Buffet Ramadhan Selangor 2022 Di Lugar De La Boda Garden Wedding
Puchong
| Hi semua! Dah hampir seminggu berpuasa mesti korang dah terjah banyak
tempat berbuka puasa kan? Tahun ni Kak Bell sekali lagi berkesempatan iftar
di Lugar De La Boda, Puchong. Kiranya dah masuk kali ketiga berbuka puasa di
sini. Sebenarnya buffet ni di dewan perkahwinan Lugar De La Boda yang
diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Kalau gugel dewan kahwin Puchong,
memang sinilah tempatnya. Disebabkan dah 3 kali Kak Bell datang sini, jom
terus baca nak tahu apa menu menarik di sini.
Tahun ini, Lugar De La Boda Puchong mengadakan buffet ramadhan dengan
bertemakan "Iftar Ramadhan". Buffet Ramadhan Selangor (Buffet Ramadan
Puchong) kali ini menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 11 stall live
cooking dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan
yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut, pasti
buat anda kenyang dan puas hati.
Menu Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong
Untuk hidangan utama bagi menu buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong,
mereka menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti Ayam
Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Ikan Goreng Cili
Padi, Kupang Goreng Pedas, Sambal Sotong, Sambal Paru dan banyak lagi.
Seterusnya, terdapat 11 stall makanan dan 'Live Cooking' yang anda wajib
cuba iaitu Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce, Roti John Adik Manis,
Char Kuew Tiaw Abang Tanjung, Dim Sum Cheng Ho, Tepanyaki Tokyo, Noodle
Station, Air Balang Pasar Malam, ABC Mountain, Fried Corner, Ais Krim Corner
dan Soup Of The Day.
Tidak lengkap kalau berbuka tanpa pencuci mulut. Di meja bufet, terdapat
banyak pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan,
Kuih-Muih Melayu, Kek, Dadih dan beberapa hidangan lain.
Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong Price
Bufet Ramadan 2022 di Lugar De La Boda akan bermula sepanjang bulan Ramadan
2022 iaitu dari 7 April 2022 hingga 30 April 2022. Harga Bufet Ramadhan
Lugar De La Boda Puchong adalah seperti berikut.
Dewasa (Seorang) - RM69
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM35
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM35
1 Meja (Maksimum 8 Pax) - RM520
Kak Bell suka datang ke sini sebab kawasannya luas, teratur dan setiap tahun
dekorasinya menarik. Maklumlah dewan perkahwinan, suasannanya macam
menghadiri perkahwinan! Manalah tau kalau nak pakej perkahwinan garden
wedding boleh buat kat sini.
Selain daripada bahagian makan di dalam dewan, ada juga kawasan luar untuk
makan. Bagi muslimin dan muslimat yang ingin mendirikan solat, surau juga
turut disediakan dan tandasnya juga selesa.
Bagi yang nak datang ke sini dan buat tempahan boleh hubungi talian di
bawah. InsyaAllah menu-menu di sini akan menjadi sebutan anda untuk
#buffetramadhan pada tahun ini.
016-4318434 - LIANA
016-6700473 - SHAIDATUL
016-6700752 - HANIS
016-6700457 - FARAH
016-6700471 - AIDA
Alamat Lugar De La Boda Puchong 2022
Lugar De La Boda Puchong (Hanana Group)Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.
IG : @buffetramadhanselangor2022
FB : https://www.facebook.com/buffetramadhanpuchong2021