Kenali Jenis-Jenis Emas : Bernilaikah Emas Di Pasaran Selain Emas Kuning? |
Di zaman serba moden ini banyak barangan baru boleh terhasil melalui
kemajuan teknologi yang dicapai. Seperti
emas, kini
didatangkan dalam pelbagai bentuk dan rekaan seperti jongkong, syiling, not,
syiling wafer dan yang paling mendapat permintaan tertinggi adalah barangan
kemas emas. Seiring peredaran zaman, terdapat pelbagai jenis rekaan yang
ditawarkan di pasaran untuk menepati citarasa pencinta emas. Malahan, warna
emas yang berada di pasaran kini bukan hanya warna kuning tetapi turut
datang dalam pelbagai warna. Namun persoalannya di sini, apakah warna emas
lain mempunyai nilai yang sama seperti emas berwarna kuning? Jom baca lebih
lanjut untuk mengetahui jenis emas di Malaysia.
Antara barangan yang berasaskan emas yang ditawarkan di HABIB
Jenis-Jenis Emas Dan Kegunaannya
Terdapat pelbagai jenis mutu emas yang terdapat di pasaran yang anda boleh
melabur dalam emas di mana ia berfungsi sebagai penyimpan nilai untuk jangka
masa panjang. Untuk makluman anda, HABIB menawarkan pelbagai jenis mutu emas
dalam beberapa bentuk yang boleh dibuat sebagai pelaburan. Antaranya, emas
999 (24K), emas 916 (22K), emas 750 (18K) dan emas 375 (9K). Kesemua
jenis-jenis emas ini mempunyai kelebihan, ciri yang berbeza dan kegunaannya.
Sesebuah barangan kemas itu dinilai mengikut jumlah kandungan emas yang
digunakan. Di pasaran, berikut adalah jenis-jenis emas yang sering digunakan
dalam menghasilkan pelbagai rekaan barangan kemas.
- Emas 999 (24K) - Mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9% dan selalunya digunakan dalam menghasilkan jongkong, syiling, not dan syiling wafer. Terdapat beberapa juga rekaan barangan kemas yang dihasilkan menggunakan emas 999 ini namun rekaannya adalah sedikit terhad kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa ini perlu penjagaan yang lebih teliti agar tidak mudah rosak dan kemek. Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K).
- Emas 916 (22K) - Menjadi pilihan utama dalam menghasilkan barangan kemas emas kerana ianya lebih padu berbanding emas 999. Mempunyai kandungan emas tulen sebanyak 91.6% dan ditambah aloi bagi menguatkan struktur rekaan jenis emas 916 (jenis emas padu)ini. Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K) dan amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.
- Emas 750 (18K) - Seringkali digunakan bagi mengikat batu berlian dan permata untuk dijadikan sebagai cincin perkahwinan, pertunangan mahupun hadiah buat yang teristimewa. Jenis emas 750 ini mempunyai kandungan 75% emas tulen & 25% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya. Dikenali juga sebagai Emas 18 Karat (18K).
- Emas 585 (14K) - Jenis emas 585 ini mempunyai kandungan emas sebanyak 58.5% dan kebanyakkan digunakan dalam rekaan barangan aksesori kerana daya tahan yang sangat kuat.
- Emas 375 (9K) - Jenis emas 375 ini adalah yang mempunyai kandungan emas yang terendah iaitu sebanyak 37.5%. Ianya juga turut dikenali sebagai emas suasa yang menjadi popular dalam pembuatan cincin lelaki. Di kenali juga sebagai Suasa atau Emas 9 Karat (9K).
Mutu 999 – 24Karat
Mutu 950 – 23Karat
Mutu 916 – 22Karat
Mutu 875 – 21Karat
Mutu 835 – 20Karat
Mutu 750 – 18Karat
Mutu 585 – 14Karat
Mutu 375 – 9Karat
Cara Menukarkan Warna Asal Emas
Persoalan yang sering bermain di fikiran ramai adalah apakah benar warna
emas selain warna kuning di pasaran bernilai dan boleh dijual semula?
