Review DewanEja 11, Penyemak Tatabahasa Bahasa Melayu Malaysia Yang Pertama | Ramai di
antara kita yang beranggapan bahawa kita telah menguasai bahasa Melayu
dengan baik. Maklumlah sejak bangku sekolah rendah lagi kita telah bercakap
dalam bahasa Melayu. Walaupun demikian, sering kali juga kita dapati
kesalahan bahasa dalam penulisan sama ada dalam artikel, papan tanda, surat
dan sebagainya.
Sebagai rakyat Malaysia yang telah mempelajari bahasa Melayu sejak kecil
lagi, aspek ejaan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil, ‘di’ dan ‘ke’
yang didekatkan atau dijauhkan merupakan perkara asas dalam penulisan
bahasa Melayu yang perlu dijaga. Dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan
penulisan, kita sepatutnya tidak boleh membiarkan kesalahan seumpama ini
terus berlaku dalam penulisan.
Kak Bell sendiri pun kadangkala sering kali melakukan kesalahan tatabahasa
tetapi sebaik mungkin akan meminimumkan kesalahan ejaan dan tatabahasa
dalam penulisan. Jika untuk bahasa Inggeris, Kak Bell akan menyemak
kesalahan bahasa checker online menggunakan
Grammarly.
Bagaimanakah pula dengan penyemak tatabahasa bagi Bahasa Melayu?
DewanEja 11 Perisian Pemeriksa Tatabahasa Pertama Untuk Bahasa Melayu
Perisian DewanEja 11 ialah pemeriksa tatabahasa pertama untuk Bahasa
Melayu. Perisian ini secara rasmi disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
bagi membantu dalam penulisan Bahasa Melayu daripada segi ejaan dan
tatabahasa. DewanEja 11 juga ada menyediakan koleksi Kamus Pro Online yang
lengkap, terdiri daripada Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan, Kamus
Cina Melayu dan banyak lagi. Sebutan suara untuk bahasa Inggeris dan Cina
juga disertakan. Perisian semakan ini menjadi rujukan nombor 1 untuk
bahasa-bahasa di Malaysia yang membantu anda menulis dan belajar dengan
lebih cepat dan mudah.
Cloud speller for Bahasa Melayu
Kegunaan Perisian DewanEja 11
Perisian DewanEja ini telah ada sejak 20 tahun lalu dan sekarang sudah
masuk versi ke-11 iaitu DewanEja 11. Berikut ialah kegunaan perisian
DewanEja 11.
- Proofing Tools untuk membantu anda menulis dan belajar bahasa Melayu dengan cepat dan lebih baik
- Penyemak tatabahasa Melayu bagi membantu penulisan bahasa Melayu yang betul
- Menyemak kesalahan ejaan
- Boleh mencari takrif kamus bagi mana-mana perkataan Melayu
- Disediakan Kamus Peribahasa dan Simpulan Bahasa
- Sangat sesuai untuk penulisan akademik dan editorial
- Bantu pekerja menulis dokumen atau laporan dengan betul
Untuk gunakan dewan eja pro online, pengguna boleh sahaja try dewan eja
pro free download tetapi tak full access lah. Sekarang dah masuk edisi
ke-11 jadi bolehlah cuba
dewaneja 11 free download
atau versi free trial.
"Mengikut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia. Ungkapan “bahasa Malaysia” tidak digunakan dalam perlembagaan tetapi hanya digunakan oleh masyarakat Malaysia demi menimbulkan rasa milik bersama bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Oleh itu, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan seharusnya menjadi tanggungjawab semua kaum di Malaysia," Dewan Bahasa dan Pustaka.
Review DewanEja 11
Review DewanEja 11 | Perisian ini akan menganalisis dan mengesan kesalahan
tatabahasa semasa kita menaip di MS Office. Perisian dewan eja DBP ini
dapat mengenal pasti lebih daripada 60 jenis kesalahan tatabahasa biasa
dengan menggarisnya dengan warna biru. Untuk betulkan ejaan atau
tatabahasa, tekan right klik pada tetikus untuk semak cadangan untuk
pembetulan.
Dewan Eja pada platform blogger
1. Bold semua text
2. Tekan ikon Dewan Eja
Dewan Eja pada MS Office
1. Bold text
2. Tekan right click pada mouse
Tanpa bold semua artikel, boleh right klik garis baru untuk semak cadangan
pembetulan
Selepas menaip perkataan di MS Word, DewanEja 11 juga akan meramalkan
perkataan seterusnya untuk anda (autoprediction), berdasarkan ribuan frasa
bahasa Melayu yang dianalisis berdasarkan data statistik. Sebagai contoh,
taip "terima", dan "kasih" akan dicadangkan secara automatik. Hanya tekan
kekunci TAB untuk mengaplikasikannya.
