Nikmati Aneka Resepi Kentang A.S (U.S Potato) Sempena Hari Pemakanan
Sedunia | Hi semua! Sempena dengan Hari Pemakanan Sedunia (World Nutrition
Day) pada 28 Mei setiap tahun, pihak Potatoes USA
meraikan Hari Pemakanan Sedunia yang bertemakan “A World Of Flavours” (Aneka
Cita Rasa) dengan menganjurkan pertandingan memasak di TCH Foodworks
Culinary Workspace Petaling Jaya baru-baru ini. Seramai 20 personaliti
berpengaruh di media sosial (blogger) telah menyertai cook-off challenge ini
dengan menyediakan pelbagai sajian yang lazat dan menyelerakan menggunakan
kentang A.S. sebagai bahan utama.
Sebelum ini Kak Bell telah menyertai beberapa pertandingan memasak dan kali
ini Kak Bell bergandingan dengan blogger Dik Bee untuk menyediakan resepi
U.S. Potatoes Prosperity Wrap. Buat korang yang pernah guna potato US mesti
tahu perbezaannya dengan kentang lain kan? Sebelum bercerita lebih lanjut
tentang cook-off challenge berkenaan, jom Kak Bell cerita dahulu perihal
tentang kentang A.S yang lazat, mudah disediakan dan paling penting
berkhasiat.
Menurut pakar runding diet Indra Balaratnam, sebiji kentang A.S saiz
sederhana menyediakan kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam, dan tidak
mengandungi kolesterol, garam mahupun lemak. Kentang A.S merupakan sayur
jenis ubi yang padat dengan nutrien, menjadikannya pilihan makanan yang
sihat untuk menjaga kesihatan seisi keluarga.
Sebiji kentang A.S. sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai
harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot dan otak, dan protein untuk
membantu dalam pembinaan sel dan otot. Di samping itu, Kentang A.S. kaya
dengan Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikannya sajian lebih sihat
dan memainkan peranan penting menyokong sistem imun badan.
Pakar runding diet Indra Balaratnam
Tania Lee, pakar diet sukan
Cik Tania Lee, pakar diet sukan juga berkongsi petua tentang manfaat Kentang
A.S. bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas. Kentang boleh
memberi tenaga kepada badan dan menyokong prestasi sukan. Karbohidrat ialah
pembekal tenaga penting bagi otot semasa bersenam dan juga proses pemulihan
selepas sesi bersenam, justeru membantu mencapai prestasi fizikal dan mental
yang optimum.
“Kentang mengandungi 3 gram protein setiap hidangan yang merupakan sumber khasiat bagi tumbesaran dan juga komponen penting bagi perkembangan otot, ligamen, dan sendi. Kalium ialah mineral yang merupakan elektrolit bagi otot untuk berfungsi dengan baik. Sebiji Kentang A.S membekalkan15% daripada keperluan kalium harian anda, dan ini lebih banyak daripada yang terkandung dalam pisang saiz sederhana,” jelas Tania.
Di acara tersebut, pakar diet Indra Balaratnam mengesyorkan empat resipi
yang menyelerakan dan berkhasiat menggunakan kentang A.S. – Mufin Kentang
Russet A.S., Kroket Feta & Parsli Kentang A.S., Kerabu Epal Hijau
Kentang Russet A.S. dan Kentang A.S. Bakar ala TexMex. Indra menerangkan
bahawa sajian-sajian ini mudah disediakan dan popular dalam kalangan rakyat
Malaysia kerana kelazatan rasa yang menambat selera dan sememangnya sesuai
untuk disajikan dalam majlis keluarga dan juga sebagai sajian segera.
Mufin Kentang Russet A.S.
Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S.
Kroket Feta & Parsli Kentang A.S.
Kentang A.S. Bakar ala TexMex
Description of the recipe: Vegetarian, Gluten-free
Recipe by: Indra Balaratnam, Consultant Dietitian
Prep Time: 20 minutes
Cook Time: 30 minutes
Ready Time: 50 minutes
Potato Type: US Russet
Serves: Makes 12 muffins
Prep Method: Boiling, Baking
Course: Snack, Appetizer
Bahan-bahan:
3 Kentang Russet AS bersaiz sederhana – kulit, rebus dan tumbuk
1 biji telur – dipukul sedikit
½ cawan lobak merah diparut sangat halus
1/4 cawan bawang besar dicincang halus
½ sudu teh serbuk bawang putih
½ cawan (50 gram) keju cheddar yang dicincang
Garam & lada hitam ditumbuk secukup rasa
Cara penyediaan:
- Panaskan ketuhar hingga 180ºC. Sapu periuk muffin tidak melekat dengan sedikit minyak zaitun
- Potong kentang US Russet yang telah dikupas menjadi kiub kecil dan rebus dalam air selama beberapa minit sehingga ia lembut apabila dicucuk dengan garpu. Toskan kentang dan tumbuk
- Masukkan telur yang telah dipukul, lobak merah parut halus, bawang besar, serbuk bawang putih dan keju cheddar. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa
- Bakar muffin selama 30 minit sehingga perang keemasan dan garing di sekeliling tepi.