Jawapannya adalah YA. Hal ini demikian kerana nilai emas tidak dipengaruhi
oleh warna tetapi kandungan emas. Terdapat tiga cara untuk menukarkan warna
asal emas iaitu kuning kepada warna-warna lain iaitu:
Sifat emas semulajadi yang lembut memerlukan emas dicampur dengan dengan
bendasing atau dipanggil aloi untuk menguatkan struktur emas. Selain itu,
aloi seperti perak, platinum, tembaga (copper) dan aluminum juga ditambah
untuk menghasilkan warna emas selain warna kuning iaitu emas putih serta
merah jambu. Warna emas yang terhasil tidak akan kembali kepada warna emas
asal meskipun sudah dipakai dalam jangka masa yang lama. Sekiranya warna
tidak lagi berseri dan menyerlah, hanya perlu melalui proses kilatan dan
cucian sahaja
Gelang tangan rekaan dari Oro Italia 916 yang menggunakan campuran aloi
menghasilkan warna emas putih dan merah jambu
Secara ringkasnya, teknik ini lakukan dengan menambah lapisan cat emas pada
barang kemas secara elektrolitik. Kebiasaannya warna emas yang terhasil
adalah lebih terhad kepada warna emas putih dan merah jambu. Lapisan ini
akan pudar dan kembali kepada warna asal emas iaitu kuning pada jangka masa
yang lama. Untuk memulihkan barangan kemas kepada rekaan asal, teknik ini
perlu dilakukan semula dan menjadikan ianya kelihatan seperti baru.
Rekaan cincin yang menggunakan teknik elektroplating yang ditawarkan HABIB
Kemasan jenis ini digunakan untuk mengubah warna emas kepada warna selain
kuning tanpa mengubah berat sesuatu barangan emas itu. Warna yang dihasilkan
tidak terhad kepada warna emas putih dan merah jambu tetapi turut boleh
menghasilkan warna-warna lain seperti merah, ungu, hijau, biru dan
lain-lain. Warna ini tidak akan luntur dan kekal jika cara pemakaian dan
penjagaan barangan kemas dilakukan dengan betul. Kemasan seperti ini boleh
dijumpai pada koleksi Oro Italia 916 yang ditawarkan hanya di HABIB dalam
pelbagai rekaan.
Gelang tangan rekaan dari Oro Italia 916 yang menggunakan kemasan
Cataphoresis Lacquer
Emas putih adalah aloi emas dan beberapa logam putih seperti perak, nikel
atau palladium. Warna putih dicapai dengan pilihan yang berhati-hati dari
logam mengaloi, yang memancarkan kuning emas murni yang dalam. Jumlah aloi
yang dicampur dengan emas dipanggil karatnya. Kunci untuk memahami karat
emas adalah nilai karat lebih dari 24. Contohnya ialah cincin perkahwinan
emas 14 karat. Ia adalah 14/24, yang sama dengan 58.3% emas dan 41.7% aloi.
Warna putih dicapai dengan pilihan yang berhati-hati dari logam mengaloi,
yang memancarkan kuning emas tulen.
Untuk info, ketulenan emas ialah sama dengan emas versi negeri lain. Tiada
istilah emas Kelantan karat tak cukup. Harga Emas Kelantan murah kerana
saingan penjual emas tinggi dan kos operasinya juga rendah. Berat emas
Kelantan diukur dalam unit 1 rial berat bersamaan dengan 2.72 gram.
Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang dan khuatir sekiranya hendak
membeli emas yang berwarna selain daripada warna kuning. Setiap barangan
emas masih mempunyai nilai untuk dijual semula mengikut harga pasaran dunia.
Buat orang ramai yang ingin menukarkan barangan kemas lama kepada yang baru,
sepanjang Pesta Emas yang sedang berlangsung di seluruh bilik pameran HABIB
sepanjang bulan ini. HABIB menawarkan harga yang kompetitif dan terdapat
pelbagai rekaan menarik yang pastinya memenuhi citarasa anda. Kami juga
menawarkan khidmat penilaian dan mencuci barangan kemas secara percuma.
Selain itu, perkhidmatan seperti mengubah saiz barangan kemas, menggilap,
mengukir turut ditawarkan di seluruh bilik pameran HABIB.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pesta Emas yang sedang berlangsung ini, sila
layari laman sesawang rasmi
HABIB dan
ikuti HABIB di laman media sosial Instagram (@habibjewelsofficial) dan
Facebook (@HABIB).