Antabax Bekerjasama Dengan R.E.A.L Kids Untuk Mengurangkan Penyebaran HFMD
| Sementera Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di
Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih
meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes yang dilaporkan bagi
tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya
dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun penyakit tangan
kaki dan mulut orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga ada
dan boleh menghadapi risiko.
HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang
paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas,
penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam
mulut.
Punca Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)
Punca Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD) adalah jangkitan virus coxsackie
A16. Ia tergolong dalam kumpulan virus yang disebut nonpolio enterovirus.
Pengambilan secara oral adalah sumber utama jangkitan virus dan penyakit
HFMD. Agen infeksi bagi penyakit tangan kaki dan mulut (hfmd) adalah
melalui:
- Rembesan daripada hidung atau cecair tekak
- Air liur
- Cecair daripada lepuh
- Najis
- Titisan air yang disembur ke udara selepas batuk atau bersin
Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil?
Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama
penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama
dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar
di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara
melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi
kelengkapan kebersihan diri, dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan
kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.
gambar penyakit tangan kaki dan mulut
Diantara cara mencegah penyakit tangan kaki dan mulut adalah dengan menitik
beratkan penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan
tangan boleh membantu mencegah penularan HFMD. Melalui penyelesaian produk
Antabax, kami percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting
dalam mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat membersihkan tangan
sebelum dan selepas makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas
aktiviti berkumpulan atau menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan
elakkan berkongsi atau menyentuh kanak-kanak lain, berkongsi botol air,
makanan atau mainan.
Setelah mengetahui cara rawatan penyakit tangan kaki dan mulut dan pastinya anda ingin mengetahui jika ada vaksin yang boleh mencegah HFMD, bukan?
- Sentiasa ingat untuk membasuh tangan dengan sabun dan air selepas menyentuh ruam, pergi ke bilik air sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan, serta setelah menukar lampin. Jangan lupa untuk mendidik anak melakukan amalan yang sama
- Ajarkan anak untuk bersin atau batuk ke tisu atau lengan bajunya
- Cuci dan disinfeksi bilik air, mainan dan barang lain yang disentuh anak dengan sabun dan air atau menggunakan pembasmi kuman
- Jangan berkongsi cawan minum, peralatan makanan atau barangan peribadi seperti tuala dan berus gigi
- Elakkan daripada memeluk dan mencium anak yang dijangkiti
Cara Mencegah Penularan HFMD
Mengajar anak untuk tidak menyentuh ruam, elak daripada memasukkan jari
dan mainan ke dalam mulut serta tidak menggosok mata. Malangnya, tiada
vaksin untuk mencegah HFMD. Virus mudah merebak pada minggu pertama
seseorang individu itu jatuh sakit dan kekal di dalam tubuh walaupun
selepas sembuh.
Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna,
Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk
meningkatkan tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih
sihat dan bersih. Ibu bapa boleh sediakan cecair pembasmi kuman dan
tunjukkan cara penggunaan kepada anak-anak. Aktiviti ini hanyalah
permulaan komitmen jangka panjang Antabax untuk terus menyumbang dan
membawa impak positif kepada keluarga Malaysia.
Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Antabax, Ng Ming-yan, Pengurus Operasi di R.E.A.L Kids berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Antabax sekali lagi, kerana jenama ini terus mendidik dan memupuk kesedaran tentang penyakit berjangkit ini untuk kanak-kanak melalui idea kreatif dan pada masa yang sesuai. Kami juga akan mengingatkan ibu bapa untuk membina tingkah laku kebersihan yang baik di rumah, dan mengelap barang-barang anak kecil untuk mengurangkan penularan. Sentiasa mengingatkan anak anda untuk jauhi tangan mereka dari mulut, dan tidak perlu menghantar mereka ke sekolah jika tidak sihat tetapi bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.”
Antabax akan berkongsi bahan pendidikan dan cara untuk mengurangkan
penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di
seluruh negara. Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian
aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para
pelajar memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD. Jenama ini terus
memainkan peranan sebagai pendorong untuk menggalakkan ibu bapa, pelajar
dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan
kebersihan diri yang baik, selaras dengan tema #BaxInAction.
REAL Kids Setia Eco Park
REAL Kids Ara Damansara
REAL Kids TTDI
Jenama ini akan menyumbang produk mereka termasuk semburan antibakteria
sanitizer, sabun buku dan tisu lap antibakteria yang mampu membunuh 99.9%
kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan
anak mereka.
Baucer promosi yang boleh digunakan untuk pembelian produk Antabax teleh
disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya.
http://www.lamsoon.com.my/
https://www.facebook.com/Antabax.Malaysia/
https://www.instagram. com/antabax