KOPETRO Lancar 5 Produk Ready To Eat LengQuas Terbaru, Buat Stok Frozen Food Ramadan Nanti - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal KOPETRO Lancar 5 Produk Ready To Eat LengQuas Terbaru, Buat Stok Frozen Food Ramadan Nanti

Trending

KOPETRO Lancar 5 Produk Ready To Eat LengQuas Terbaru, Buat Stok Frozen Food Ramadan Nanti

KOPETRO Lancar 5 Produk Ready To Eat LengQuas Terbaru, Buat Stok Frozen Food Ramadan Nanti | Baru-baru ni Kak Bell sempat ke Hari Terbuka LengQuas pada 25 dan 26 Mac 2022 lalu bertempat di Dapur Setempat Kopetro, Seri Kembangan. LenQuas ni di antara produk ready-to-eat Malaysia yang terkenal dan banyak memenangi anugerah.

Produk Ready To Eat LengQuas

Tahun lepas Kak Bell diperkenalkan dengan produk Ready To Eat (RTE) LengQuas ni dan jatuh cinta dengan produk ni sebab mudah nak prepare dan sedap! Jadi, sebagai seorang peminat produk LengQuas Kak Bell datang sini sebab nak borong stok frozen food untuk bulan Ramadan nanti. Senang kalau malas nak masak waktu sahur atau berbuka puasa, panaskan sahaja produk RTE LengQuas ni.

Kopetro Food Seri Kembangan

Pada hari terbuka tu ada jualan produk LengQuas pada harga kilang, food tasting makanan percuma dan juga pendaftaran agen baharu untuk mereka yang nak menjana pendapatan dengan jual produk LengQuas. Para pengunjung yang datang berpeluang untuk membeli produk LengQuas pada harga RM30 untuk 5 produk.


5 Produk Ready To Eat LengQuas Terbaru

Terdapat 21 Produk RTE LengQuas yang telah berada dipasaran. Terbaru, pihak KOPETRO lancarkan 5 Produk Ready To Eat LengQuas yang baru. Diantara pilihan produk hidangan segera lauk pauk tradisional yang ada seperti Paru Goreng Berlada, Daging Masak hitam, Daging Dendeng, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Ayam Kukus, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Ayam Masak Hitam, Nasi Briyani Ayam Masak Merah, Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis dan Nasi Putih Daging Masak Hitam.

lengquas frozen food

produk LengQuas

Produk Lengquas frozen food terbaru pula adalah Ayam Cili Padi, Puff Daging, Ikan Merah Kukus, Ayam Pedas Korea dan Daging Perap Beku.

Pengeluaran produk dengan menu terbaru tempatan dan antarabangsa ni amat bertepatan dengan permintaan dikalangan pelanggan yang mahukan lebih banyak pilihan hidangan sedia dimakan dengan cara penyediaan sangat mudah iaitu hanya panaskan sahaja.


Cara Penyediaan LengQuas Frozen Food

Cara penyediaan LengQuas frozen food sangatlah mudah. Hanya buka sedikit pembungkusan RTE tersebut dan terus panaskan dalam microwave selama 2 minit. Kalau tak nak buka lapisan penutup, boleh juga buat lubang di bahagian atas penutup menggunakan garfu, kemudian panaskan.

Dapur Setempat Kopetro

Jika tak ada microwave, boleh keluarkan hidangan dari pek/bekas dan panaskan terus dalam kuali atau air fryer.


Review Makanan Ready To Eat LengQuas

Sebenarnya semua produk LengQuas KOPETRO ni sedap dan menyelerakan. Memang kena sangat dengan citarasa Kak Bell. Tambah pulak kalau panaskan dengan sedikit butter, memang terangkat. Rasa dia tak macam frozen food lain. Untuk review makanan ready to eat LengQuas yang terbaru, Kak Bell kongsikan seperti di bawah. Maaf lah tak semua hidangan Kak Bell amik gambar. Hehe.

