Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

Trending

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar | Hi semua! Baru-baru ini Kak Bell telah menghadiri pembukaan cawangan ke-9 Jungle House yang merupakan outlet pertama dengan konsep kafe di Jalan Telawi 3, Bangsar. Jungle House yang telah melancarkan jenamanya secara rasmi di Malaysia membawakan tagline "All Things Honey" (Segalanya Mengenai Madu) demi menggalakkan orang ramai untuk menghargai madu dan membudayakan amalan mengambil madu untuk kesihatan.

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

Kafe ini menyajikan pelbagai makanan dan minuman berinspirasi madu termasuk Oat Sarapan Madu, Kek Madu Rusia, pelbagai jenis Croffles (gabungan croissant dan wafel), kopi madu, teh serta jus dan semuanya digandingkan dengan jenis dan perisa madu yang khusus. 

Selain beristirahat seketika untuk menjamu selera atau menikmati minuman atau kek madu kegemaran, korang juga boleh membeli-belah di Jungle House yang menawarkan segala jenis produk madu, minuman, indung madu dan juga pelbagai set hadiah bertemakan madu. Ada juga produk penjagaan peribadi seperti sabun madu, pelitup muka dan juga cenderahati lainnya yang dihias cantik sesuai dijadkan sebagai hadiah.

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

Cawangan Bangsar ini menampilkan suasana tersendiri dengan ruang kafe yang santai di dalam kedai dan juga di bahagian luar. Manakala cawangan Jungle House Honey Malaysia lain yang terletak di Pusat Beli-Belah One Utama, Mid Valley Mega Mall, Pavilion Elite, Central I-City, D Pulses, lOl City Mall, & Queensway Mall hanya menawarkan produk runcit. Sebelum ni Kak Bell cuma pernah tahu Jungle House Mid Valley aje dari jungle house kl yang lain. Jadi kalau nak lepak santai sambil menikmati menu bertemakan madu bolehlah berkunjung ke jungle house cafe, outlet Telawi.


Di majlis pelancaran, Kak Bell berkesempatan menikmati hidangan terbaharu dalam menu, iaitu "Honey-misu". Selain Honeymisu diantara madu-madu terkenalnya di sini adalah Royal Black & Royal White dan Signature Honey Variety.

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Poh, Jungle House berhasrat untuk membawakan madu mentah asli dari sarang lebah terus ke rumah, dengan kerjasama komuniti orang asli terutamanyadari hutan belantara Indonesia dan juga Thailand dan Malaysia. Jungle House sentiasa berusaha menaik taraf dan menjamin kelestarian industri lebah, melindungi dunia dengan mengajar kaedahpenjagaan lebah yang betul untuk menyelamatkan ekosistem dengan melindungi populasi lebah.


Jungle House Honey Review

Jungle House Honey Review | Jungle House mempunyai lebih daripada 10 jenis madu asli, monofloral, madu mentah, madu tulen, tanpa sebarang perisa tiruan termasuk Royal Black (nektar iaitu madu bunga yang diekstrak daripada pokok Mahoni), Royal White (nektar bunga Kiawe), Jungle's Heart (nektar bunga Strawberi),Yellow Love (nektar bunga Linden), Sweettooth (nektar bunga mangga), Jungle's Eye (nektar bunga longan), Pink Lady (nektar bunga kapas), Roast Cube (nektar bunga kopi), Citrus Bloom (nektar bunga oren) & Fruit Boss (nektar bunga durian). Kalau korang try memang dapat rasa madu yang ada rasa buah durian atau strawberi ni.

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

"Kami menawarkan produk madu biasa dan juga madu hutan liar premium kepekatan tinggi seperti Royal Black dan Royal White yang sangat jarang ditemui dan mengandungi khasiat perubatan tinggi yang memberikan manfaat kesihatan. Sesungguhnya setiap titisan madu amat berharga dan jarang ditemui kerana bekalan rendah daripada hutan liar dan tidak diperolehi dari ladang. Oleh yang demikian, kita perlu memulihara koloni madu supaya ekosistem dan juga perniagaan adalah lestari," jelas Paul.

"Kami bertekad untuk menjadikan madu mentah lebih mudah didapati dan mampu dibeli semuarakyat Malaysia. Kami juga menggalakkan orang ramai untuk menikmati madu sebagaipengalaman gaya hidup harian untuk meningkatkan kesihatan secara semula jadi."


