Noraniza Idris Raikan 100 Anak-Anak Asnaf Di Majlis Iftar Ihya Ramadhan
2022
| Dalam kesibukan kerjaya sebagai artis, Ratu Etnik Irama Malaysia, Noraniza
Idris masih sempat memikirkan aktiviti tanggung jawab sosial bersama
masyarakat.
Seramai 100 orang anak-anak asnaf dari SK Puchong Utama telah disenaraikan
dalam penyampaian sumbangan yang berlangsung pada 23 April 2022, hari Sabtu
bermula 9.30 malam - 11.20malam di Dataran Putrajaya. Acara selama 2 jam ini
akan dihidangkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya oleh artis
seperti Noraniza Idris, Ihab Ismail, Azmir Arif , Zul Arif dan Khairul
Hamdi.
Noraniza Idris berkata "Setahun sekali kita menyambut bulan Ramadan yang mulia dan setelah 2 tahun menghadapi pandemik global dan berakhir pada 1 April lalu, tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk meraikan Ramadan yang mulia bersama golongan kurang bernasib baik’’.
Acara ini adalah anjuran Bersama Noraniza Idris production Ventures Sdn Bhd,
PIBG SK. Puchong Utama dan juga Musolla AR- Raudhah. Acara ini juga akan
menggerakkan Program Corporat Social Responsibility (C.S.R) kepada usahawan
Industri Kecil Sederhana (IKS) dengan membantu menyediakan platform jualan
dan promosi untuk usahawan terlibat. Setiap usahawan berpeluang
memperkenalkan produk menerusi khidmat kongsi rezeki dengan hanya menghantar
produk mereka yang akan dijual dan dipromosikan di sepanjang Ramadan ini.
Berkat dari usaha ini, Noraniza Idris juga telah mengambil peluang untuk
memperkenalkan produk makanan tradisional pertamanya iaitu Che Ani Produk
Premium berasaskan Muruku yang telah mula dipasarkan bermula 1 April lalu.
"Sepanjang diperkenalkan secara kecil-kecilan, produk Muruku premium Che Ani telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Ramai penggemar muruku berminat menjadi wakil jualan atau ejen seiring dengan kempen 1 Ejen : 1 Daerah yang Kak Ani perkenalkan" kata Noraniza Idris.
Seiring dengan itu, Noraniza Idris turut mempelawa usahawan-usahawan
Industri Kecil Sederhana yang telah bersama-sama turun padang mempromosikan
produk jualan mereka di booth Che Ani untuk berbuka puasa secara santai
sebagai sebuah keluarga. Peluang berhimpun dalam sebuah program amal ini
telah lama dinanti-nantikan.
Noraniza Idris yang sememangnya digelar Ratu Etnik Irama Malaysia kekal
berada di dalam industri muzik Malaysia ini selama 36 tahun dan terus
berusaha mempelbagaikan kerjaya sebagai jaminan masa depan ke arah bidang
keusahawanan.
Pandemik global yang melanda dunia banyak memotivasikan Noraniza Idris untuk
terus memandang dari sudut positif dengan mempelajari sistem perniagaan
secara dalam talian selain menjalankannya secara fizikal. Aktiviti ini akan
diteruskan selepas Hari Raya nanti untuk jangka panjang dalam Siri Jelajah
Akar Kita Zapin 2022 yang akan bermula di Zon Utara pada 20-22 Mei 2022 di
AEON Mall Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Mengulas tentang single rakaman hari raya, Noraniza Idris berkata beliau
tidak mempunyai single raya terbaru untuk tahun ini namun pernah muncul
rakaman semula lagu raya ‘Cinta Lebaran ‘ nyanyian Noraniza Idris , Ihab
Ismail dan Azmir Ariff yang diedarkan secara digital di bawah Luncai Emas
Sdn Bhd pada tahun 2021 lepas. Mengajak semua peminat untuk dengarkannya di
saluran youtube Luncai Emas . Selepas Ramadan ini , beliau dikatakan akan
fokus aktiviti rakaman single terbaharu setelah single Intan Payung (duet
Bersama Bunga) selesai kontrak promosi.
Single terbaharu ini dijangka akan melibatkan seorang artis undangan yang
akan diumumkan tidak lama lagi. Struktur melodi lagu ini sememangnya sangat
sesuai dengan konsep dan vocal artis ini untuk berkolaborasi bersama Kak
Ani. Pihak Kak Ani akan membincangkannya dengan Luncai Emas sebagai penerbit
bersama nanti.