Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum Review, Cara Hilangkan Dark Spot Di
Wajah
| Hi semua! Dah menjengah usia 40 siri ni, perlulah beri lebih perhatian
pada penjagaan kulit wajah. Bila dah meningkat usia masalah dark spot dan
jeragat dan memang jadi kebiasaan yang berlaku pada semua orang. Maksud dark
spot dalam bahasa melayu sebenarnya adalah pigmentasi kulit.
Kali ni Kak Bell nak kongsi tentang cara nak hilangkan dark spot dengan
Murad serum iaitu MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum dan MURAD City Skin
Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++.
Apa Beza Dark Spot Dan Jeragat?
Secara umumnya dark spot terjadi disebabkan perubahan warna pada kulit,
begitu juga dengan jeragat. Sebenarnya ada beza dark spot dan jeragat. Dark
spot yang dikenali sebagai bintik hitam atau flek hitam. Jeragat pula
dikenali sebagai freckles dan disebabkan faktor keturunan yang dialami sejak
kecil atau remaja.
Faktor terjadinya dark spot dan jeragat mungkin disebabkan sinar UV
matahari, penggunaan skincare yang mengandungi bahan kimia merbahaya dan
perubahan hormon.
Biasanya ambil masa yang lama untuk memudar dan menghilangkan dark spot di
muka. Jom baca lebih lanjut jika nak tahu tentang produk hilangkan dark spot
dalam masa 14 hari sahaja!
Produk Hilangkan Dark Spot Dalam Masa 14 hari
Untuk membaik pulih masalah bintik hitam ini Kak Bell gunakan 2 produk
Murad. Produk hilangkan dark spot dalam masa 14 hari tersebut adalah:
2) MURAD City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++
MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum
MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum ini dapat mengurangkan dan memudarkan
bintik hitam dan hiperpigmentasi. Produk ini bersifat intensif, bebas
hidrokuinon dan serum yang akan menggalakkan perolehan sel permukaan untuk
lebih sekata, kulit lebih cerah.
Sesuai untuk semua warna dan jenis kulit muka iaitu normal, berminyak, kulit
kering dan juga kulit kombinasi. Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum
ingredients adalah seperti berikut:
- Patented resorcinol technology - Eksklusif untuk Murad, mengurangkan keamatan rupa bintik gelap dan tona tidak sekata.
- Tranexamic acid - Membantu menenangkan, mencerahkan, menghidupkan semula kulit kusam dan nada sekata.
- Glycolic acid - Salah satu bahan yang pertama dan paling utama dalam proses pengelupasan dalam dermatologi Dr Murad. Ianya berfungsi untuk mengelupas hingga membantu menghilangkan kekusaman, memperbaiki tekstur kulit & menghilangkan kusam sel kulit untuk penembusan yang lebih baik.
How To Use Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum?
Cara penggunaanya sangat mudah dan boleh digunakan pada waktu siang dan
malam setiap hari.
Langkah 2: Sapukan 1-2 pam secara rata pada muka, leher dan dada.
Langkah 3: Ikuti dengan pelembap. Disyorkan untuk menggunakan pelindung matahari Murad (City Skin Age Defense) juga pada siang hari.
MURAD City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++
Produk Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ berfungsi
sebagai tabir suria (mineral sunscreen) untuk menghalang kulit daripada
terkena cahaya matahari secara telus dan menjadi kulit lebih bersinar secara
semulajadi.
Selain Cahaya UV, cahaya biru dari skrin laptop, PC atau TV secara
berlebihan juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan kerosakan dan
penuaan kulit. Oleh itu, Murad membangunkan krim ultra-ringan, 100%
pelindung matahari mineral yang melindungi kulit muka daripada pelbagai
jenis sinar UV, samaada cahaya biru dalaman daripada skrin atau UVA dan UVB
luaran dari cahaya matahari.
Formulanya menyerap dengan cepat tanpa sisa dan menjadikan kulit lebih
bercahaya. Selamat untuk kulit sensitif, bebas pewangi, dan 100% mineral SPF
untuk semua jenis kulit City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++
ingredients adalah seperti berikut:
- Matriks polimer yang unik bertindak seperti "kulit kedua" yang boleh bernafas dan mengunci lekatan dan penembusan penceroboh persekitaran toksik.
- Vitamin C membantu mencerahkan kulit, menjadikan tona kulit lebih sekata dan memperbaiki kulit dari kerosakan cahaya matahari.
- Lutein dan Oksida Besi meningkatkan perlindungan dari cahaya spektrum luas, menambah pertahanan terhadap cahaya boleh dilihat, cahaya biru dan sinaran inframerah.
How To Use Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++?
Cara penggunaannya sama sahaja dengan produk serum tadi. Selepas kulit muka
di bersihkan, disapukan toner serta Murad serum, bolehlah sapukan krim ini
bahagian muka, leher dan bahagian berdekatan leher di atas dada. Boleh guna
tidak kira siang mahupun malam.
Kesan Penggunaan Murad Serum Dan Mineral Sunscreen
Melalui keputusan yang terbukti secara klinikal setelah penggunaan produk
Murad dengan produk yang lainnya, ahli panel ujian bersetuju hanya dalam 14
hari responden berjaya memperolehi hasil positif mengatasi masalah
hiperpigmentasi.
Murad Rapid Dark Spot Correcting serum before and after
- 84% berjaya memudarkan bintik hitam/dark spot
- 91% kulit lebih cerah
- 94% kulit lebih licin
- 89% kulit lebih berseri dan bercahaya (radiant glow)
Setelah menggunakan Murad Rapid Dark Spot Correcter Serum dan City Skin Age
Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ selama 14 hari ternyata nampak perubahan
ketara pada muka Kak Bell. Kulit muka lebih sekata dan lebih sihat. Memang
berkesan sangat sebab mineral sunscreen SPF50 PA++++ ni dapat melindungi
kulit daripada 96% pencemaran dan 89% daripada cahaya biru dari skrin.
Kedua-dua tekstur produk Murad ni memang senang nak apply dan mudah meresap
pada kulit. Baunya pun best dengan bau sitrus vitamin C. Pakaging produk
Murad boleh dikatakan dalam travel size iaitu 30ml untuk Murad Serum dan
50ml bagi Murad Sunscreen PF50 PA++++.
Rapid Dark Spot Correcting Serum 30ml – RM448
City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ 50ml - RM298
Maklumat lanjut di laman sesawang Murad dan laman media sosial di bawah.
FB: @Murad.Malaysia
Insta: @MuradMalaysia