Konsert Fourtwnty Heliotropisme LIVE Di Zepp Kuala Lumpur - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Fourtwnty Heliotropisme LIVE Di Zepp Kuala Lumpur

Trending

Konsert Fourtwnty Heliotropisme LIVE Di Zepp Kuala Lumpur

Konsert Fourtwnty Heliotropisme LIVE Di Zepp Kuala Lumpur | Bukan kali pertama muncul di Kuala Lumpur, namun kemunculan kali kedua ini sepertinya lebih ditunggu-tunggu oleh para peminat FOURYWNTY di Kuala Lumpur.

Konsert Fourtwnty Heliotropisme LIVE Di Zepp Kuala Lumpur

Shiraz Projects Sdn Bhd mempersembahkan KONSERT FOURTWNTY HELIOTROPISME LIVE IN ZEPP KUALA LUMPUR pada 1 October 2022 bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Terakhir, kumpulan asal Jakarta ini muncul dalam sebuah konsert yang dihadiri beribu peminat yang dibina secara organik di Malaysia. Dan untuk tahun ini, konsert dengan nama Heliotropisme dibawakan oleh Shiraz Projects untuk mengubat kerinduan para peminat.

Kenapa Heliotropisme? Ini kerana judul yang sama merupakan konsert tour Fourtwnty di 10 buah lokasi di Indonesia antaranya Medan, Makassar, Malang, Palembang dan Yogyakarta. Dan judul yang sama dibawakan khas ke Malaysia sebagai salah sebuah lokasi dalam rangkaian tour tersebut.

Nama Heliotropisme sendiri diambil dari kisah bunga matahari yang hidup di dataran tinggi dengan cuaca tropika. "Sama seperti logonya, dimana bunga matahari selalu menghadap ke arah matahari, Fourtwnty juga dengan senantiasa melihat dan mengikuti apa yang ingin menjadi keinginan penggemar," jelas Fourtwnty.


Konser Fourtwnty yang dinamakan Heliotropisme ini juga menyimpan harapan yang menarik. Fourtwnty ingin terus tetap hidup dan memberikan keindahan bermuzik di manapun mereka berada. Seperti bunga matahari yang mampu hidup di manapun ia berada.

Konsert Fourtwnty Heliotropisme LIVE Di Zepp Kuala Lumpur

Buat Fourtwnty yang didirikan pada April 2010 ini, harapan mereka supaya konsert ini nanti akan dapat mengubat kerinduan para peminat mereka yang menunggu kemunculan mereka lagi di Kuala Lumpur.

“Semoga konsernya berjalan lancar, tidak berdepan masalah dan intinya lancar,” ujar kumpulan yang popular dengan lagu Zona Nyaman ini tentang harapan Heliotropisme bertemu para peminat Malaysia.

Kumpulan yang digawangi Ari Lesmana, Nuwi dan Roots tersebut ingin menyajikan sebuah konsert yang bersifat peribadi buat mereka bukan hanya kepada peminat tegar tetapi juga buat penikmat muzik.


Buat Shiraz yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, melihatkan populariti dan inti muzik Fourtwnty yang menarik serta cukup unik membuatkan pihaknya berhasrat membawakan kumpulan terkenal Indonesia itu sejak sebelum pandemik lagi.

Tiket konsert akan mula dijual pada 8 July 2022, pukul 2 petang di www.mytickets.asia pada harga RM500 (Meet and Greet), RM200 (Diamond - Free Standing), RM150 (Platinum - Free Standing), RM200 (Gold - Seated) dan RM150 (Silver - Seated). Peminat-peminat Fourtwnty juga akan beroleh merchandise eksklusif apabila membeli tiket Meet & Greet.

Konsert Fourtwnty Heliotropisme LIVE Di Zepp Kuala Lumpur

Pihak Shiraz Projects berterima kasih kepada PENJANA, KKMM dan MyCreative kerana memberi sokongan kerana tanpa sokongan dari mereka adalah sukar untuk melaksanakan konsert dalam skala besar di kala industri baru beransur pulih dari pandemic Covid-19. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan media Hot Fm untuk konsert ini.


KONSERT HELIOTROPISME: FOURTWNTY
Tarikh: 1 Oktober 2022, Sabtu 8.30 malam
Venue: Zepp Kuala Lumpur
Laman Web: www.shirazprojects.com
Harga tiket : RM500 (Meet & Greet)
RM200 (Diamond - Free Standing)
RM150 (Platinum - Free Standing)
RM200 (Gold - Seated)
RM150 (Silver - Seated)

Tiket : www.mytickets.asia
Contact : 03 86050196
Info Hotline: 012 2560082
Facebook: shirazprojects
Instagram: shirazprojects
Hashtag : #KEMBARAPANORAMAJINGGA1444HIJRAH
Disokong oleh : PENJANA, KKMM dan MyCreative
Rakan Media: HotFM
Tiket Rasmi: MyTicket


Tentang MyCreative Ventures
MyCreative Ventures Sdn Bhd adalah sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan untuk memajukan industri kreatif Malaysia melalui pelaburan srategik dan inovatif. MyCreative telah diperbadankan pada 2012 dan merupakan sebuah subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan), melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan misi untuk memperhebatkan daya tarikan industri kreatif Malaysia yang boleh diukur melalui pewujudan peluang pekerjaan, meningkatkan sumbangan pendapatan daripada industri kreatif kepada Pendapatan Dalam Negara Kasar (KDNK); dan melonjakkan status industri kreatif Malaysia melalui kesedaran awam dan kesan sosial. Kumpulan MyCreative terus menyokong industri kreatif melalui pengenalan unit-unit dibawahnya iaitu CENDANA dan RIUH pada 2017.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post