Kucing Stress Sebab Tukar Makanan? Bagaimana Memberi Makan Kucing Dengan
Sebetulnya? | Hi semua pencinta kucing. Kak Bell banyak terima pertanyaan
mengenai pemilihan makanan kucing. Memang betul terdapat banyak pilihan
jenama makanan kucing yang ada di pasaran Malaysia. Kadangkala sukar buat
pemilik kucing untuk membuat pilihan. Seperti juga manusia, Si Meowy juga
memerlukan makanan kucing terbaik untuk memastikan mereka sihat dan
berjangka hayat panjang.
Apa yang kita beri kucing kita makan adalah sangat penting sama pentingnya
juga dalam bagaimana cara kita memberi mereka makan. Bagaimana kita memberi
makan kucing boleh memberi kesan kepada Si Meowy secara fizikal dan emosi
menurut kajian yang dilakukan oleh
American Association of Feline Practitioners
(AAFP).
Sebenarnya kucing merupakan haiwan yang tidak suka akan perubahan seperti
penukaran makanan, susun atur perabot di rumah dan sebagainya. Kadangkala
perkara begini boleh menyebabkan kucing menjadi stress.
Terdapat sesetengah pemilik kucing yang beranggapan kucing boleh makan apa
saja seperti memberikan nasi. Sebenarnya terdapat beberapa
makanan manusia yang bahaya untuk kucing. Bagi memastikan Si Meowy dapat nutrien dan zat yang mencukupi, pemilihan
jenis makanan sihat untuk kucing haruslah dititikberatkan.
Bagaimana Memberi Makan Kucing Dengan Sebetulnya?
Kucing adalah haiwan karnivor pemakan daging, jadi mereka mempunyai naluri
memburu yang kuat. Mereka juga lebih suka makan sendirian dan makan kuantiti
yang sedikit namun kerap. Oleh itu kucing sering meminta makan. Sekiranya
anda memiliki kucing yang banyak, bagaimana cara anda menyusun bekas makanan
dan minuman juga pun boleh mempengaruhi stress dan mood kucing anda.
- Memuaskan keperluan kucing dengan memberi jumlah makanan yang sedikit sahaja tetapi kerap 2-3 kali sehari.
- Menggunakan bekas makanan jenis stimulasi atau automatik atau puzzle feeder
- Hidangkan makanan kucing dengan kerap dengan nutrisi yang sesuai
- Asingkan bekas makanan jika anda mempunyai banyak kucing bagi mengelakkan kucing lain yang enggan makan bersama.
Makanan Kucing Jenama ME-O, Kasih Sayang Tidak Terhingga Untuk Si Meowy
Baru-baru ni Kak Bell telah cuba jenama makanan kucing jenama Me-O.
Tagline mereka Kasih Sayang Tidak Terhingga Untuk Si Meowy. Me-O adalah
makanan bergizi seimbang dan lengkap, diformulasi untuk memenuhi atau
melebihi standard gizi yang ditetapkan oleh US National Research Council
(NRC) dan Association of American Feed Control Official (AAFCO) bagi makanan kucing.
Untuk makanan kucing Kak Bell perlu pilih yang terbaik sebab ada Si Meowy
Kak Bell yang sensitif skin dan pernah menghidap FLUTD. Jadi memang ada
ciri khas yang perlu Kak Bell tengok sebelum beli makanan kucing.
Ada beberapa jenis
makanan kering kucing Me-O
termasuklah cat treat yang Kak Bell dah cuba. Jenama ini pun jadi pilihan
untuk bulus-bulus kesayangan Kak Bell dirumah. Terdapat beberapa jenis
dengan nutrisi yang berbeza, antaranya ialah:
- Perisa Tuna
- Perisa Chicken & Vegetable
- PerisaBeef Flavour & Vegetable
- Perisa Seafood
- Perisa Gourmet
- Perisa Salmon
- Perisa Mackerel/sardin
- Makanan Kucing Kering Sterile Cat Formula Obese-prone
Khasiat Makanan Kering Kucing Dewasa ME-O
Dalam pemilihan makanan kucing, adalah penting untuk semak label kandungan
protein, lemak dan juga elakkan bahan-bahan menggunakan by-product. Me-O
ni mengandungi 30% protein, 9% lemak, 4% protein serat (crude protein) dan
10% kandungan air.
Antara khasiat makanan kucing kering Me-O adalah seperti di bawah.
1) Taurina
Taurina ialah asid amino sangat penting untuk fungsi mata dan
meningkatkan kemampuan penglihatan kucing.
2) Vitamin C
Meningkatkan sistem keimunan tubuh dan membantu mengurangkan stres
akibat persekitaran
3) FLUTD (Feline Lower Urinary Tract Disease)
Formula ini dikembangkan untuk mencegah risiko FLUTD dan batu karang
pada kucing.
4) Omega-3, Omega-6 dan Zink
Omega 3 & 6 dari minyak berkualiti tinggi dengan kombinasi zinc akan
melembutkan kulit dan bulu kucing.
5) Rendah Sodium
Formula rendah sodium membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi,
penyakit ginjal/buah pinggang dan jantung pada kucing.
6) Kalsium, Fosforus & Vitamin D
Berfungsi menguatkan gigi dan tulang
• Mempunyai DHA & Choline yang dapat meningkatkan perkembangan otak
dan sistem saraf
• Omega-3 asid lemak dari minyak ikan baik untuk kesihatan jantung
kucing
• Triple DHA Enhancement untuk meningkatkan ingatan, kewaspadaan dan
kecerdasan kucing
• Vision Nourishing Suplement Taurina untuk penglihatan kucing
• Vitamin E, Biotin, Zin, Omega 3 & 6 untuk kulit yang sihat
• Kalsium dan Fosforus untuk tulang dan gigi yang kuat
Persekitaran kucing termasuklah rutin pemakanan hariannya dapat memberikan
impak kualiti kehidupan kucing anda secara positif atau negatif.
Kebanyakan kucing peliharaan bergantung kepada manusia untuk makanan, jadi
penting nak kena bagi Si Meowy makanan kucing kering yang baik dan
bernutrisi supaya mereka gembira. Tak sangka betul ya, tukar makanan
kucing, susunan bekas makanan tak betul pun boleh buat kucing stress!
Kucing Stress Sebab Tukar Makanan, Bagaimana Memberi Makan Kucing Dengan
Sebetulnya, cara bagi kucing makan dengan betul,