i-Kao Jepun Perkenalkan Anti-Aging Device The Elegance Premium Set Untuk
Kulit Sihat Glowing | Hi semua! Semua orang mengidamkan kulit wajah yang
halus, glowing dan sihat. Disebabkan ada ribuan produk kecantikan di
pasaran, mesti kita tertanya-tanya beauty product yang perlu dipilih untuk
rutin penjagaan kulit seharian secara menyeluruh dan terbaik. Bagi wanita
Asia tentunya produk dari negara Korea dan Jepun yang menjadi pilihan.
Tahu tak sebenarnya ada beza di antara jenama dari kedua-dua buah negara
ini. Jadi
apa perbezaan Japanese Skincare dengan Korean Skincare? Kedua-duanya menjanjikan produk dengan teknologi tinggi dan inovatif
tetapi produk penjagaan kulit Jepun menggunakan bahan yang lebih
alami/semulajadi dan telah digunakan sejak sekian lama dan menjadi falsafah
penjagaan kulit mereka. Hinggakan ada istilah khusus bagi wanita Jepun
memiliki kulit wajah yang cantik iaitu mochi-hada (kulit mochi).
Selain produk penjagaan kulit yang bagus, penggunaan alat kecantikan atau
alat perawatan wajah anti-aging juga makin popular. Kak Bell sendiri pun ada
pakai device untuk kecantikan wajah iaitu
Foreo Bear Mint, tapi kali ni Kak Bell nak kongsikan mengenai produk penjagaan kulit Jepun
dari i-Kao, jenama kecantikan dan kosmetik nombor 1 Jepun iaitu The Elegance
Premium Set. Dalam set ni ada beberapa produk penjagaan kulit dan juga
device untuk perawatan wajah. Nak tahu tentang produk dari Jepun yang satu
ni, jom baca lebih lanjut.
i-Kao Ketengahkan Konsep Kecantikan Melalui Teknologi
i-Kao ialah
jenama yang mengkhusus dalam produk kecantikan dan kosmetik Jepun. Pada
awalnya ditubuhkan untuk membangunkan peralatan perubatan berkualiti tinggi
untuk hospital kosmetik dan pembedahan plastik. Melihat permintaan dalam
industri kecantikan yang sangat berkembang, i-Kao memperkenalkan alat
kecantikan melalui gabungan teknologi pintar melalui device kecantikan dalam
The Élégance Premium Set ni. Produk i-Kao juga telah dipatenkan dan telah
memenangi anugerah dan juga telah diiktiraf di seluruh dunia atas
keberkesanan dan inovasinya.
The Élégance Premium Set Untuk Kulit Yang Lebih Sihat dan Bersinar
Buat anda yang mengidam-idamkan kulit wajah yang halus, bersih dan
bercahaya, produk kecantikan Jepun ada jawapannya! Set kecantikan i-Kao ini
terdiri daripada 4 produk iaitu 1 device/ tool kecantikan The Elegance dan
juga 3 unit produk penjagaan kulit iaitu Lotion Oxygène, Sérum La Crème dan
Beauté Coton.
Set ini berfungsi untuk mengembalikan kulit wajah supaya cantik dan sihat
dengan penggunaan secara konsisten. Device kecantikan dan produk mereka ni
telah diuji dan diluluskan secara klinikal dan terbukti berkesan dengan
hasil yang ketara selepas beberapa hari penggunaan. Mudah sahaja nak cantik
dari rumah, tidak perlu nak ke spa wajah dengan i-Kao Japan premium set.
The Élégance Peranti Terbaik All-In-One Untuk Rawatan Di Rumah
Peranti The Élégance All-In-One ni menggunakan teknik dermatologi dari Jepun
yang diprogramkan dengan 6 teknologi sains yang terbukti secara klinikal.
The Élégance berkesan menyingkirkan sehingga 99.5% kotoran dalam liang roma,
keratin lama, sel kulit mati, minyak, sisa kosmetik dan kotoran lain dengan
teknologi skin cleansing yang membersih secara mendalam hingga ke dalam
kulit.
Teknologi IPL (Intense Pulsed Light) berfungsi merawat kerosakan kulit
akibat sinaran cahaya matahari (sun damage), bintik penuaan, tona warna
tidak sekata, masalah pigmentasi dan kulit kemerahan akibat jerawat/acne.
Teknologi LIFT merangsang penghasilan kolagen semulajadi untuk menegangkan
kulit wajah dan mengurangkan kedutan halus (wrinkles) sehingga 20%.
Peranti The Élégance dari i-Kao ini bertindak melembapkan kulit yang halus
di sekeliling mata secara intensif dengan mengurangkan bengkak dan lingkaran
hitam (dark circles), serta mencegah kekeringan dan kerengsaan kulit.
