Pengalaman Beli Kereta Terpakai, Prefer Kereta Baru Atau Second Hand?
| Bila hendak membeli kereta, kita perlu faham ianya adalah kehendak atau
pun keperluan. Buat anda yang pertama kali hendak membeli kereta mesti ada
terfikir samaada nak beli kereta baru atau kereta terpakai. Sekarang ni
kereta recond pun tengah popular. Macam Kak Bell sendiri beli kereta
terpakai aja sebab tak mampu nak beli kereta baru. Pejam celik rupanya lagi
3 bulan dah nak habis bayar. Alhamdulillah pembayaran cantik tanpa ada
tunggakan bulanan.
Beli kereta baru atau kereta terpakai adalah pilihan masing-masing. Tapi
paling penting, kena pastikan saja harga kereta berpadanan dengan gaji kita.
Kebanyakkannya pasti akan lebih memilih kereta baharu sebab beli kereta baru
senang sebab semua benda baru. Ada pula yang kata, lagi berbaloi beli kereta
terpakai saja. Harga murah, kualiti sama macam kereta baharu asalkan pandai
cari. Kalau dapat kereta second hand yang tip top memang rezekilah namanya.
Beli kereta baru atau kereta terpakai? Kedua-duanya ada kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Pasaran kenderaan terpakai juga ada banyak
pilihan, sebab boleh cari model kenderaan yang dah tidak disambung jualannya
atau model lama. Kak Bell sekarang pakai Honda Jazz lama (model tahun 2005)
hampir 9 tahun dan masih dalam keadaan baik dan boleh berkhidmat untuk ke
sana ke sini. Paling sadis kereta pernah overhaul sebab ada kebocoran tangki
minyak hitam, terduduk jugak dibuatnya. Masa awal beli tu memang tak ada
masalah kemudian adalah masalah muncul. Maklumlah Kak Bell ni tak pandai bab
kereta, masa dealer (kawan kepada kawan) cakap semua ok, kita ni percaya
ajalah.
Permintaan untuk kereta terpakai
sebenarnya melonjak 8% pada suku pertama 2022 dan harga juga meningkat
kira-kira 5% untuk kereta kurang daripada lima tahun penggunaan menurut Dato
Datuk Tony Khor, Presiden Federation of Motor and Credit Companies
Association of Malaysia. Dari apa yang Kak Bell baca dari laporan The Star,
nampak bahawa kereta terpakai masih berbaloi untuk dibeli.
Kebaikkan Beli Kereta Terpakai
Dengan pembelian kereta terpakai, korang tidak perlu menunggu lama untuk
dapatkan kenderaan terus sebab stoknya tersedia. Anda hanya perlu sediakan
dokumen, tandatangan beberapa borang dan jika ingin ambil pinjaman dan
tunggu kelulusan bank. Jika buat pembelian tunai, boleh bawa balik kenderaan
tersebut terus.
Keburukkan Beli Kereta Terpakai
Tetapi ada juga kekurangan pembelian kereta terpakai. Kadar faedah tinggi,
ada kos selenggara dan juga masalah tersembunyi yang menyebabkan kos beli
kereta terpakai menjadi tinggi. Jika ambil pinjaman, perlu meletakkan
bayaran muka yang tinggi sebab tiada pinjaman penuh dan kadar faedahnya juga
tinggi. Bergantung kepada tempoh pinjaman, kereta second hand bayar
bulanannya mungkin lebih daripada harga untuk sebuah kereta baru dalam
jangka panjang.
Terdapat juga risiko beli kereta yang rosak atau pernah mengalami kemalangan
yang teruk jika kita tidak dapat menilai sepenuhnya keadaan kereta terbabit.
Melainkan korang bawa bersama mekanik atau orang yang arif pasal kereta
untuk
periksa sebelum beli kereta terpakai. Membeli kereta yang bermasalah akan membebankan dan menghabiskan masa dan
wang yang banyak.
Tip Membeli Kereta Terpakai
Berikut ni adalah beberapi tip membeli kereta terpakai. Hope boleh dijadikan
panduan asas. Lebih baik, Kak Bell cadangkan bawa seseorang yang pandai bab
kereta untuk
elak ditipu semasa beli kereta terpakai.
