Datin Rita Sosilawati Dilantik Duta ESH Raya 2022 | ESH Electrical Sdn Bd pembekal utama produk elektrik, rumah dan peralatan
dapur telah melantik Datin Rita Sosilawati sebagai Duta ESH Raya 2022
sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Datin Rita
Sosilawati juga bekerjasama dengan ESH Electrical untuk melancarkan Program
CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya'.
Program ini diwujudkan selaras dengan semangat Ramadan untuk menyebarkan
kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan. Kedua-dua pihak mencapai kata
sepakat membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda baru-baru ini. ESH
Electrical Sdn Bhd bersetuju untuk menderma barangan elektrik kepada 200
keluarga yang terjejas.
Datin Rita Sosilawati akan melengkapkan bantuan dengan menyediakan barangan
keperluan lain seperti beras, gula, tepung, dan bekalan makanan lain untuk
membantu keluarga-keluarga terbabit menyediakan masakan yang dilakukan untuk
bersahur dan berbuka puasa.
Tiada keluarga yang harus kelaparan dan lebih menderita pada bulan yang
mulia ini, dengan itu mereka berharap dapat meringankan beban dan kesulitan
pihak yang terkesan.
Datin Rita Sosilawati sebenarnya tidak menyangka dipilih menjadi duta
sempena kempen ESH Raya 2022. Walaupun usia semakin bertambah, tapi masih
ada yang percaya dan ingin megambilnya sebagai duta. Menyatakan rasa syukur
dan menggapnya sebagai rezeki, Datin Rita akan buat sebaik-baiknya untuk
kempen ini.
Sebagai sebahagian daripada Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan
di Hari Raya', Datin Rita telah mewakili kedua-dua pihak dan melawat
kedua-dua Kampung Kemat dan Kuala Menjing untuk bertemu sendiri dengan
keluarga-keluarga yang terlibat dan mengagihkan barangan tersebut kepada
mereka dengan bantuan PANDAN (Persatuan Anak Niaga dan Aktiviti
Nirmala).
Tiada keluarga yang harus kelaparan dan lebih menderita pada bulan yang
mulia ini, dengan itu mereka berharap dapat meringankan beban dan kesulitan
pihak yang terkesan.Program ini telah dilancarkan secara rasmi di kedai ESH
Electrical yang terletak di Tingkat 3, Bangsar Shopping Centre.
Orang ramai boleh menyemak maklumat lanjut tentang kempen ini dan
mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang kampung masing-masing yang
terlibat dengan menghubungi kaunter khidmat pelanggan ESH.
Tags:
Event & Review