8 Tempat Glamping Menarik Di Selangor Untuk Staycation | Negeri Selangor
sangat terkenal dengan destinasi pelancongan yang berkonsepkan eko dan
pemandangan alam semula jadi yang cantik serta menakjubkan. Destinasi ini
menjadi pilihan pecinta alam semula jadi dan outdoor. Glamping atau
Perkhemahan Dengan Penuh Gaya merupakan satu salah satu trend pelancongan
yang mendapat perhatian ramai. Mungkin ada pelancong yang tidak suka
menginap dalam khemah biasa kerana kurang berasa selesa. Tetapi dengan
glamping, anda boleh menginap dengan menggunakan khemah biasa, tetapi dengan
lebih selesa dan penuh gaya. Kebiasaanya, glamping menyediakan
kemudahan-kemudahan yang extra seperti set tilam, kipas, lampu, dan decokari
dalaman yang menarik.
Bayangkan kita boleh menghabiskan hari cuti, dengan berenang di kolam renang
semasa matahari terbenam, sambal berehat dengan secawan teh, dan membuat
aktiviti mendaki serta meredah kehijauan alam sekitar yang subur. Glamping
dapat menyediakan pengalaman ini, dan ianya salah satu cara yang terbaik
untuk kita melihat dan menikmati landskap Selangor yang menakjubkan. Berikut
ialah senarai 8 tempat glamping yang cantik dan menarik yang patut anda
kunjungi di Negeri Selangor!
Terdapat hutan yang hijau dan luas di sekitar
Resort Taman Eko Rimba Komanwel Rawang
menjadikannya taman resort yang indah. Tempat ini menyediakan percutian yang
sempurna untuk hujung minggu yang santai. Jika anda dalam perjalanan dari
Kuala Lumpur ke Rawang, singgahlah di Taman Hutan Komanwel, yang terletak
betul-betul bersebelahan dengan laluan utama. Seperti namanya, Taman Eko
Rimba Komanwel menggabungkan hutan tebal dengan taman yang indah, tasik dan
pelbagai ciri lain untuk menyediakan pelancong dengan suasana yang indah di
dalam hutan.
Jika anda ingin pergi berkhemah pada hujung minggu, anda harus menempah
tapak perkhemahan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal. Boleh dikatakan
bahawa tapak perkhemahan di tepi tasik adalah pilihan utama oleh para
pelancong di sini. Hutan yang indah dan menghijau menyelubungi taman. Laluan
mendaki juga boleh diakses oleh semua orang dari semua peringkat umur.
Untuk Glamping, kita perlu pergi ke lokasi yang tepat dan semestinya
mempunyai pandangan yang indah khsusnya di tepian sungai di Negeri Selangor.
The River & Glamp
yang teletak di Gombak ini terletak kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur dan
15 minit dari Batu Caves. Lokasi glamping ini yang cantik ini sudah pasti
akan menyerlahkan ciri-ciri terbaik alam semula jadi untuk para pelancong.
Untuk memenuhi permintaan, pakej yang disediakan adalah termasuk tiga
hidangan iaitu, sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, semuanya
disajikan dalam suasana gaya glamping.
Dusun Bonda yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor yang mulanya
merupakan sebuah vila kecil milik orang persendirian. Disini kini terdapat
juga tapak Glamping dan perkhemahan yang disusun di dalam dusun buah-buahan
untuk kita menginap. Hal ini dapat menyediakan penginapan yang santai dalam
suasana yang indah kepada para tetamu yang datang.
Dusun Bonda
juga menyediakan kemudahan yang mesra untuk kanak-kanak seperti air terjun
dan kolam buatan. Keindahan kawasan dan susunan aktiviti pengalaman yang
menarik untuk glamping menjadi keutamaan kepada Dusun Bonda kepada tetamu
mereka.
Skycamp by Rimba Segara
merupakan tarikan terbaru terletak di kawasan Hulu Langat. Pengalaman
glamping di sini dapat merasai suasana yang indah dengan sungai dan air
terjun di tengah-tengah kebun tropika dan hutan di daerah Hulu Langat.