- Keluarkan kuali dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 10 minit sebelum perlahan-lahan mengeluarkannya dari kuali muffin.
TIPS!
Muffin ini boleh disimpan di dalam peti sejuk beku. Untuk memanaskan semula, masukkan sahaja ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 40 saat.
Nutrition Information (per muffin):
Calories: 69
Protein: 3g
Fat: 2g (26% fat from total calories)
Carbohydrates: 10g
Fiber: 1g
Sodium: 55mg
Pertandingan Memasak Kentang A.S
Seramai 20 orang blogger telah menyerlahkan kebolehan memasak dan mencipta
resipi masing-masing menggunakan Kentang A.S dalam cook-off challenge kali
ini. Ternyata semua peserta berjaya memperlihatkan keserbagunaan,
kepelbagaian cita rasa, kelazatan dan kesenangan menyediakan hasil masakan
masing-masing. Terdapat 10 kumpulan dan Kak Bell berpasangan dengan blogger
Dik Bee menyediakan U.S. Potatoes Prosperity Wrap untuk edisi pertandingan
memasak kentang A.S ini.
1. Racheal + KitKat Nel = Gut-Friendly Miso U.S. Potato Salad
2. Miera Nadhirah + Faiz Rahim = Loaded Mashed US Potato
3. Rane + Jessie = Local meet Western - Kerabu US Potato
4. Ivy + Charmaine = US Potatoes Golden Ball
5. Dikbee + Bella = U.S. Potatoes Prosperity Wrap
6. Kelly + Wilson = U.S. Potatoes Satay
7. Wuikathy + Christy = U.S. Potato Poke Bowl
8. Min + Reef = Rendang Hijau US Potato
9. Sally + Amir = U.S Stuffed Baked Potatoes
10. Moka + Mawardi = Potato Waffle with Potato Smoothie
Masa memasak adalah selama 45 minit dan semua peserta bertungkus-lumus
menyiapkan hidangan masing-masing. Yang penting team kami tak pernah cuba
pun resepi ni, on the dot je buat semua. Kami berdua memilih resepi yang
simple tetapi berkhasiat kerana semua bahan menggunakan sayur-sayuran dan
tidak menggunakan bahan perasa tambahan yang berlebihan.
Namanya pertandingan memang kelam kabut juga dibuatnya. Bila tengok hasil
masakan team lain terus kecut dibuatnya sebab semuanya jaguh memasak!
Kriteria pemarkahan pula adalah seperti berikut:
2. Nutrition balance (nutricious components uses in your dish, how u make it heathily eg fried, baked or steam etc)
3. Presentation
4. Creativity
Selepas penilaian juri 3 team dengan resepi terbaik telah berjaya membawa
pulang hadiah wang tunai. Walaupun kalah, Kak Bell tetap happy sebab dapat
berjumpa semua peserta setelah lama tak berjumpa. Berikut adalah senarai
pemenang pertandingan memasak Kentang A.S anjuran Potatoes USA sempena World
Nutrition Day 2022 kali ini. Tahniah kepada pemenang dan juga semua peserta!
Naib Juara: Kelly + Wilson = U.S. Potatoes Satay
Tempat ke-3: Wuikathy + Christy = U.S. Potato Poke Bowl
Bagi korang yang belum pernah cuba U.S Potato, bolehlah cuba mana-mana
resepi kentang U.S. sebab rasa dia memang berbeza. Kalau nak tahu kulit pun
boleh makan ya dan kaya dengan fiber. Kalau malas buat resepi susah, korang
cucuk kentang pakai garpu di beberapa bahagian kemudian bakar dalam oven
atau air fryer. Siap!
Untuk maklumat lanjut dan resipi menarik, kunjungi laman
US Potato Goodness
atau Facebook:
@My Potatoes USA