Tips Membeli Barang Kemas Bertatah Batu Permata Dan Cara Penjagaan Batu
Permata | Trend barangan kemas yang dihiasi dengan keunikan batu permata
berwarna-warni semakin mendapat tempat di hati pencinta barangan kemas. Batu
permata dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘precious stone’ yang terdiri
daripada batu permata popular yang mempunyai permintaan tinggi dari serata
dunia iaitu safir, zamrud, delima dan berlian. Selain daripada batu permata
utama ini, terdapat juga batu permata daripada kategori ‘semi-precious’
seperti kecubung (amethyst), turmalin (tourmaline), topaz, citrine dan
opal.
Sebelum membeli barangan kemas bertatahkan batu permata, terdapat beberapa
perkara yang perlu dititikberatkan agar dapat memberikan kepuasan dan
keselesaan semasa memakai. Berikut merupakan beberapa tips berguna untuk
anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam membeli barangan kemas
bertatahkan batu permata.
Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain.
Contohnya seperti permata zamrud hijau yang merupakan antara batu permata
dalam kumpulan ‘Beryl’ selain daripada permata aquamarin biru dan morganit
merah jambu. Ia pertama kali dijumpai di Mesir dan dikatakan menjadi batu
permata kesukaan Ratu Cleopatra. Batu permata dari kumpulan batu permata
berharga atau dikenali sebagai ‘precious stone’, zamrud mempunyai kekerasan
setinggi 7.5 ke 8 mengikut skala Mohs dan ianya hanya boleh ditemui di
beberapa tempat di dunia seperti Colombia, Brazil, Zimbabwe, Zambia dan
Afganistan. Hal ini demikian kerana untuk menghasilkan permata zamrud, ianya
memerlukan persekitaran dan mineral yang tertentu di dalam tanah.
Bagi batu permata delima dan safir, ianya tergolong dalam kumpulan yang sama
iaitu korundum serta mempunyai kekerasan pada skala 9 menurut skala Mohs.
Istimewanya kumpulan ini, ia juga boleh didapati dalam hampir semua warna
seperti merah, ungu dan biru. Nanti Kak Bell kongsikan 20 nama batu permata dalam artikel lain. Baca juga List of Gemstones: Precious and Semi-Precious Stones.
Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain.
Warna menjadi satu faktor utama dalam pemilihan permata semulajadi ini.
Namun, kecantikan adalah sesuatu yang subjektif dan setiap orang mempunyai
minat yang berbeza. Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui nama-nama
batu permata yang dijual serta warna batu tersebut. Jangan terkejut jika
terdapat dua batu permata yang mempunyai warna yang sama namun dari kategori
batu yang berbeza ataupun sebaliknya. Penilaian batu permata menggunakan
mata kasar adalah agak sukar, malah kita memerlukan peralatan khas untuk
membezakan setiap jenis batu permata yang ada di pasaran. Oleh itu, barangan
kemas seperti ini hendaklah dibeli daripada sumber yang diyakini dan
dipercayai untuk mengelakkan penipuan.
Atas dari kiri: Cincin HABIB bertatahkan batu permata zamrud, turmalin
hijau, peridot dan tsavorite.
Bawah dari kiri: Cincin HABIB bertatahkan batu permata zircon biru, safir
biru dan topaz biru.
2. Jenis dan warna emas yang digunakan untuk mengikat batu permata
Sebelum membeli barang kemas batu permata, ketahui jenis dan mutu emas yang
digunakan untuk mengikat batu permata tersebut. Secara lazimnya, mutu emas
bermula 750 dan ke bawah adalah pilihan terbaik untuk mengikat batu permata
kerana sifatnya yang lebih kuat dan kukuh, selain memastikan batu permata
terletak dengan sempurna. Sifat emas 999 dan 916 yang lembut dan mudah
dilentur tidak disarankan untuk barangan kemas seperti ini kerana dikhuatiri
batu permata akan terkeluar daripada ikatan. Di samping mengetahui jenis dan
mutu emas, pemilihan warna emas seperti kuning, putih dan merah jambu juga
perlu dititikberatkan bagi memenuhi citarasa dan menonjolkan warna batu
permata.
Rekaan barangan kemas HABIB bertatahkan batu permata yang diikat dengan tiga
jenis warna emas iaitu kuning, putih dan merah jambu
Sama seperti berlian, batu permata dinilai berdasarkan 4Cs (Color = Warna,
Clarity = Kejernihan, Carat = Karat, Cut = Potongan). Semakin sempurna
keempat-empat ciri tersebut, semakin tinggi harga yang ditawarkan di
pasaran. Di HABIB, barangan kemas bertatahkan permata ditawarkan bermula
serendah RM 300 dan mampu milik. HABIB juga menawarkan barangan kemas batu
permata pada harga yang eksklusif buat mereka yang ingin tampil lebih mewah.
Sebagai contoh, jika anda menggemari batu permata berwarna hijau, dengan
bajet yang terhad anda boleh memilih batu turmalin hijau bagi menghiasi
barangan kemas anda selain daripada batu zamrud kerana harganya jauh lebih
berpatutan dan mampu milik.
Sebelum membuat pembelian, anda harus memastikan barangan kemas yang dibeli
adalah bersesuaian untuk digayakan. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli
barangan kemas batu permata untuk dipakai harian, mungkin rekaan itu perlu
lebih ringkas dan minimalis berbanding jika hendak digayakan ke acara-acara
tertentu. Bagi acara-acara istimewa, anda boleh mendapatkan barangan kemas
batu permata dengan rekaan yang lebih menonjol bagi menyerlahkan penampilan
anda.
Setiap batu permata mempunyai cara penjagaan yang berbeza. Oleh itu, sebelum
membeli sebarang barangan kemas bertatahkan batu permata, anda harus
mengetahui bagaimana kecantikan dan kesempurnaan batu permata itu boleh
dikekalkan. Antara tips yang boleh diamalkan untuk merawat batu permata
adalah:
- Batu permata tidak boleh disimpan bersama batu permata yang mempunyai kekerasan lebih rendah atau tinggi (mengikut skala Mohs) bagi mengelakkan batu permata calar dan bergesel antara satu sama lain.
- Untuk mencuci barangan kemas permata anda, hanya gunakan berus lembut dan air sabun yang suam.
- Hanya menggunakan pencuci ultrasonik dan pencucian steam pada batu permata tertentu seperti opal, mutiara dan ambar untuk mengekalkan kesempurnaan batu permata. Jika pencuci ultrasonik digunakan pada zamrud atau peridot, perubahan haba akan menyebabkan batu permata mengalami keretakan dan rosak.
- Simpan dalam bekas yang bersesuaian. Elakkan menyimpan batu permata di dalam beg plastik kerana plastik boleh menghasilkan kimia yang merosakkan permukaan permata.
- Jika hendak memakai wangi-wangian, semburan rambut, losyen dan sebarang krim yang mempunyai bahan-bahan kimia, lakukannya sebelum memakai barangan kemas.
Buat mereka yang menggemari barangan kemas bertatahkan batu permata,
Festival Batu Permata adalah waktu yang tepat untuk anda mendapatkan
pelbagai rekaan barangan kemas yang pastinya menepati citarasa anda.
Festival Batu Permata berlangsung bermula 14 Julai 2022 di seluruh bilik
pameran HABIB sehingga 31 Ogos 2022. Untuk mendapatkan informasi lanjut
mengenai Festival Batu Permata, layari laman sesawang rasmi HABIB.