Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Karya Horror
Pertama Marvel
| Akhirnya filem yang ditunggu-tunggu tahun ini telah pun ditayangkan. Kak
Bell pun dah sempat tonton ke GSC Mid Valley minggu lalu. Sebelum tu,
awal-awal dah khatam dulu siri Loki, Wanda Vision dan siri komik What If... Sekuel dari filem
Doctor Strange ini adalah kelanjutan dari beberapa peristiwa yang terjadi
dalam serial dan filem Marvel sebelumnya seperti Wanda Vision, Loki, dan
Spider Man: No Way Home.
Film Doctor Strange in the Multiverse of Madness ni adalah bahagian dari
Phase 4 Marvel Cinematic Universe (MCU) yang memaparkan konsep multiverse
atau multisemesta sebagai tema utama dari Phase 4 MCU. Filem ini ditayangkan
di Malaysia bermula 4 Mei 2022. Kak Bell pun lepas seminggu baru sempat
tonton. Korang semua dah tengok ke? Puas hati tak selepas penantian tunggu
filem Marvel ni?
Genre: Adventure, Fantasy, Action
Original Language: English
Director: Sam Raimi
Producer: Kevin Feige
Writer: Michael Waldron
Release Date (Theaters): May 6, 2022, Wide
Box Office (Gross USA): $187.4M
Runtime: 2h 6m
Distributor: Walt Disney Pictures
Sound Mix: Dolby Atmos, DTS, Dolby Digital
View the collection: Marvel Cinematic Universe
Sinopsis Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness
Sinopsis Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness| Filem sekuel
kepada Doctor Strange (2016) ini menampilkan kembali Doctor Strange MCU yang kini
di dalam usaha membantu seorang gadis bernama American Chavez yang diburu
seekor monster yang ingin merampas kuasa gadis tersebut yang dapat merentasi
portal/multiverse.
Doctor Strange cuba mendapatkan bantuan daripada seorang teman lamanya Wanda
Maximoff. Namun, tanpa disangka setelah insiden Avengers: Endgame, Wanda
telah diperdaya dengan dark magic Darkhold dan kini dikenali sebagai Scarlet Witch
yang mula melakukan kekacauan di setiap alam lain untuk mencari American Chaves.
In Marvel Studios' "Doctor Strange in the Multiverse of Madness," the MCU
unlocks the Multiverse and pushes its boundaries further than ever before.
Journey into the unknown with Doctor Strange, who, with the help of
mystical allies both old and new, traverses the mind-bending and dangerous
alternate realities of the Multiverse to confront a mysterious new
adversary.
Doctor Strange In The Multiverse Of Madness Cast
Barisan Pelakon/Doctor Strange In The Multiverse Of Madness Cast- Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Stephen Strange
- Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff
- Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo
- Benedict Wong sebagai Wong
- Xochitl Gomez sebagai America Chavez
- Rachel McAdams sebagai Dr. Christine Palmer
- Jett Klyne sebagai Tommy Maximoff
- Julian Hilliard sebagai Billy Maximoff
- Michael Stuhlbarg sebagai Dr. Nic West(as Michael Stühlbarg)
- Hayley Atwell sebagai Captain Carter
- Anson Mount sebagai Black Bolt
- Lashana Lynch sebagai Captain Marvel
- John Krasinski sebagai Reed Richards
- Patrick Stewart sebagai Professor Charles Xavier/Professor X
- Charlize Theron sebagai Clea
- Sheila Atim sebagai Sara
- Adam Hugill sebagai Rintrah
- Bruce Campbell sebagai Pizza Poppa
Ulasan Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness
Ulasan Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness | Hampir 6 tahun
sejak karakter Doctor Strange diperkenalkan di filemnya tahun 2016, seperti
yang dikatakan, filem ini adalah sebuah karya horror pertama Marvel dan
berbeza dengan filem Marvel yang lainnya.
Defender Strange sebagai Sorcerer Supreme bantu American Chavez melarikan diri apabila diburu oleh monster semasa cari buku Visahnti dan akhirnya American
Chavez masuk ke multiverse bumi Earth-616 dengan mayat Defender Strange/Evil Doctor Strange (dari siri What If..).
Setelah dibantu Dr Strange MCU dan Wong, Doctor Strange dapatkan bantuan
daripada Wanda Maximoff tapi Wanda dah jadi jahat sebagai Scarlet Witch
sebab guna dark magic dan guna mantra terlarang Darkhold. Kiranya buku Vishanti ni buku sihir putih dan Darkhold buku sihir hitam.
Nak tahu kisah Wanda ni, kena tengoklah siri Wanda Vision. Lanjutan dari
siri ni Wanda ni dah pakai mantra terlarang, guna dark magic untuk cari
anak-anak dia di multiverse lain. Wanda berhasrat untuk mengambil kuasa
Chavez untuk diri dia sendiri supaya boleh merentas multiverse untuk hidup bersama anak-anaknya Billy dan Tommy yang diciptanya semasa
berada di Westview. Disebabkan tindakan dia ni telah membuka portal
multiverse lain dan mendedahan ancaman pada multiverse yang diganggu.
Strange enggan memberikan Chaves kepada Maximoff, jadi dia menyerang Kamar-Taj.