1) Kenalpasti Bajet Bayaran Bulanan
Menetapkan bajet yang bersesuaian dengan kemampuan anda adalah perkara
pertama yang anda perlu lakukan dalam membeli kereta terpakai. Kenalah buat
kira-kira apa-apa kos yang terlibat sebelum atau selepas membeli kereta
seperti
mengira pinjaman bulanan kereta, pajakan, rebat, operational costs dan personal finance. Tak kiralah beli
kereta baru, terpakai atau trade-in korang mesti kira dahulu ya!
Kereta Kak Bell tu sebenarnya mahal juga bayaran bulanannya dalam RM732. Tak
boleh nak menyesal sebab dah nak habis bayar. Yang penting korang perlu
tetapkan bajet bergantung kepada keadaan komitmen anda pada setiap bulan.
2) Had Tahun Pengeluaran 5 Tahun Ke Bawah
Salah satu sebab ramai membeli kereta terpakai adalah kerana harganya yang
murah berbanding kereta baru. Untuk mengelakkan beban atau masalah lain di
kemudian hari, pilih kereta dengan meletakkan had tahun pengeluaran 5 tahun
ke bawah.
Kereta terpakai juga lebih susah untuk diinsurankan, terutama yang berusia
lebih 10 tahun kerana tidak dapat manfaat dan perlindungan insuran
first-party. Walaupun ada yang masih dalam keadaan baik untuk kereta lebih
dari 5 tahun, better elakkan risiko ni.
3) Semak Mileage
Salah satu panduan dalam membeli kereta terpakai adalah dengan menyemak
mileage kereta. Biasanya kalau semakin tinggi jumlah mileage sesebuah
kereta, nilai jualan kereta terpakai semakin rendah. Pastikan anda memilih
kereta dengan mileage yang rendah atau pun sederhana. Kena hati-hati juga
takut pihak penjual kereta terpakai ubahsuai odometer atau jarak perbatuan
(mileage).
4) Semak Luaran Dan Dalaman Kereta
Sebelum membeli korang perlu tengok luaran dan dalaman kereta. Pastikan
badan kereta ok dan juga pastikan dalaman kereta juga berada pada tahap yang
baik. Ciri dalaman kereta yang penting seperti aircond, power window, tombol
signal, wiper, lampu hazard, lampu panel, lampu kabin, sistem kunci dan juga
sistem audio. Kalau ada ciri elektronik perlu semak dengan lebih teliti. Baca juga Punca Bateri Kereta Kong!
5) Periksa Enjin Kereta
Kereta yang mahal tiada gunannya jika enjin tidak berada dalam keadaan yang
baik. Sebab itulah anda perlu memeriksa enjin kereta terpakai yang anda
ingin beli. Berikut adalah panduan semak enjin kereta terpakai:
- Maklumat pada geran dan kereta sama
- Semak nombor chasis dan juga nombor enjin sama pada geran
6) Pandu Uji Kereta Terpakai
Sebelum teruskan pembelian, korang ada hak untuk membuat pandu uji terhadap
kereta second hand yang di pilih supaya lebih keyakinan untuk membeli kereta
terpakai tersebut. Walaubagaimanapun, ada juga masalah yang tak boleh
dikesan terus ketika pandu uji atau pemeriksaan ringkas.
Masa beli kalau tak check kereta dan alatan dalaman haus, rosak dan perlu
diganti, pembeli tidak mempunyai jaminan pengeluar sekiranya tempoh
berkenaan sudah luput. Nasib baiklah kereta second-hand Kak Bell beli tak
banyak masalah. Kena redha ajelah kalau ada rosak sikit sana sini.
Selebihnya perlu tanggung sendiri kosnya, jika ada kerosakan.
Tak sabar sangat tunggu habis bayar lagi beberapa bulan. Bila beli kereta
ni, bukan pakai air, kena juga fikir
bajet bulanan untuk mengisi minyak kereta. Ada juga yang kata jangan beli kereta showroom. Entahlah walau apa
kenalah buat research dan pastikan semua ok sebelum membuat keputusan.
Korang punya hak membeli kereta terpakai atau sebaliknya. Jangan dek kerana
nak bergaya habis tergadai semuanya.
Selamat membeli kereta dan jangan bawa kereta melebihi had laju. Kalau main
game kereta
bolehlah drive laju-laju. Hehe.