Cara Buat Link WhatsApp (Direct Message) Untuk Bisnes, Tak Perlu Save & Add Nombor - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Buat Link WhatsApp (Direct Message) Untuk Bisnes, Tak Perlu Save & Add Nombor

Trending

Cara Buat Link WhatsApp (Direct Message) Untuk Bisnes, Tak Perlu Save & Add Nombor

Cara Buat Link WhatsApp (Direct Message) Untuk Bisnes, Tak Perlu Save & Add Nombor | Sekarang ada banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk berkomunikasi. Salah satunya aplikasi Whatsapp yang boleh digunakan untuk urusan bisnes atas talian. Kalau korang perasan, dah ramai online seller yang letak link Whatsapp business untuk memudahkan kita terus direct message mereka. Cara ini memudahkan pelanggan. Bila tekan link, terus redirect masuk Whatsapp tanpa perlu kita perlu save nombor atau add nombor dalam contact list. Mungkin masih ada yang belum tahu cara nak buat link whatsapp, jom baca bagaimana membuat link whatsapp.

Cara Buat WhatsApp Link

Cara Buat Link Whatsapp Untuk Bisnes

Terdapat 3 Cara Buat Link Whatsapp Untuk Bisnes. Kalau tak nak buat secara manual, boleh sahaja cari WhatsApp link generator. Tapi pastikan, ianya menggunakan format & API Rasmi WhatsApp. Sebelum nak buat link tu, apa-pun korang perlu update aplikasi ke version terbaru dahulu. Yang penting, semuanya FREE, tak perlu bayar apa-apa.

Cara Buat Link Whatsapp Untuk Bisnes

1) WhatsApp Nombor Sendiri
  • Link WhatsApp ringkas guna format https://wa.me/<number>
  • Format nombor sahaja, tanpa jarak/senkang
  • Pastikan ada kod nombor 6 di hadapan nombor
  • where the <number> is a full phone number in international format.
  • Omit any zeroes, brackets, or dashes when adding the phone number in international format.

Contoh:
Use: https://wa.me/60172955579
Use: www.wasap.my/60172955579
Don't use: https://wa.me/+001-(XXX)XXXXXXX


2) Link WhatsApp Berserta Text (pre-filled message)
Boleh tambah sedikit ayat di belakang nombor supaya kita boleh tahu dari mana orang yang mesej dapat nombor telefon kita.
  • Guna format https://wa.me/whatsappphonenumber?text=urlencodedtext
  • Msg ini akan sedia tertulis dalam whatsApp pengguna.
  • Masukkan nombor telefon bimbit
  • Masukkan text/message
  • Untuk jarak (space), boleh guna simbol + atau simbol %20

Contoh:
text=I'm inquiring about the apartment listing

https://wa.me/1XXXXXXXXXX?text=I'm%20inquiring%20about%20the%20apartment%20listing`
https://wa.me/60172955579?text=nak%20order
http://www.wasap.my/60172955579/Nak+order

3) Guna Personalized URL
  • Klik pada https://manage.wasap.my/ dan daftar
  • Kemudian sahkan link yang diberikan
  • Add link dan create link baru samaada nak letak nama atau initial lain.

Contoh:
https://bellajamal.wasap.my


Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor

Untuk cara buat link Whatsapp tanpa nombor telefon, boleh guna cara yang ke-3 atau boleh pendekkan/ringkaskan link gunakan link bitly. Laman web ni sebenarnya untuk singkatkan link website. Ianya percuma dan tak perlu daftar. Kalau takut mendedahkan nombor telefon untuk elak scammer call, boleh pakai cara ni untuk link wasap korang.

Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nombor

Cara Membuat Pautan Link Bitly

  • Copy link Whatsapp yang kita dah edit guna Cara Pertama, kemudian paste dekat ruang yang disediakan.
  • Tekan butang ‘SHORTEN’ untuk dapatkan URL yang dah disingkatkan.
  • Klik ‘COPY’ link dan boleh paste di FB, IG atau Telegram.

Contoh:
Link: http://www.wasap.my/6012XXXXX78


Yang belum cuba bolehlah cuba. Penting buat link ringkas ni terutamanya untuk peniaga online dan yang ada bisnes online. Caranya lebih pantas dan memudahkan bakal pelanggan sebab boleh direct message dan tak perlu menyimpan nombor, Save & Add Nombor telefon bagai. Kalau korang dah cuba dan berjaya, bolehlah kongsi cara simple ni supaya lebih ramai dapat manfaat.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post