing cirit adalah tanda makanan kucing tidak sesuai. Kak Bell harap dengan panduan cara nak tukar makanan kucing ni dapat bantu korang semua untuk proses pertukaran makanan kucing kepada jenama yang lain. Nanti Kak Bell kongsi lagi maklumat lain buat pencinta Si Meowy!

puasakan kucing cirit birit
cara nak tukar makanan kucing
kucing cirit birit selepas tukar makanan
kucing cirit lepas tukar makanan
tanda makanan kucing tidak sesuai
cara biasakan kucing makan dry food

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post