Hari Raya Terkejut 2022 Malaysia, Satu Negara Panik! | Hi korang!
Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog Kak Bell. Selepas dua tahun raya
Aidilfitri tak meriah sebab tak dapat balik kampung beraya, raya tahun ni
betul-betul kejutan dan kalut luar biasa.
Hampir 20 tahun tidak pernah kita bercanggah dengan Kaedah Hisab atau
bercanggah dengan kalendar Kuda. Kak Bell pun menjangkakan tarikh Hari Raya
Aldifitri jatuh pada 3 Mei 2022 sebab biasanya kalau jangkaan Hari Raya kat
kalendar kuda tu biasanya tepat aje. Memang tak bersedia pun nak beraya
sebab satu barang pun tak beli dan masih sibuk mengemas rumah aje. Tiba-tiba
bomm lepas diumumkan raya jatuh esoknya, 2 Mei 2022.
Kemudian ramai dah masing-masing mula menaikkan status di media sosial
masing-masing akibat keributan dan panik sebab esok nak raya. Kak Bell
tengok penduduk kat kawasan rumah ni lepas berbuka dah mula gerak balik ke
kampung. Menjelang tengah malam terdengar pulak orang bergaduh kat bawah.
Mungkin akibat panik terus emosi dibuatnya kan!
Selepas pengumuman hari raya, Kak Bell menyinggah ke PetShop Pantai Hill
Park beli barangan keperluan kucing. Gerai tepi jalan yang jual lemang terus
penuh orang beratur ya. Mana taknya, ramai 'kalut' dengan raya terkejut
esok. Daging pun tak sempat beli dan buat orang ramai membeli-belah saat
akhir sampai pasar raya penuh. Kawan yang nak balik Sabah atau Sarawak pun
terpaksalah akur sebab tiket penerbangan dah beli siap-siap kan.
Kaedah Tentukan Hari Raya 2022 Malaysia
Hari Raya 2022 Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab dalam menentukan
awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Aidilfitri dan Aidiladha
selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak serta
astronomi yang dipersetujui semua negeri.
Hari Raya Aidilfitri ditentukan dengan melihat anak bulan pertama yang
dikendalikan oleh jawatankuasa melihat anak bulan negeri-negeri atau
‘rukyah’ yang diketuai oleh mufti masing-masing. Negera-negara kecil dan
negara lain pun mengiktiraf dan ikut keputusan cerapan ahli falak kita
contohnya seperti negara Jepun.
Rukyah
Rukyah adalah aktiviti melihat/penelitian/cerapan bagi menentukan Hilal/anak
bulan/new moon samaada dilakukan dengan mata kasar atau dengan alat bantu
optik seperti teleskop. Rukyah ni dilakukan setelah matahari terbenam
selepas waktu Maghrib.
Rukyah bukan sahaja dilakukan untuk menetukan jatuh tarikh puasa dan raya
sahaja. Ianya adalah aktiviti utama untuk menentukan bulan baru setiap bulan
dalam kalendar hijrah.
Hisab
Hisab atau kaedah pengiraan astronomikal dalam konteks ini merujuk kepada
kaedah perhitungan pergerakkan bulan menggelilingi bumi dalam menentukan
awal bulan pada kalender Hijriyah.
Pengumuman hari raya dibuat selepas pengesahan data penampakan bulan oleh
ahli falak Malaysia di Stesen cerapan Labuan dan Stesen Cerapan Langkawi.
Bukan suka-suki je nak tetapkan tarikh raya ye. Semuanya bergantung kepada
peredaran bulan.
Gantian Cuti Hari Pekerja
Selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022 oleh
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa 1 Syawal 1443H, Hari Raya Aidilfitri
tahun 2022 jatuh pada Isnin 2022, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik
akan dibawa kepada Hari Rabu 4 Mei 2022 (Gantian Cuti Hari Pekerja).
Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri
Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari
Ahad yang mana ia adalah bekerja di negeri-negeri tersebut.
Indonesia, Brunei, Thailand, Arab Saudi sambut Aidilfitri serentak dengan
Malaysia pada 2 Mei 2022 manakala republik Singapura menyambut 1 Syawal
1443H/2022 pada 3 Mei 2022.
Walaupun persiapan akhir dibuat secara mengejut untuk hari raya 2022 raya
terkejut semalam tetap disambut meriah. Raya paling riuh setelah dua tahun
terpaksa beraya jauh dari keluarga akibat pandemik COVID-19. Anyway enjoy
your holiday festive. Rayakan sebulan!