Kisah bagaimana Jungle House diasaskan sememangnya amat menarik dan merupakan satu pengalaman semanis madu yang disediakan di gedungnya. Apa yang bermula sebagai pengembaraan menyusuri hutan tebal di Garut di Jawa Barat, Indonesia beberapa tahun lepas telah mencetus mint Paul dan Ashley terhadap madu apabila mereka terserempak dengan sekumpulan pemburu lebah asli yang memberi peluang kepada mereka mencuba madu hutan segar. Madu yang tulen, organik, mentah, tidak tercemar itu mempunyai perisa bunga yang dikunjungi lebah madu untuk nektar dan debunga, dan berbeza daripada madu yang pernah dirasai sebelum ini.

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

Ketika itu Paul baru berjinak-jinak dengan perniagaan madu, manakala Ashley sudah menceburi perniagaan runcit madu sejak 2007. Pada 2014 beliau menemui Paul yang terlibat dalam bidang kejuruteraan. Maka bermulalah kisah cinta yang bukan sahaja menyaksikan kedua-duanya mengikat tali kasih sayang, tetapi turut melahirkan sebuah perniagaan perkongsian bernama Jungle House pada 2018.

Ketua Pegawai Perniagaan Ashley Lam menerangkan,"Selain daripada minat membawakanmadu yang sihat dan lazat ke bandar-bandar besar dan ke serata dunia, saya dan Paul tersentuh dengan sikap pemburu lebah yang baik hati dan pemurah. Mereka menghadapi pelbagai cabaran, kesukaran dan bahaya dalam kerja yang memberi mereka hanya sedikit pendapatan, tetapi tetap gigih mencari nafkah. Kami mahu membantu para pemburu lebah yang bekerja keras ini untuk meraih pendapatan yang sewajarnya sambil mengumpulkan madu secara bertanggungjawab."

Dalam situasi endemik semasa, kita perlu hidup dengan Covid dan perlu membina tahap keimunan badan dengan mengambil makanan sihat seperti madu. Jungle House komited untuk menambah baik dunia ini, sambil membawakan madu 100% tulen, asli, segar dan organik secara terus kepada pelanggan dari hutan-hutan dunia ke rumah anda.

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar


Di majlis tersebut pakar runding diet, Cik Indra Balaratnam berkongsi khasiat dan manfaat madu yang memang terkenal sebagai salah satu makanan unggul yang membantu meningkatkan keimunan badan.

"Madu mempunyai pelbagai khasiat, serta kaya dengan mineral dan vitamin, antioksidan dan enzim yang membantu meningkatkan keimunan dan melindungi badan kita. Selain itu, madu mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antimikrob, yang baik untuk badan dan membantu meringankan gejala batuk dan sakit tekak, menjadikannya amat berguna untuk menentang gejala Covid," kata Indra.

En. Deden Hamdan, yang dulunya seorang pegawai bank sebelum menjadi pemburu lebah sejak 10 tahun lepas menerangkan bahawa empat unsur alam, iaitu lebah, bunga, hutan dan cuaca membentuk ekosistem seimbang yang perlu wujud secara harmoni untuk memberikan rasa lazat, ada perisa tersendiri dan warna ambar madu. Beliau telah bekerjasama dengan Jungle House untuk membekalkan madu mentah kepada syarikat sejak 2018. Deden berkata, cabaran yang dihadapi oleh industri lebah adalah faktor alam sekitar seperti perubahan iklim & penebangan hutan dan penjual tidak beretika yang menjejaskan kualiti madu dengan mencampurkannya dengan bahan lain. Sebab itulah kita perlu berhati-hati untuk memastikan kualiti madu kita adalah yang paling tulen dan segar dan dikumpul, disimpan dan diangkut dalam keadaan yang paling cekap dan bersih.


Adakah produk Jungle House disahkan halal?
Pada masa ini, jenama kami masih belum mendapat sijil halal. Walau bagaimanapun, produk yang kami jual tidak mengandungi bahan yang tidak halal. Ini termasuk kek madu kami. Boleh rujuk FAQ jungle house halal.

Is Jungle House product halal certified?
At this moment, our brand is yet to obtain the Halal certificate. However, the product we sell does not contain any non-halal ingredients. This includes our honey cake.

Jungle House Honey Malaysia Lancarkan Outlet ke-9 Jungle House Cafe Di Jalan Telawi Bangsar

Untuk maklumat lanjut tentang Jungle House/Jungle House Honey Malaysia atau memesan produk madu di dalam talian, sila layari laman sesawang dibawah. Jangan lupa juga singgah ke jungle house cafe dan rasa sendiri menu kat sana. Memang puas hati!

Jungle House Malaysia
FB 
Jungle HouseMY
IG Jungle HouseMY
atau hubungi +6012 203 0317

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post