Kak Bell sebenarnya ada juga perasan rakan-rakan yang selalu salah menulis
kata bilangan pisahan/himpunan/tak tentu ganda bagi penggunaan kata
"Para". Para tu dah menunjukkan bilangan yang ramai, jadi tak perlu
digandakan kepada "para-para". Berikut ialah contoh pembetulan dan
cadangan oleh Dewan Eja.
Repeated kata ganda
Kami-kami hendak ke pasar (Kami hendak ke pasar)
Typo and other incorrect usages
Hampir tiap-tiap (Hampir setiap guru)
Dianya sangat cantik (Dia sangat cantik)
Incorrect usage of kata bilangan pisahan/himpunan/tak tentu ganda
Para-para pelajar (para pelajar)
Pelbagai-pelbagai makanan (pelbagai makanan)
Frasa Tanya
Missing ‘?’
Mengapakah dia menangis (Mengapakah dia menangis ?)
Missing ‘-kah’
Apa pekerjaan ayah kamu? (Apakah pekerjaan ayah kamu?)
Berapa helai kertas berwarna kuning? (Berapakah helai kertas berwarna kuning?)
DewanEja 11 (Subscription)
RM89 /year
Auto-renew. Cancel any time.
DewanEja (Subscription)
RM178 /2 years
Auto-renew. Cancel any time.
DewanEja 11 Best Deal
RM298 /forever
Use forever. Never expires.
Website
The Name Technology Sdn. Bhd.
FB TNTSB
Pelbagai-pelbagai makanan (pelbagai makanan)
Frasa Tanya
Missing ‘?’
Mengapakah dia menangis (Mengapakah dia menangis ?)
Missing ‘-kah’
Apa pekerjaan ayah kamu? (Apakah pekerjaan ayah kamu?)
Berapa helai kertas berwarna kuning? (Berapakah helai kertas berwarna kuning?)
Seperti kebanyakan perisian penyemak grammar, Dewan Eja juga boleh
disambungkan pada pelayar browser seperti Chrome, Edge dan Firefox. Bila
anda klik pada sambungan pelayar DewanEja11, ia akan menyemak sebarang
teks dalam editor aktif. Selain MS Office, boleh juga digunakan ketika
menulis di platform blogger, WordPress atau Gmail asalkan dalam pelayar
yang sudah ada plugin Dewan Eja (browser extensions).
Kamus Dewan 4
Untuk compatibility, perisian DewanEja 11 hanya boleh digunakan untuk MS
Office 2016, 2019, 2021 dan Microsoft Office Office 365. Bagi versi
Microsoft Windows ia compatible dengan Windows 10 & 11.
Bagi tetapan sebagai browser extention pula mesti ada versi terkini untuk
Chrome, Edge atau Firefox dengan ruang hard disk 1.4GB. Untuk laptop Kak
Bell, hanya berjaya set plugin pada Microosoft Edge tetapi tak keluar
untuk pelayar Chrome walaupun dah tekan add extension. Kemudian, amatlah
menyedihkan sebab tak support untuk digunakan pada macOS di Macbook atau
produk Apple.
Sesetengah perisian anti-virus mungkin tersilap menandai beberapa fail
DewanEja 11 sebagai virus. Jika DewanEja 11 tidak berfungsi, anda perlu
semak perisian anti-virus untuk sebarang fail yang di kuarantin, dan tekan
whitelist.
Untuk interface DewanEja 11 ini nampak agak outdated. Kalau interface yang
lebih moden mungkin akan nampak lebih cantik. Kemudian perisian ini perlu
di muat turun terlebih dahulu dan kemudian setup. Ianya mungkin boleh
dikemaskini lagi seperti Grammarly yang terus boleh digunakan secara
online pada browser.
Harga DewanEja 11
Terdapat 3 harga untuk langganan DewanEja 11 bergantung kepada tempoh
langganan. Kak bell gunakan yang full version. Berikut adalah senarai
DewanEja 11 price.
RM89 /year
Auto-renew. Cancel any time.
DewanEja (Subscription)
RM178 /2 years
Auto-renew. Cancel any time.
DewanEja 11 Best Deal
RM298 /forever
Use forever. Never expires.
Penggunaan bahasa yang betul dalam penulisan akan menaikkan
imej seseorang penulis. Secara tak langsung boleh menghapuskan
kekeliruan dan salah faham pembaca. Kak Bell berpendapat perisian Dewan
Eja Pro atau malay spell checker microsoft office ini sangat bagus untuk
mengurangkan kesilapan ejaan dan tatabahasa dalam penyediaan dokumen dalam
Bahasa Melayu.
Bagi anda yang menulis dalam bahasa Melayu, apa kata cuba DewanEja 11.
Mulai hari ini marilah kita menggunakan bahasa yang betul dalam penulisan
kita. Pelajarilah bahasa kita dan cintailah bahasa kita. Untuk maklumat
lanjut boleh layari laman di bawah.
FB TNTSB