Apa Beza Daun Sup Dan Daun Ketumbar | Penggunaan daun herba seperti
daun sup, daun ketumbar atau daun seleri dalam masakan adalah suatu
kemestian sebagai penyedap rasa dan penambah aroma. Jika buat sup, tomyam
atau spageti, mesti nak kena tabur daun herba ni sebagai penambah rasa dan
penyeri warna. Barulah masakan jadi lebih sedap.
Bagi yang jarang memasak kadangkala mesti keliru nak membezakan ketiga-tiga
jenis bahan ini dalam masakan. Mesti juga antara korang yang pernah alami
pengalaman nak beli daun sup, tapi terbeli daun ketumbar. Kemudian keliru
pulak nak beli daun ketumbar terbeli daun Parsli.
Masa memula nak belajar masak, Kak Bell pun nampak sama aje pokok ni. Cuma
memang notis ada perbezaan terutama baunya. Dah tambah pulak semua daun
herba ni lebih kurang sama aja kan. Kalau diikutkan daun sup, daun ketumbar
dan daun seleri ni memang nampak sama macam adik-beradik. Sekali pandang
memang tak perasan langsung apa beza antara kedua-duanya.
1. Nama/Label Di Pasaraya
Sebenarnya ada beberapa nama lain bagi kedua-dua daun ini yang biasa digunakan pada labelnya.
Daun Ketumbar in English: Juga dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro (Coriandrum sativum)
2. Beza Akar
Kebiasaannya daun sup dan daun ketumbar ni dijual sekali dengan akarnya. Jadi lebih mudah nak membezakan antara keduanya. Cara yang paling mudah untuk kita kenal perbezaan kedua-dua daun ni adalah melalui akar.
Daun Ketumbar : Daun ketumbar akarnya bersaiz lebih besar (satu akar yang besar di tengah) dan jenis akar seakan-akan akar tunjang.
3. Beza Batang & Daun
Kalau bahagian akar telah dibuang/dah dipotong, kita boleh tengok juga pada struktur daun dan batangnya. Walaupun gak susah nak bezakan, tetapi masih ada perbezaan antara keduanya.
Daun Ketumbar : Mempunyai batang yang lebih pendek dan kurus jika dibandingkan dengan batang daun sup.
Daun Sup : Daun sup pula lebih besar dan warna hijaunya lebih jelas berbanding daun ketumbar.
4. Perbezaan Bau
Cara paling mudah nak kenal mana daun sup dan daun ketumbar adalah dari segi bau atau aromanya.
Daun Sup : Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild atau baunya lebih lembut.
Daun Ketumbar : Daun ketumbur mempunyai bau yang agak tajam dan seolah-olah bau serangga. Sesetengah orang tidak berapa suka dengan bau ni tetapi aromanya masih berbau segar sitrus.
5. Kegunaan Dalam Masakan
Dari segi kegunaan, biasanya daun sup lebih universal dalam masakan Melayu. Daun ketumbar ni tak berapa ramai yang pakai kecuali untuk masak beberapa jenis masakan tertentu, terutamanya tomyam. Daun ketumbar juga biasanya digunakan dalam masakan Thai atau India.
Daun Ketumbar : Ia mungkin kurang digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.
6. Perbezaan Rasa
Coriander has a stronger flavor than parsley. A significant point when deciding between coriander and parsley is their
flavor. While parsley has a herb-like flavor that may feel fresh and
minty, coriander is a different story. Coriander (or cilantro) has a much stronger flavor, reminding you of
herby lemongrass. Some folks claim it tastes like soap or detergent, so
that may give you an inkling.
Daun Ketumbar : Rasa daun ketumbar lebih kuat dan menyengat
Kedua-dua daun sup dan daun ketumbar memiliki khasiat tersendiri, jadi tak
salah pun kalau kita menggunakan yang mana-mana daun dalam masakan,
asalkan kena dengan tekak masing-masing.
Petua/Cara Simpan Daun Ketumbar/Daun Sup/Daun Pasli
Daun ketumbar tidak tahan lama jika salah cara simpan, daunnya akan jadi
layu dan berubah warna. Kak Bell juga ada nampak ada perkongsian
Petua Simpan Daun Ketumbar Supaya Kekal Segar & Hijau
Selepas Sebulan. Kadangkala sayang sebab nak pakai sikit je tetapi kena
beli banyak kalau di kedai atau pasar.
Sumber: RasaMY
- Pilih daun yang segar jangan basuh dan perlu simpan kering
- Masukkan dalam bekas kering dan kedap udara
- Check semula selepas 4 hari dan buang daun yang berubah warna/kuning/rosak
- Boleh guna kaedah ini untuk ‘frozen’
Cara Simpan Yang Salah
- Jangan rendam akar dan masuk dalam bekas yang sama
- Ianya tidak tahan lama sebab akar cepat reput dan busuk
- Simpan biasa dalam freezer
- Simpan dalam beg ziplock
Untuk kaedah ‘frozen’, korang boleh guna cara ini untuk pokok herba-herba
lain seperti daun kesum, daun limau purut, daun bawang, halia, lengkuas
dan sebagainya. Basuh bersih daun, buang sisa pasir dan tunggu kering.
Kemudian simpan dalam bekas/container seperti bekas dadih atau bekas
kecil. Tuang air sampai menutupi daun-daun tadi dan frozenkan di bahagian
ais.
Beza Daun Saderi Dan Daun Sup
Daun Saderi atau
daun celery
ni dikenali sebagai 'aromatic vegetables'. Selalu digunakan sebagai asas
masakan sup, stew dan lain-lain. Berikuat adalah beberpa cara nak beza
daun saderi dan daun sup.
Daun sederi, bentuk daunnya lebih tajam, lebar dan warna hijaunya lebih
tua. Mempunyai batang lebih besar dan bulat sedikit. Daun Parsli, hampir
sama dengan seleri tajam dan hijau gelap tetapi ia lebih halus dan,
kerinting dan batangnya sedikit melengkung. Berbanding daun seleri dan
parsli, daun ketumbar lebih mudah dibezakan, bentuk daunnya lebih bulat
dan warna hijaunya lebih cerah. Saiznya lebih kecil dan aromanya lebih
kuat berbanding daun seleri dan parsli.
Soal rasa, daun sederi lebih lembut baunyadan disukai ramai, tekstur
batangnya juga rangup. Daun parsli hampir sama dengan daun sup tetapi
lebih runcing. Sementara daun ketumbar lebih kuat bau ,hal ini menyebabkan
ramai orang tidak menyukai baunya.
Daun sederi sesuai dengan sifatnya lebih lembut baunya, sebab itu ia lebih
banyak digunakan sebagai tambahan dalam masakan seperti sup dan tumisan.
Malah ada juga yang menjadikannya sebagai ulam. Sementara daun parsli
lebih banyak digunakan sebagai garnish atau topping dalam kebanyakan
masakan barat dan italian cuisine seperti pizza, spageti dan lasagna.
Sementara daun ketumbar yang mempunyai aroma unik dan kuat baunya ini
banyak digunakan sebagai penyedap makanan seperti kari dan tomyam.
Pokok herba atau sayuran macam ni tidak mempunyai jangka hayat yang lama.
Sangat mudah rosak, jadi lembik dan busuk. Biasanya memang lebihan daun
sup dan ketumbar tu akan dibiarkan aje sebab bukan setiap hari kita akan
pakai daun ni. Nanti nak pakai, terpaksa beli baru lagi dengan kuantiti
banyak. Hope perkongsian ni sedikit sebanyak boleh bantu untuk bezakan
beberapa tumbuhan herba ni.