Snack Kucing Terbaik Me-O Cat Lick, Treat Buat Si Comel | Para
pencinta kucing mesti setuju kalau Kak Bell cakap, "cats are the rulers of
their homes". Bukannya apa bila dah jaga banyak kucing ni macam-macam peel
ada. Kadangkala sampai terjerit-jerit marah meow, nasihat itu ini memang tak
makan saman. Buatlah apa pun, hujung-hujung kita yang kena ikut kehendak
depa.
Ada yang jenis minum tak main kuis-kuis dengan tangan, ada yang dah elok
makanan dalam bekas dia sepah-sepahkan dan ada juga yang dah poo sampai ke
sudah tak reti nak kambus. Bila difikir, kucing memang haiwan yang lucu dan
banyak perangai. Ada tak diantara kucing korang sangat cerewet dengan
makanan kucing? Pernah Kak Bell haritu belikan Button & Bow dan campur
dengan makanan sedia ada, pandai pulak depa ni asingkan makan yang sedap
aje. Pandai sungguh!
Buat meow yang picky sebenarnya korang boleh try bagi cat treat sebagai snek
sampingan selain makanan kucing kering atau basah buat kucing kesayangan
korang. Kali ni Kak Bell nak kongsikan tentang snek kucing atau cat lick
dari jenama Me-O.
Untuk pengetahuan korang, Me-O mempunyai pelbagai pilihan makanan kucing
bermula daripada Makanan Basah dalam Pouch, Makanan Basah Jenis Lick, Makanan Kering Kucing Dewasa, Makanan Kering Anak Kucing dan sebagainya. Memang Kak Bell tak sangka ada banyak pilihan dan pelbagai jenis
khas untuk kesayangan korang. Hari ni Kak Bell fokus pasal cat lick dulu,
nanti Kak Bell share lagi tentang produk yang lain.
Fungsi Treats Untuk Kucing, Kebaikkan Cat Lick (Cat Treats)
Ada beberapa fungsi cat lick untuk kucing dan juga kebaikkan cat lick (cat treats) sebagai makanan sampingan mereka. Antaranya:
- Merapatkan hubungan anda dengan Si Meowy kesayangan
- Boleh diberi sebagai ganjaran bila Si Meowy behave waktu makan ubat/grooming
- Sebagai rutin untuk bonding sebelum anda keluar rumah & bila pulang ke rumah setiap hari
- Menggalakkan kucing bertingkah laku baik
- Penjagaan gigi (dental care)
- Snek sampingan untuk kucing cerewet
- Mengeluarkan hairballs dari perut kucing
Me-O Creamy Treats Untuk Kitten & Kucing Dewasa
Me-O Cat Lick atau Me-O Creamy Treats merupakan snek buat Si Meowy,
sesuai untuk kucing yang memilih makanan dan snek kucing yang memberi
khasiat untuk kitten & juga kucing dewasa. Sekali-sekala mestilah
korang nak belanja Si Meowy bila mereka berkelakuan baik dan makan
sedap-sedap. Macam manusia juga lah kan.
Jenama Me-O ni membawakan tagline 'Kasih Sayang Tidak Terhingga Untuk Si Meowy'. Menarik sangat kan! Kesemua produk ME-O adalah makanan bergizi seimbang dan lengkap, diformulasi untuk memenuhi atau melebihi standard gizi yang ditetapkan oleh US National Research Council (NRC) dan Association of American Feed Control Official (AAFCO) bagi makanan kucing, termasuklah Me-O Cat Lick.
Didatangkan dalam 7 perisa iaitu Crab Flavour, Bonito Flavour, Chicken
& Liver, Katsuo (Tuna), Maguro (Tuna), Tuna with Scallop Flavour dan
Salmon Flavor yang memang sangat disukai Si Meowy.
- Perisa Ketam (Prebiotik FOS)
- Perisa Bonito (Serat)
- Perisa Ayam & Hati (Teh Hijau)
- Perisa Katsuo (Teh Hijau)
- Perisa Maguro (Vitamin C)
- Perisa Tuna & Scallop (Kolagen & Glukosamin)
- Perisa Salmon (Omega-3)
Setiap paket Me-O Cat Lick ada 5% crude protein, 2% crude fat, 1-2.5%
crude fiber dan 85% kandungan air selain kaya dengan taurina, Omega 6,
Zink dan DL-Methionine. Bagi setiap flavor ni pulak ada ciri khasiat khas
yang korang boleh pilih ikut keperluan.
Seperti yang Kak Bell maklumkan tadi, jenama ni memenuhi standard minimum yang diiktiraf oleh AAFCO untuk makanan kucing yang lengkap dan seimbang. Jika tak lepas syarat AAFCO, bahan tersebut tak boleh dinyatakan sebagai kandungan pada label profile produk makanan kucing.
Cara nak bagi sangatlah mudah. Hanya perlu potong, picit dan hidangkan
pada bulus korang. Snack kucing berapa kali sehari nak bagi? Snack kucing Me-O untuk umur berapa? Ok, Me-O cat lick ni sesuai untuk semua peringkat
umur kucing. Me-O Cat Lick untuk kitten boleh dijadikan makanan snek untuk
weaning anak kucing. Untuk feeding guidelines, bagi kucing berumur 1-2
tahun cukup dengan 1-2 paket/sachet sehari. Bagi setiap pertambahan umur
boleh tambah 1 lagi sachet/hari.
Snek kucing atau cat lick/treat ni hendaklah diberi dengan kadar sederhana
dan bukan sebagai makanan utama untuk elakkan kandungan mineral &
nutrien dalam badan Si Meowy tidak seimbang. Ianya hanya sebagai snek sampingan sahaja buat kucing.
Si Meowy kat rumah ni memang suka sangat dengan Me-O Cat Lick. Berebut-rebut
nak macam tak pernah bagai cukup makan. Seperti juga manusia, kucing juga
memerlukan makanan kucing terbaik untuk memastikan mereka sihat dan
berjangka hayat panjang. Untuk gembirakan anak bulus di rumah bolehlah try
snack kucing terbaik Me-O Cat Lick. Nanti Kak Bell share lagi tentang
makanan kering kucing dari
Me-O
pula.