Teknologi ini memberi manfaat terapeutik kepada kulit dengan merangsang
sintesis kolagen, meningkatkan aliran darah, menghapuskan bakteria jerawat
dan mengawal pengeluaran minyak pada wajah.
Membantu meningkatkan kesihatan dan kecantikan kulit dengan membantu proses
penyerapan bahan supaya lebih baik serta mengurangkan kemerahan pada wajah.
Peranti The Élégance ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit
sensitif dan boleh digunakan oleh golongan wanita mahupun lelaki. Zaman la
ni lelaki pun jaga kulit muka ya. Kadang-kadang tu lagi mulus ya dari
perempuan! Untuk device ini menggunakan rangsangan otot elektrik (EMS) untuk
memberi rasa sensasi tenang yang membantu melegakan ketegangan pada otot.
Lotion Oxygène
The Lotion Oxygène berfungsi memberi suntikan oksigen segera ke dalam kulit
untuk memperbaharui sel dan tekstur kulit kita. Kulit akan jelas kelihatan
lebih lembut dan halus dari sebelumnya. Losyen i-Kao ini mengandungi ekstrak
plum Jepun yang kaya dengan antioksidan dan anti-penuaan. Hasilnya garis
kedutan (wrinkles) di wajah akan semakin berkurang dan wajah nampak lebih
awet muda.
Serum La Crème
Serum La Crème dari The Élégance Premium berfungsi untuk mencantikkan dan
meremajakan kulit wajah.
- Skin-lifting & Tightening: Serum anti-penuaan yang dirumus secara profesional dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal.
- Lembut & Berkesan: Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk jenis kulit paling sensitif.
- Powerful & Proactive: Bertindak menguatkan serat kolagen dan elastin kulit, seterusnya meningkatkan kepadatan dan isipadu kulit. Krim ini juga mampu mengecilkan pori-pori dan membentuk semula kontur kulit dengan efektif.
- Restorative & Healthy: Memperbaiki kulit kusam dan membantu mengurangkan bintik-bintik gelap (freckles) yang disebabkan oleh sinaran UV matahari.
Beauté Coton
Beauté coton mempunyai tekstur kapas yang sangat lembut dan direka unik
untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan Lotion Oxygène dan Sérum La
Crème.
Beauté coton digunakan pada peranti The Élégance, bersifat tidak menyerap
sebaliknya memasukkan segala kebaikan losyen dan krim ke dalam kulit wajah.
Menggunakan sutera berketumpatan ultra tinggi, Beauté Coton membantu
memudarkan sel kulit kusam untuk hasil kulit yang lebih halus dan bersinar.
i-Kao Testimoni/Review The Elegance Premium Set i-Kao Jepun
Kalau nak tahu, The Elegance Premium Set ini telah dijual beribu-ribu unit
di serata dunia termasuklah Perancis, England dan kini di Malaysia.
Kebanyakan pengguna produk kecantikan i-Kao Japan ni sangat berpuas hati dan
memberikan review dan testimoni positif setelah penggunaannya.
4 item hebat dalam The Elegance Premium Set all-in-one ini menjadikan produk
kecantikan Jepun ni berbaloi untuk dicuba. Tak perlu lakukan pembedahan
facelift untuk buang atau kurangkan kedutan dan tegangkan kulit wajah.
- 100% peserta menunjukkan peningkatan dalam penampilan keseluruhan (overall appearance).
- 93% peserta menunjukkan peningkatan dalam isu kedutan (wrinkle severity).
- 78% peserta menunjukkan peningkatan untuk deep lines.
Pada yang nak dapatkan kulit wajah yang awet muda, sihat, cantik dan
berseri-seri, boleh lah cuba Elegance Premium Set dari i-Kao ni. Boleh
gunakan tanpa ragu sebab Élégance Premium Set dari i-Kao ini telah
dipatenkan, lulus ujian klinikal dan telah memenangi anugerah antarabangsa.
Bagaimana Nak Beli Set Premium Elegance?
Caranya mudah sahaja. Korang boleh beli Elegance lifting product ni di
website i-Kao.com. Pembayaran boleh dibuat secara Cash on Delivery dan pembayaran terus
secara online melalui kad kredit atau debit. Paling best penghantaran adalah
PERCUMA!
Dengan Set Premium Élégance, korang boleh jimat banyak
sebab harga rawatan spa wajah semestinya lebih mahal harganya dari set untuk
anti-aging i-Kao Japan ni. Menarik kan? Buat korang yang nak dapatkan wajah
cantik, kurangkan garis halus/ fine lines dan sihat, produk penjagaan kulit
Jepun ada jawapannya!
kosmetik jepun
produk kecantikan jepun