Kamar-Taj lumpuh dan Dr Strange dan Chaves lari ke portal lain manakala
Wanda mula menjalankan mantra Darkhold, untuk mencari dan mengawal badan
versi Wanda Maximoff di alam semesta tempat Strange dan Chavez melarikan
diri. Chaves ni boleh buka portalnya sendiri yang berbentuk bintang disebut Star Portal dan berasal dari Utopis Parallel. Dalam mulltiverse, hanya ada sorang sahaja Chaves. Tak ada varian lain dan tergolong sebagai Nexus Bing.
Dari awal movie, penceritaan bergerak pantas je tanpa plot yang membosankan.
Boleh dikatakan sampai ke hujung movie memang Kak Bell on point ikuti
narratif filem ni. Untuk CGI dan grafik memang tak boleh disangkal sebab
kali ini, Marvel berjaya membawa filem ini dengan mood lebih horror dan
gelap. Efek visual MCU yang paling mengesankan dan memukau.
Kehadiran Wanda atau Scarlett Witch (Elizabeth Olsen) dalam Marvel memainkan
peranan yang cukup penting dan ramai peminat suka dengan kejayaan watak
antagonis yang dibawakan. Berjaya membawakan watak ahli sihir jahat Scarlet
Witch dan juga sebagai seorang ibu yang tulus di multiverse lain menyebabkan
kita akan rasa kesian pula pada si Wanda ni.
Watak America Chavez dan Benedict Cumberbatch juga perlu dipuji. Xochitl
Gomez membawakan watak America Chavez dengan sangat baik dan mungkin
wataknya akan berkembang dalam MCU selepas ini.
Dalam sekuel ini juga ada Mordo (Chiwetel Ejiofor) yang menjadi Ahli Sihir
Tertinggi di semesta lain dan menjadi salah satu musuh Doctor Strange dalam
film ini. Mordo Ejiofor akan menjadi salah satu antagonis utama melanjutkan
ending film pertama. Selain itu ada juga karakter dari buku komik,
Shuma-Gorath, monster tentakel hijau bermata satu yang terlihat melawan Dr.
Strange. Mordo membawa Strange kepada Illuminati, yang terdiri daripada Baron Karl Mordo (Supreme Master), Peggy Carter (Captain Carter/The 1st Avenger), Blackagar Boltagon (Black Bolt), Maria Rambeau (Captain Marvel Defender Of Cosmos), Reed Richards (Mr Fantastic), dan Charles
Xavier (Professor X). Anggota Illuminati ni adalah ahli Avengers universe-838 yang telah tewaskan Thanos.
Iluminati versi komik
Kehadiran cameo lain seperti Captain Carter, Black Bolt, Captain Marvel,
Reed Richards (Fantastic Four) dan Professor X memang buat Kak Bell rasa
sangat teruja. Malangnya, sangat tak puas hati sebab kalah mudah sangat
dengan Scarlet Witch. Ingatkan Professor X dapatlah kuasai Wanda,
hujung-hujung dalam minda je dia bunuh. Black Bolt pun mati macam tu je.
Huhu. Btw, watak cameo ni penting untuk siri Incursion nanti sebab Sinister Strange (universe 838) guna Darkhold dan buat 'dreamwalk' ke semesta lain dan menyebabkan universe lain bergeser dan menyebabkan Incursion.
Evil Doctor Strange/Defender Strange nanti dibangkitkan jadi Zombie Doctor Strange untuk lawan Wanda yang dah berjaya tangkap Chavez. Walaupun Scarlet Witch tu watak paling kuat, American Chavez pun kuat juga sebenarnya tapi dia tak pandai nak kawal kuasa dia. Akhirnya Chaves buka portal dan bawa Wanda berjumpa dengan anaknya di universe lain iaitu Universe-838. Kemudian dia sedar yang tujuannya tak akan berhasil sebab anak dia akan kenal siapa ibu mereka yang sebenar dan ibu mereka dari universe lain dan Wanda Earth-616 memutuskan untuk musnahkan kuil Darkhold dan semua salinannya di semua universe. Rasanya Wanda tak mati sebab ada cahaya merah masa bangunan tu runtuh. Berkemungkinan dia diculik oleh pencipta Darkhold iaitu Chthon.
Filem ini menerima review dan ulasan positif daripada pengkritik dimana
pujian diberikan kepada pengarahan Sam Raimi, sutradara dari tiga film
Spider-Man yang dibintangi oleh Tobey Maguire. Dalam filem ni juga ada 3 versi Doctor Strange dari multiverse lainnya. Secara keseluruhanya memang
best, rugi kalau tak tonton dan suntikan elemen gelap horror seram tu
menjadik!
Doctor Strange in the Multiverse of Madness review IMDB/rating IMDB
IMDB RATING 7.4/10
Doctor Strange in the Multiverse of Madness Rotten Tomatoes
TOMATOMETER 74%
THE AUDIENCE SCORED 86%
Doctor Strange in the Multiverse of Madness Trailer
Hujung filem ada kredit scene di mana Dr Strange keluar berjalan dan
tiba-tiba muncul mata ketiga di dahi Strange. Mata ketiga Strange tu merupakan Eye Of Agamotto yang muncul akibat dia gunakan Darkhold untuk buat dream walk. Setelah Sinister Strange mati, mata tu berpindah ke Supreme Strange.
Lepas tu datang Clea (Charlize Theron) ajak Dr Strage merentasi dark portal yang dibuka pakai pedang untuk membaiki Incursion. Clea ni anak Dormammu. Ok terus tak sabar tunggu next movie dalam siri Doctor Strange Multiverse Of Sadness!