One Kampong Gelam Anjur Cinta Cahaya Ramadan Di Kampong Gelam
Singapura
| Mulai 1 April hingga 8 Mei 2022, Kampong Gelam memancarkan cahaya menerusi
Cinta Cahaya Ramadan. Ia adalah sebahagian daripada kempen #BagiUp yang
diadakan sepanjang tahun dengan tujuan menarik para pengunjung dalam
kegiatan menyemarakkan warisan Kampong Gelam.
Kawasan dan budaya etnik bersejarah Singapura mempersembahkan
program-program hibrid tahun ini dengan pengaktifan pelbagai kegiatan
menarik dan hiburan secara dalam talian.
Diterajui oleh One Kampong Gelam, sebuah persatuan yang mewakili dan
menyokong kepentingan perniagaan di presint berkenaan, Cinta Cahaya Ramadan
menyajikan atur cara harian cukup menerujakan sepanjang lima minggu yang
dikendalikan oleh para sukarelawan dan masyarakat peniaga di situ. Para
pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti di kawasan kejiranannya,
termasuklah meraikan kembalinya bazar Ramadan sejak 2019, atau sekadar
menghiburkan hati di rumah menerusi rancangan bercorak pendidikan yang
disertai hiburan, muzik dan hiburan yang disiarkan menerusi saluran Visit
Kampong Gelam.
Kepentingan Kampung Gelam Sepanjang Ramadan di Singapura
Kepentingan Kampung Gelam Sepanjang Ramadan di Singapura | Asalnya merupakan
kawasan kediaman sultan-sultan Melayu dalam 1820-an, Kampung Gelam kemudian
beransur-ansur didiami orang-orang berlainan bangsa dan agama yang berhijrah
ke sini pada abad ke-19 dan ke-20. Ia diwartakan sebagai sebuah kawasan
pemuliharaan dalam 1989 bagi mengiktiraf warisan dan budayanya yang kaya.
Ramadan disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan mereka berpuasa
selama sebulan, mengerjakan solat dan berusaha merefleksi diri. Ia juga
merupakan masa yang baik untuk memupuk disiplin, mengawal diri, melakukan
pengorbanan, dan empati kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Menghidupkan Semula Kampung Gelam Dalam Zaman 1960-an Menerusi Lensa Hari Ini
Menerusi Light of Gelam atau Cahaya Gelam, pemetaan dan pencahayaan pintar
akan sekali lagi digunakan pada permukaan bangunan Masjid Sultan.
Pertunjukan cahaya yang disokong oleh Epson Singapore dan berlangsung dua
kali setiap malam ini pasti menakjubkan. Lampu kristal juga dipasang di
sepanjang garis-garis utama struktur monumen negara ini, sekali gus
menonjolkan bentuk bangunan yang tersergam itu pada waktu malam bagi
menghidupkan semula Kampung Gelam dalam zaman 1960-an menerusi lensa hari
ini.
Bazar Ramadan yang tidak dapat dipisahkan daripada kawasan ini, juga telah
kembali dalam bentuk Walk Thru Souq yang berinspirasikan pengaruh Arab di
Jalan Kandahar. Kampong Glam Bazaar 2022 menampilkan lebih 20 gerai
merentasi tiga zon, bazar ini dianjurkan dengan kerjasama Laloolalang,
sebuah organisasi setempat yang memperjuangkan keusahawanan tempatan dan
pembangunan masyarakat. “Walk Thru Souq” ini turut disokong oleh Lazada
Singapore, yang akan membantu para peniaga yang mengambil bahagian dalam
memulakan perjalanan pendigitalan mereka.
Kampung Gelam juga akan menawarkan acara lawatan dan bengkel eksklusif bagi
mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Ramadan dengan menaiki Trishaw
Uncle’s iaitu beca tiga roda ke kawasan itu. Ianya adalah satu-satunya
kembara menaiki beca di Singapura yang diluluskan oleh Lembaga Pelancongan
Singapura. Selain dari itu, para pengunjung juga boleh kembara dengan
menaiki tempat duduk sampingan Vespa vintaj yang pertama dirintis di dunia
oleh Singapore Sidecars.
Anda juga boleh menyaksikan bengkel-bengkel kerja tangan sebagai menghargai
perdagangan dan perniagaan bersejarah di kawasan kejiranan, seperti
pembuatan minyak wangi bersama SIFR Aromatics dan kraf kulit bersama
Crafune.
Cinta Cahaya Ramadan di Rumah
Nikmati suasana perayaan daripada keselesaan di rumah (Cinta Cahaya Ramadan
di Rumah) dengan melihat gelagat Bunda Bedah & Mak Temah berjalan kaki
360° secara maya sambil menyorot suasana Ramadan di sekitar Kampung Gelam.
Rasai nostalgia menerusi persembahan "langsung" di YouTube, yang menyingkap
kembali kegiatan seniman jalanan atau e-belajar membuat kuih daripada Chef
Mel Dean.
Bergelak ketawa dengan kemunculan semula Siti Sally & Samad (menampilkan
pelawak dan pelakon Singapura Suhaimi Yusof) ketika mereka berdua membawa
anda ke lokasi membeli-belah terbaik di Kampong Gelam.
One Kampong Gelam komited untuk memastikan Cinta Cahaya Ramadan sebagai
ruang selamat pada tahun ini. Memandangkan kapasiti menampung pengunjung di
kawasan ini adalah terhad, justeru orang ramai dinasihatkan agar menggunakan
pengangkutan awam jika datang ke Kampong Gelam sepanjang Ramadan.
Para pengunjung Kampong Gelam juga dinasihatkan supaya mematuhi
Langkah-Langkah Pengurusan Selamat (SMMs), termasuklah menjaga jarak selamat
satu meter antara kumpulan dalam keadaan tanpa memakai pelitup mulut.
Di Walk Thru Souq, petugas akan memantau dan menjejaki aliran para
pengunjung di setiap pintu masuk. Mereka akan dimaklumkan apabila kapasiti
bazar telah mencapai had maksimumnya dan ketika itu para pengunjung
dikehendaki beratur sebelumdibenarkan masuk ke bazar. Sistem pengesanan ini
dimungkinkan oleh Smartcomm,rakan pemegang kepentingan Kampong Gelam.
Ketua Projek dan Pengurus Presint, Sudirman Bin Muzaini
berharap melalui program Visit Kampong Gelam, orang ramai boleh
menikmati Cinta Cahaya Ramadan sambil kekal selamat dan melindungi orang
tersayang di sekeliling kita.
Established in 2014, One Kampong Gelam is committed to representing and
supporting the interests of various stakeholders in the neighborhood. The
organization is represented by an executive council comprising 14
members, and since its inception, has positioned Kampong Gelam as a
lifestyle destination, along with curating activities and events to engage
locals and tourists alike.
Visit Kampong Gelam
Singapore Tourism Board
Visit Singapore