Kempen Raya Bersama KITKAT #RezekiDikongsiBersama Di Bulan Ramadan Dan Syawal Ini - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kempen Raya Bersama KITKAT #RezekiDikongsiBersama Di Bulan Ramadan Dan Syawal Ini

Trending

Kempen Raya Bersama KITKAT #RezekiDikongsiBersama Di Bulan Ramadan Dan Syawal Ini

Kempen Raya Bersama KITKAT #RezekiDikongsiBersama Di Bulan Ramadan Dan Syawal Ini | Kedatangan bulan Ramadan dan Syawal mengalu-alukan nilai-nilai murni seperti saling berkongsi dan menyayangi, serta sifat sentiasa bersyukur. Bulan yang suci ini sering disambut bersama mereka yang tersayang oleh orang Muslim di seluruh dunia, selain menggalakkan sifat-sifat murni buat diri sendiri dan juga orang di sekeliling kita. Dalam usaha untuk terus mengukir senyuman, KITKAT ingin berbuka puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama para penggemarnya pada musim perayaan ini.

Kempen Raya Bersama KITKAT

KITKAT menghayati kebaikan Ramadan melalui kempen #RezekiDikongsiBersama yang akan berlangsung di seluruh negara mulai 1-April hingga 31-Mei 2022. Sepanjang tempoh ini, dengan setiap pembelian pek KITKAT, RM0.10 akan didermakan kepada rumah kebajikan terpilih, termasuklah Yayasan Food Bank Malaysia, Dignity for Children Foundation dan EPIC Homes.


Kempen #RezekiDikongsiBersama KITKAT Turut Memacu #SupportLokal

Kempen #RezekiDikongsiBersama KITKAT turut memacu #SupportLokal melalui kerjasama dengan dua perniagaan tempatan. Salah satunya ialah “BINGKA”, sebuah jenama reka bentuk yang unik berasaskan budaya Malaysia. 

KITKAT #RezekiDikongsiBersama

Kolaborasi ini bakal membawakan barangan eksklusif BINGKA x KITKAT yang istimewa untuk dijual sempena berlangsungnya kempen ini, termasuk sebuah balang kaca Luminarc KITKAT rekaan BINGKA. Perniagaan kedua pula ialah "Sugar and I", sebuah kedai roti disukai ramai yang akan menjual bombolini berperisa KITKAT. Sejajar dengan misi kempen, kedua-dua rakan kongsi hebat ini akan turut mengambil bahagian untuk mendermakan seperatus daripada jualan mereka sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Frederic Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Konfeksi, Nestlé Malaysia dan Singapura, berkata “Ramadan sering disambut dengan perasaan murah hati dan ihsan. Dengan itu, KITKAT ingin menjadi sebahagian daripada sambutan ini. Sebagai sebuah jenama coklat kesukaan rakyat Malaysia, kempen ini merupakan satu cara kecil untuk kami melibatkan diri pada musim perayaan yang cukup bermakna ini. Pertubuhan-pertubuhan kebajikan ini telah dipilih atas usaha murni yang mereka lakukan serta teladan baik yang dipamerkan. Sumbangan melalui kempen ini diharap akan dapat menyokong program-program mereka di masa hadapan dan membawakan lebih kebaikan buat masyarakat yang memerlukan.”

Yayasan Food Bank Malaysia mengagihkan bantuan makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik manakala Dignity for Children Foundation sedang berusaha untuk membasmi kitaran kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar melalui pendidikan berkualiti. EPIC Homes pula membantu mempertingkatkan taraf hidup dengan membina dan menyediakan tempat perlindungan, dengan tumpuan khas buat masa ini terhadap komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia.


Produk Edisi Raya KITKAT

KITKAT meraikan perayaan ini bersama para penggemarnya menerusi keluaran produk Edisi Raya KITKAT dengan reka bentuk perayaan baharu menghiasi bungkusannya. Produk-produk istimewa inspirasi Raya ini termasuk Balang Kaca KITKAT Luminarc dengan 2 Beg Kongsi Mini KITKAT, Pek Pelbagai Perayaan KITKAT 4F 3+1, Sarung Perayaan Beg Kongsi KITKAT 12s dan Sarung Raya KITKAT Senses.

produk Edisi Raya KITKAT

KITKAT juga menawarkan cara baharu untuk anda berkongsi keseronokan Raya! Tunjukkan bagaimana anda Berkongsi Rezeki menggunakan filter #RezekiDikongsiBersama, dan jangan lupa saksikan video muzik Raya mereka serta hantarkan ucapan Raya kepada orang tersayang melalui KITKAT E-greeting.


#KITKATEasyRecipeasy

Terokai kreativiti di dapur pada bulan Ramadan dan Syawal ini. KITKAT menjemput para peminatnya untuk mencuba resipi-resipi yang sesuai untuk musim perayaan ini.

KITKAT Nestum Cookie Cups
KITKAT Kuih Cara Manis Pandan

Video baharu #KITKATEasyRecipeasy akan disiarkan di YouTube KitKatMalaysia dan lawati laman sosial di bawah untuk maklumat lanjut.

FB KitKat Malaysia
Website Nestle

#KITKATMalaysia
#HaveABreakHaveAKITKAT
#RezekiDiKongsiBersama

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post