Kawasan ini juga mempunyai gerai makanan dan kedai buah-buahan yang menarik
di sepanjang jalan. Para penginap glamping juga boleh membawa makanan
sendiri untuk dimasak. Kemudahan seperti peti sejuk dan semua peralatan
memasak, termasuk gas juga disediakan. Kawasan Glamping ini diuruskan dengan
kepekaan dan mesra alam sekitar. Penggunaan plastik dan styrofoam adalah
dihadkan.
The Sticks merupakan resort eko yang terletak di dalam Kawasan hutan di
Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Ianya dibina di atas tapak bekas lombong
bijih timah dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar. Resort ini
menjana tenaga elektrik melalui tenaga suria dan memperoleh punca air
daripada aliran tempatan serta dibangunkan dengan konsep mesra alam. Para
tetamu dapat meluangkan masa di ruang penginapan di dalam hutan yang
dilengkapi dengan katil yang selesa, selimut mewah, kipas siling dan pemanas
air. Kesemua tempat penginapan dalam 12 rumah adalah unik yang dipanggil
sebagai tendok. Tendok merupakan gabungan perkataan antara khemah dan
pondok.
The Sticks
direka untuk memastikan pengalaman penginapan yang baik kepada alam semula
jadi dan mengutamakan keselesaan. Para tetamu boleh berehat dan menikmati
alam sekitar sambil bersantai di buaian, berenang dan terapung di sepanjang
sungai, atau menjamu selera dengan hidangan lazat yang dimasak sendiri untuk
memastikan keselesaan semasa penginapan mereka.
The Hideout terletak di Sungai Tua, Batu Caves Selangor. Glamping di
The Hid3out
ialah cara terbaik untuk merasai aktiviti perkhemahan dengan lebih menarik.
Para pengunjung tidak perlu risau dari segi kemudahan kerana di sini
terdapat kelengkapan glamping yang telah disediakan. Antaranya seperti
tilam, tandas dan lain-lain perkhidmatan. Para pengunjung juga boleh
menggunakan ruang BBQ untuk menyediakan makanan dan menikmati penginapan
mereka dengan baik.
Siapa kata anda tidak boleh menikmati keindahan semula jadi semasa walaupun
berada di kawasan berdekatan dengan bandar?
Alpine Camp
menyediakan pengalaman glamping dengan suasana alam semula jadi yang
berlatar belakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam. Terdapat lima khemah
glamping disediakan, setiap satunya boleh memuatkan sehingga empat orang.
Alpine Camp juga mempunyai surau dan dewan makan untuk kemudahan pengunjung.
Pengunjung juga dapat menikmati keindahan sungai berdekatan dan ianya
selamat untuk kanak-kanak.
Camp Out! adalah pengalaman perkhemahan yang berkonsepkan glamping pertama
di Sunway Lagoon. Ianya juga glamping yang pertama yang terletak di taman
tema.
Camp Out Sunway Lagoon
akan memberikan mengalaman taman tema terbaik mereka dari pagi hingga ke
malam. Pengalaman ini merupakan versi yang lebih baik daripada aktiviti
perkhemahan yang biasa kita lakukan. Ianya lengkap dengan makan malam
barbeku, ruang kolam renang peribadi dan peluang untuk tidur di
tengah-tengah taman tema Sunway Lagoon! Sudah pasti ia akan menjadi malam
terbaik dalam hidup anda!
Anda tidak perlu tercari-cari lagi tempat penginapan yang unik, antara
camping murah di Selangor melainkan senarai tempat glamping seperti yang
disenaraikan di atas untuk percutian ‘staycation’ anda pada masa akan
datang. Sebelum membuat tempahan private camping site in selangor dan buat
pembayaran, kami mengesyorkan agar anda mendapatkan maklumat yang betul dan
boleh dipercayai tentang pakej tawaran di setiap destinasi percutian.
Untuk mencari tempat percutian yang lain, anda juga boleh layari laman
sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan
inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus
ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan
saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini.
#PusingSelangorDulu.
glamping in kuala selangor
tempat glamping di selangor