Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill Solaris Mont
Kiara | Hi semua! Negara kita Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian
jenis makanan dari berbilang bangsa dan negara. Banyak menu kita ada
influence dari masakan dari negara Asia Tengah seperti India, Arab dan
sebagainya. Kali ini Kak Bell nak berkongsi tentang pengalaman pertama kali
mencuba Authentic Pakistani Street Food di Najia's Pakistani Tawa &
Grill. Korang dah pernah cuba makan di Pakistani restaurant? Apa hidangan
menarik yang boleh korang cuba di sini? Jom baca lebih lanjut.
Jika ke kedai mamak, menu hidangan seperti kari atau roti naan Arab memang
dah menjadi kebiasaan. Tak pernah terlintas pula hendak mencuba menu dari
negara Pakistan. Memang tak sangka ada restoren makanan Pakistan di Malaysia
(restoran Pakistan KL).
Masakan Pakistan boleh dicirikan oleh gabungan berbagai tradisi memasak serantau di benua
kecil India, Asia Tengah serta unsur-unsur dari warisan Mughalnya. Ada
pelbagai masakan berasal dari kepelbagaian etnik dan budaya Pakistan
menjadikan menu mereka pelbagai dan kaya rasa.
Makanan Asli Pelbagai Wilayah Dan Pakistani Street Food Di Restoren
Najia's Pakistani Tawa & Grill
Restoren Najia's Pakistani Tawa & Grill ini terletak di Solaris Mont
Kiara, berdepan dengan pasaraya Mercanto Hartamas. Restoren ini telah
beroperasi lebih dari 5 tahun dan menyediakan Pakistani Provincial Food
Specialties dan juga Authentic Pakistani Street Food. Senang cakap, menu
yang disediakan adalah menu authentic, makanan asli Pakistan.
Restoren Najia's Tawa and Grill
mempunyai dekorasi dinding berwarna-warni termasuklah hiasan kedai dengan
suntikan elemen Pakistan. Ada poster-poster filem lama Pakistan dan paling
menarik ada lukisan moral tokoh-tokoh terkenal negara Pakistan yang dikenali
sebagai sebuah negara Islam. Masuk sahaja kedai, korang akan disajikan
dengan alunan lagu yang menambahkan lagi vibes Pakistan!
Dimiliki oleh Puan Najia, warga Pakistan yang telah lama menetap di Kuala
Lumpur beliau berhasrat membawa dan memperkenalkan rasa sebenar masakan asli
Pakistan buat rakyat Malaysia lebih mengenali Pakistan cuisine. Untuk
pengetahuan korang, semua rempah dan bahan disediakan sendiri oleh Puan
Najia dan pekerjanya. Bukan kerja yang mudah sebab rempahnya banayk dan
perlu disediakan dalam kuantiti banyak untuk menghasilkan makanan Pakistan
yang cukup rasanya.
Sindhi Chicken Biryani, Mutton Qorma
Peshaawari Baigan (terung), Tawa Keema
Plain Naan dan Lahori Paratha
Najias Pakistan Tawa & Grill menu memang banyak. Diantara menu yang Kak
Bell dah cuba ialah Tawa Keema, Mutton Qorma, Sindhi Chicken Biryani,
Peshaawari Baigan, Garlic Butter Naan, Plain Naan dan Lahori Paratha. Untuk
pilihan air, sis cuba Mint Lemonade, Watermelon Juice dan Sweet Lassee.
Garlic Butter Naan
Dhaaga Kabab, Masala Fries
Mint Lemonade, Sweet Lassee, Watermelon Juice
Makanan dari negara Pakistan memang banyak dan masing-masing mempunyai
nama dan rasa yang berbeza bergantung kepada wilayah atau tempat masakan
tersebuat berasal. Kalau korang nak tahu masakan Cina Pakistan pun ada di
sana dan rasa menunya lebih kurang sama seperti hidangan restoren Amber
Chinese Muslim di sini.
Review Makanan Pakistan Di Najia's Pakistani Tawa & Grill
Sebenarnya ini adalah kali pertama Kak Bell mencuba Pakistani food. Kalau
menu masakan Arab, Istanbul atau India memang dah biasa sangat. Memang ada
persamaan tetapi sangat berbeza dari segi rasa. Rasa makanan asli Pakistan
ada lebih rasa rempah, terasa spices dan herbs dalam masakan. Kak Bell
suka dengan rasanya sebab memang suka makanan yang rich flavour.
Pakistani Cuisine
Kalau nak buat pilihan dari menu yang dicuba, terus terang Kak Bell suka
ke semuanya. Kak Bell cuba tiga jenis roti termasuk roti naan dan rasanya
memang sangat berbeza dan gebu dari yang pernah Kak Bell try di kedai
mamak. Kemudian korang boleh makan roti naan ni dengan semua jenis menu
seperti Tawa Keema, Mutton Qorma, atau Peshaawari Baigan.
Special untuk korang, Kak Bell sempat pergi tengok sendiri macam mana
Bangladeshi crew kat sana buat Garlic Butter Naan. Punyalah panas dapur
roti naan tu, merah menyala apinya! Satu lagi tak perlu risau sebab
restoren ni Halal dan pekerjanya juga Muslim.
Cara masak roti naan
Tawa Keema ni dibuat dari daging samada ayam, lembu atau kambing. Untuk
Mutton Qorma tu sebenarnya masak kurma macam kat sini tapi rupa paras dia
nampak macam rendang. Peshaawari Baigan tu pula sebenarnya masakan terung.
Kak Bell kurang sikit dengan terung kecuali betul-betul masak lembik atau
buat sambal baru Kak Bell makan. Tapi bila dah cuba Peshaawari Baigan
Najia's Pakistani Tawa & Grill memang terus jatuh hati. Sedap sangat!
Untuk menu utama, Kak Bell cuba Sindhi Chicken Biryani. Ada banyak jenis
biryani kat sini dan pasti semuanya penuh rasa dan aroma. Untuk portian
hidangan kat sini besar dan banyak, memang boleh makan untuk 2-3 orang.
Satu lagi Kak Bell nak recommend, jangan lupa cuba Masala Fries di sini.
Rempah masala dia memang power dan makan fries aje pun dah boleh kenyang
tau!
Secara peribadi, jujur Kak Bell suka dengan semua menu di Najia's
Pakistani Tawa & Grill, best Pakistani restaurant in KL! Memang tak
rugi korang datang cuba dan sangat berbaloi dengan harganya. Memang tak
mengecewakan. Mana yang tengah cari Pakistani Biryani restaurant atau nak
try menu Pakistani cuisine restaurant, Kak Bell suggest korang datang
sini. Kak Bell bagi 5 bintang!
NAJIA'S PAKISTANI TAWA & GRILL
6, Jalan Solaris 5, Solaris Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa - Ahad (11am to 10pm), Isnin Tutup
Telefon: 03-62061236
Menu dan
Delivery/ Pickup
Facebook
Najia's Tawa and Grill
Instagram: @najiaspakistan