Lirik Lagu Tandak Lebaran Haziq AF & Cikgu Meera | Lagu Tandak Lebaran
ini merupakan ciptaan Fauzi Mohammad, juga merupakan seorang pemuzik hebat
dari Negeri Melaka. Beliau bertugas di Briged Seni Melaka sebagai pemuzik.
Dengan kebolehan bermain berbagai alat muzik, beliau mengunakan kesempatan
itu untuk mencipta lagu berirama tradisional melayu. Selain lagu Tandak
Lebaran, Fauzi Mohamad juga adalah komposer bagi lagu lain iaitu Senandung
Anak Melaka (Yasser Fikri) dan juga Tambatan Jiwa (Khaliza
Putri/Nabila).
Manakala tugasan menulis lirik disempurnakan oleh Siso Kopratasa yang
merupakan seorang penulis lirik terkenal. Siso seperti kita semua tahu
banyak menulis lirik lagu raya. Menurut beliau, lirik lagu raya Tandak
Lebaran ini agak lain sedikit olahannya. Ini kerana Siso telah memasukkan
suasana pendemik, endemik dan ekonomi semasa dalam penceritaannya. Terdapat
juga unsur nasihat secara am untuk kita semua bagi menyambut hari raya tahun
ini. Jom ikuti Lirik Lagu Tandak Lebaran di bawah.
Lagu: Fauzi Mohamad
Lirik : Siso
Hakcipta : Luncai Emas Sdn Bhd
Label Edaran : Buana Rama Records
Cantik Gemerlapan Indahnya Berseri
Baik dikota Atau Didesa
Terukir SenyumanIbu Yang Menanti
Pulang SemuaOrang Disayang
Walau Sederhana Tak Semewah Dulu
Bersakit sakit tetap ceria
Pakai mana ada Tak perlu yang baru
Asal Sempurna Dihari Raya
Yang Jauh Dah Balik Jumpa Abang Adik
Meriahnya Tidaklah Terkira
Jauh Berkunjungan Dekat Berdatangan
Saling Berampunan Bermaafan
Joget Berjoget Kita
Tandak Lebaran Joget Bernama
Joget Berjoget Kita
Santun Berhemah Penuh Beradat
Walau Pun Bertandak Menghiburkan Hati
Jangan Lebaran jadi Tercela
Walaupun Gembira Biarlah Bersantun
Agar Lebaran lebih sempurna
Joget Berjoget Kita
Tandak Lebaran Joget Bernama
Joget Berjoget Kita
Santun Berhemah Penuh Beradat
Walau Pun Bertandak
Menghiburkan Hati
Jangan Lebaran jadi Tercela
Walaupun Gembira Biarlah Bersantun
Agar Lebaran lebih sempurna
Dihari Mulia Hari Kemenangan
Bukalah pintu Hati dan Jiwa
Kita Mermaafan Kita Berampunan
Moga Lebaran Penuh Bermakna
Nyanyian Haziq AF4 atau Hazwan Haziq Rosebi, 34 turut diperindahkan lagi
oleh guru seni muzik di sebuah sekolah utara Malaysia iaitu Cikgu Merra
atau lebih mesra dengan panggilan Meera. Haziq juga dikatakan bagai kembar
seiras dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais kerana daripada segi vokalnya.
Meera ATAU Cikgu Ameera bergiat aktif dalam nyanyian sejak zaman belajar.
Seorang guru mengajar pendidikan muzik sek rendah. Asal Kodiang, Kedah.
Meera, 30 tahun dikatakan selain mengajar di sekolah , beliau berkebolehan
dalam nyanyian, antaranya dalam pertandingan Syair antarabangsa di
Indonesia dan secara langsung dengan JKKN Negeri Perak.
Lagu TANDAK LEBARAN ini telah meriliskan video muziknya di saluran youtube
Buana Rama Records untuk ditonton orang ramai di musim perayaan ini dan
secara jualan digital di platform streaming dan itunes.