Resepi Ayam Kam Heong Bolognese Dengan Lattice-cut U.S. Potatoes - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ayam Kam Heong Bolognese Dengan Lattice-cut U.S. Potatoes

Trending

Resepi Ayam Kam Heong Bolognese Dengan Lattice-cut U.S. Potatoes

Resepi Ayam Kam Heong Bolognese Dengan Lattice-cut U.S. Potatoes | Hi korang! Baru-baru ni Kak Bell adalah masuk dapur masak. Macam biasa sekarang susah naw nak masak sebab tak sempat. Kak Bell buat resepi Ayam Kam Heong Bolognese. Yang specialnya Kak Bell makan dengan potongan kentang lattice cut.

Resepi Ayam Kam Heong Bolognese Dengan Lattice-cut U.S. Potatoes

Ayam Kam Heong merupakan antara masakan ala China yang sangat mudah untuk disediakan. Resepi ayam kam heong chinese style ni seakan-akan masakan Ayam masak Kicap, ada rasa sedikit pedas dan keenakan bau dan rasa daun kari. Ayam Kam Heong ini sangat sesuai di makan dengan nasi putih yang panas-panas. Rasanya juga sangat sedap dan menyelerakan.

Resepi Ayam Kam Heong Bolognese Dengan Lattice-cut U.S. Potatoes


Bahan-bahan
400gm Kentang A.S. Sejuk Beku Bentuk Lattice-cut
100gm Ayam cincang
50gm Pes Kam Heong
20gm Bawang Holand (Kiub kecil)
10gm Bawang Putih (Hiris)
10gm Cili Merah (Hiris)
5gm Daun kari
10ml Minyak Masak
2 nos Limau Kasturi (Potong Kecil)
20gm Sayur Hijau (Ketumbar untuk hiasan)
sedikit lobak hiris dan tomato

Cara-cara memasak:
1. Panaskan kuali bersaiz sederhana dan masukkan minyak masak.
2. Tumiskan bawang holand, bawang putih hingga naik bau wangi
3. Masukkan ayam cincang dan kacau hingga masak.
4. Kemudian masukkan pes Kam Heong, daun kari dan kacau rata.
5. Masukkan hirisan lobak kemudian cili merah. Biarkan sekejap sahaja kemudian ketepikan.

Resepi Ayam Kam Heong Bolognese Dengan Lattice-cut U.S. Potatoes


6. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celcius, dan susun Kentang A.S. Sejuk Beku Bentuk Lattice-cut atas dulang pembakar. Masak selama 15 minit atau hingga kentang bertukar coklat keperangan.

Resepi Ayam Kam Heong Bolognese Dengan Lattice-cut U.S. Potatoes

7. Letakkan kentang di dalam bekas hidangan, kemudian taburkan Kam Heong Chicken Bolognaise tadi.
8. Boleh hiaskan hidangan dengan limau kasturi dan daun ketumbar.

**Kalau tak nak pakai oven, boleh sahaja goreng macm biasa Lattice-cut U.S. Potatoes


Kalau nak buat resepi ayam kam heong berkuah, so tambah lebih air dan bahan seperti sos tiram, kicap manis dan kicap cair. Dalam resepi ni Kak Bell gunakan daging cincang/daging kisar sebab barulah sesuai nak makan dengan kentang. Ala-ala ada inti. Nampak pelik kan sebab ada menu Kam Heong but seriously resepi ni sangat sedap dan rasanya sangat ngam dengan U.S. Lattice-cut Potatoes. Recommended untuk korang semua try resepi ayam kam heong simple ni!

Antara resepi Kam heong yang popular lain adalah resepi ayam kam heong Che Mom dan resepi ayam kam heong Azie Kitchen. Boleh juga cuba Kerang Masak Kam Heong dan cuba yang mana korang suka. Aroma dan rasa yang lezat dan enak confirm menambah selera!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post