Daging Masak hitam LengQuas

Ayam Pedas Korea LengQuas
Buat peminat makanan Korea mesti cuba menu baharu Ayam Pedas Korea LengQuas ini yang pasti jadi kegemaran ramai. Dalam satu pek ini ada tiga ketul daging ayam dengan saiz sederhana. Rasa sos pedas tu memang terasa dan juga ada taburan bijan putih dalamnya sekali. Sedap makan macam tu sahaja atau nak makan dengan nasi pun boleh. Kalau nak ala kFry, bolehlah balut dengan keju!

Daging Perap Barbeku LengQuas
Daging Perap Barbeku LengQuas ni gunakan bahagian daging terbaik yang lembuat dan tidak liat. Sekali tengok memang macam daging masak kicap. Hidangan ni dimasak dengan sos terayaki bersama kicap, minyak bijan dan juga bahan lain. Tekstur daging sangat lembut dan bahan perapan pun ngam sedap.

Ayam Pedas Korea LengQuas


Puff Daging LengQuas
Bagi Puff Daging LengQuas ianya menggunakan daging batang pinang. Bahagian luar ada pastri puff, daging dan sayur dibahagian dalam dan juga sos. Time tak puasa bolehlah buat minum petang. Kalau malas nak ke bazar Ramadan, panaskan aje Puff Daging buat menu berbuka.

Daging Perap Barbeku LengQuas

Ikan Merah Kukus LengQuas
Khas buat peminat ikan, boleh try Ikan Merah Kukus LengQuas. Untuk menu sihat ikan kukus Siakap Merah ni dimasak dengan  2 ketul isi ikan merah, bawang putih, halia, daun bawang, hirisan cili dan juga kicap cair. Biasa kalau ikan merah daging ikannya manis dan sedap. Kalau rajin nak panaskan kuali, tambah cili merah, tomato dan taburkan daun sup di atas ikan. Memang membuka selera! 

Ikan merah kukus lengQuas

Siapa yang suka hidangan diet tanpa lemak dan minyak, boleh cuba hidangan ini. Untuk cooking time lebih kurang dalam 5 minit. Terasa ada perahan lemon dan memang puas hati sedap.

Ayam Cili Padi LengQuas
Menu masakan ayam cili padi adalah di antara menu kegemaran Kak Bell. Hidangan Ayam Cili Padi LengQuas ini dimasak dengan serai, cili padi dan lada hijau. Bagi yang suka makan pedas patut cuba ayam cili padi ni.


Semua produk LengQuas ni adalah produk sedia untuk dimakan. Semua makanan ready to eat ni telah dimasak dan dibekukan. Untuk tahan lama perlu simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku supaya tahan lebih lama. Cara penyedianya yang mudah cuma ambil masa 2-5 minit, senang nak bawa travel ke mana-mana dan sudah tentunya sedap dan kena dengan citarasa tekak kampung atau citarasa Malaysia.

Kilang Kopetro Food

Dapur LengQuas kopetro

Masa hari terbuka tersebut, Kak Bell diberikan peluang melawat ke dalam Dapur Setempat KOPETRO untuk melihat sendiri tempat penyediaan masakan serta tempat penyimpanan produk dan sebagainya. Pertama kali dapat lihat sendiri proses pembuatan produk dan pembungkusan makanan frozen atau produk sedia dimakan di sini. Untuk makluman, produk LengQuas diperakui HALAL serta mendapat pengiktirafan HACCP, GMP, KKM, MESTI dan Buatan Malaysia.


Bagi yang nak cuba produk dari LengQuas Kopetro ni boleh dapatkan melalui 800 ejen seluruh Malaysia yang terdiri daripada kafe-kafe, stesen-stesen minyak, kedai serbaneka dan juga pasaraya ternama seperti ST Rosyam Mart. Boleh simpan buat stok masa malas nak masak!

Maklumat lanjut, boleh layari laman sosial media LengQuas.

Facebook : https://www.facebook.com/lengquas.official
Instagram : https://www.instagram.com/lengquas.official
Email: food@kopetro.com.my
Whatsapp: +60 17-319 576
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post