Tori Convenience Mart Kedai Serbaneka Halal Kini Dibuka Di Taman Putra
Kajang | Sekarang ini sudah menjadi trend rakyat Malaysia berkunjung ke
kedai serbaneka terutamanya kedai Korea mart. Kalau nak cari family mart
Halal pun memang sangat mudah di Malaysia. Kebetulan minggu lalu, Kak Bell
sempat ke acara pembukaan sebuah lagi kedai serbaneka Halal terbaru iaitu
Tori Convenience Mart. Jom baca lebih lanjut jika nak tahu apa yang menarik
di sini.
Tahniah diatas pembukaan rasmi cawangan pertama Tori Convenience Mart di
Taman Putra Kajang, Selangor yang telah diadakan pada 6 Jun 2022. Majlis
telah dirasmikan oleh pesonaliti TV, Maria Tunku Sabri yang lebih dikenali
sebagai Maria JJCM (Jalan-jalan Cari Makan) bersama Encik Marcus Osmand.
Acara perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh pemotongan
riben simbolik pembukaan rasmi outlet pertama Tori Convenience Mart.
Majlis perasmian
Ruang membeli belah selesa
Bagi yang bertanya tentang status Tori Mart Halal atau tidak, Tori
Convenience Mart merupakan Halal Convenience Mart. Jadi korang semua tak
perlu ragu-ragu untuk datang berbelanja di sini. Selain menjual produk
Malaysia ada juga produk dari Jepun, Korea, Thailand dan Indonesia. Khas
buat korang yang sukakan produk
kedai Korea di Malaysia, bolehlah datang ke sini.
Diantara barangan popular kedai runcit Korea halal di Malaysia ada dijual
disini seperti Yopokki, Kimchi Ramen segera, fresh Udon, rice cake sos
Gochujang dan lain-lain lagi. Barangan keperluan lain termasuk barangan
untuk kanak-kanak pun ada. Pendek kata semua golonganlah boleh datang
dapatkan berangan keperluan harian di Tori Mart.
Donut dan pastri
Kek dan muffin
Daging segar
Premium frozen seafood
Makanan laut sejukbeku
Sos Gochujang Korea dan Sos Yopokki
Udon dan Rice Cake
Ready food tempatan
Me'rona Super Delicious
Pada hari pembukaan, dari awal pagi Tori Mart diserbu oleh pelanggan mereka
yang ikut sama teruja dengan cawangan pertama Tori Mart ini. Ada macam-macam
produk yang dijual seperti barangan seafood frozen premium, produk-produk
IKS, makanan segera dan juga masakan panas. Antara masakan panas yang ada
seperti Oden, Asam Laksa, Topokki dan Mee Kari. Pilihan roti, donut dan
pastri pun ada. Kalau rasa nak basahkan tekak, ais krim potong tempatan pun
ada!
Selesi Oden pilihan kuah tomyam dan sup
Oden & Topokki
Mi Kari & Asam Laksa Tori Mart
Antara Tori Convenience Mart menu yang Kak Bell suka ialah oden, mee kari
dan asam laksa. Memang Kak Bell recommend korang cuba bila datang ke sini.
Kepada penggemar kopi korang juga boleh menikmatinya & berehat santai
sambil membeli-belah bersama keluarga anda. Tori Convenience Mart menu price
pun sangat berpatutan. Sempat Kak Bell buat perbandingan dengan tempat lain.
Buat masa ini outlet Tori baru ada di Kajang. Hope akan datang cawangan lain
akan menyusul terutama di kawasan KL dan Lembah Klang. Bolehlah Kak Bell
datang serbu! Tahniah di atas pembukaan Tori Convenience Mart di Malaysia.
Tori Convenience Mart
No. 1-G, Jalan Putra 4,
Taman Putra Kajang
43000, Kajang Selangor.