Review Bantal Origin Superior Coolmax Latex Malaysia| Tidur adalah
bahagian dan aktiviti penting dalam kehidupan kita. Penting bagi kita
memahami pentingnya tidur untuk kesihatan fizik dan mental. Masa tidur
inilah otak nak rehat, badan nak berehat untuk bekerja keesokan hari dan
masa untuk sel badan yang rosak dibaiki.
Terdapat banyak manfaat jika kita dapat
kualiti tidur yang cukup
terutamanya dari segi kesihatan dan ianya cukup berperanan untuk
memanjangkan umur. Kali ini Kak Bell nak kongsikan cara mendapatkan tidur
yang cukup dan saranan penggunaan bantal dan tilam yang sesuai bagi
mendapatkan tidur yang berkualiti.
Cara Mendapatkan Tidur Yang Cukup
Kak Bell sendiri kadangkala tidak dapat tidur yang mencukupi dan kerap kali
mengalami ketegangan leher dan sakit badan bila gunakan bantal dan tilam
yang kurang bagus. Ditambah pula dengan kesibukan sehari-hari, tabiat
terlalu lama denagn gadget akan menggangu waktu dan kualiti tidur. Berikut
adalah beberapa cara mendapatkan tidur yang cukup.
- Buat jadual tidur dan amalkan tidur pada masanya setiap hari. Pastikan cukup tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap hari.
- Elakkan mengambil kafein, nikotin, secara berlebihan dan elakkan mengambil alkohol.
- Menciptakan suasana bilik tidur yang nyaman.
- Menutup lampu semasa tidur supaya penghasilan melatonin dalam tubuh badan tidak terganggu. Ianya bagi mengelakkan biological clock terganggu.
- Melakukan olahraga secara teratur.
- Urus dan kurangkan stress.
- Gunakan bantal dan tilam yang bagus (Review Tilam Origin Hybrid) bagi mendapatkan tidur selesa dan berkualiti.
**Melatonin juga bertindak sebagai bahan anti-kanser atau anti-karsinogen
untuk pelbagai tumor. Ianya bertindak mengawal selia proses badan seperti
kitaran bangun dan tidur sehinggalah kepada mood, tenaga dan selera
manusia.
Kisahnya Kak Bell gunakan bantal Bantal Origin Superior Coolmax Latex. Kak
Bell dah ada 3 bijik bantal yang direka di Jerman ni sebab best
pakai. Bahan latex semula jadi dengan formula gel penyejuk memang
memberikan keselesaan ketika tidur sesuai dengan iklim panas dan lembap di
Malaysia. Bantal Origin ni padat tapi tak keras sebab material utama bantal
iaitu Latex. Latex ini bila kita letak kepala kita atas bantal tu dia akan
ikut bentuk kepala kita dan masih lagi memberi kita semua perfect posture
untuk tidur.
5 Sebab Kenapa Bantal Origin Superior Coolmax Latex Jadi Pilihan
Kita menghabiskan sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap hari untuk tidur, iaitu
1/4 daripada kehidupan kita! Bantal juga memang memainkan peranan untuk
dapatkan tidur yang selesa. Berikut adalah beberapa sebab kenapa bantal
Origin Superior Coolmax Latex
jadi pilihan Kak Bell!
- Origin Superior Coolmax Latex Pillow datang dengan sarung bantal kain Tencel yang boleh ditanggalkan. Jadi korang boleh tanggalkan dan basuh sarung bantal ni untuk memanjangkan hayat bantal. Ianya lebih lembut dar kapas dan boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.
- Bahan foam latex adalah material utama bantal. Latex ni sangat responsif untuk berikan sokongan pada kepala dan leher semasa tidur sekaligus melegakan tekanan pada tulang belakang.
- Bagi yang mempunyai allergi atau alahan, bantal Origin ni menggunakan 100% bahan semula jadi yang bersifat hypoallergenic dan ringan. Ianya anti habuk, anti-hama, anti-bakteria dan anti-mikrob. Jadi sangat selamat dan boleh tidur dengan tenang.
- Bantal ini direka dengan ruang pengudaraan supaya bantal bernafas untuk mengelakkan haba terperangkap bagi menyebabkan bau hapak yang tidak menyenangkan.
- Bantal ini ada warranti 2 tahun dan ada polisi Pemulangan Percuma 7 Hari (pemulangan sendiri ke gudang Origin).
Sebelum ini Kak Bell sering alami ketegangan leher. Masa tidur memang kerap
mengubah posisi kepala untuk dapatkan keselesaan. Ke kiri tak kena, ke kanan
tak kena! Selepas gunakan bantal lateks Origin memang terasa perbezaannya.
Dah tak ada dah sakit bahu dan leher. Kalau letak tangan bawah bantal terasa
sejuk dan lembut aje macam pegang awan.
Kalau korang ada rasa sakit kepala, leher tegang selepas bangun tidur dan
bantal keras, memang dah petanda perlu tukar dan dapatkan bantal baru yang
bagus. Bagi yang nak cuba, bolehlah dapatkan Origin Superior Coolmax® Latex
Pillow!
Origin Superior Coolmax® Latex Pillow
RM400/NP RM489
✓ Dimensi Bantal - 65cm x 40cm x 13cm
✓ Bahan: Lateks Asli + Gel Penyejuk Coolmax®
✓ Sarung Bantal Kain Tencel yang boleh ditanggalkan
✓ Pengembalian Percuma 7 Hari (pengembalian sendiri ke gudang Origin)
✓ Waranti 2 Tahun
✓ Produk Jerman
Jika nak rasa sendiri keselesaan bantal dan tilam Origin, korang boleh pergi
ke bilik pameran Origin. Penghantaran adalah percuma dalam tempoh masa 1
minggu untuk Semenanjung Malaysia dan pembeli juga boleh mencuba tilam
Origin selama 120 malam! Untuk bantal juga ada polisi 7 hari pengembalian
jika tidak berpuas hati dan pengembalian adalah tanpa sebarang soalan
asalkan produk dipulangkan semula dalam keadaan yang baik.
Website Origin Mattress Malaysia