Resepi Murtabak Ayam Sihat Dari Pakar Diet Alpro Pharmacy - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Murtabak Ayam Sihat Dari Pakar Diet Alpro Pharmacy

Trending

Resepi Murtabak Ayam Sihat Dari Pakar Diet Alpro Pharmacy

Resepi Murtabak Ayam Sihat Dari Pakar Diet Alpro Pharmacy | Murtabak merupakan juadah tradisi istimewa di sepanjang bulan Ramadan. Murtabak datang dalam pelbagai bentuk dan inti, seperti daging cincang atau isi ayam selain pilihan lain berintikan keju dan mi yang lebih moden. Walaupun merupakan kegemaran tempatan, murtabak mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang tinggi, maka ia harus dinikmati dengan kadar yang berpatutan.

Resepi Murtabak Ayam

Alpro Pharmacy, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, bekerjasama dengan Pakar Diet Alpro, Nor Anieza Binti Abas, untuk mencuba resipi versi murtabak sayur yang mudah dan boleh disediakan di rumah.

Resipi ini juga sesuai untuk dinikmati selepas berpuasa selama lebih 13 jam setengah di bulan Ramadan.


Resepi Murtabak Ayam

Bahan Murtabak (untuk 6 biji)
250g isi ayam (dicincang)
6 keping kulit popia
2 biji telur (saiz B)
2 sudu makan rempah kari ayam/daging (dibancuh)
50g bunga kobis (dipotong kecil)
30g lada benggala (dipotong dadu)
25g lobak merah (dipotong dadu)
30g kobis (dipotong halus)
1 biji bawang besar (saiz sederhana) - dipotong dadu
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (pilihan)
3 batang daun sup
1 sudu kecil garam
1⁄2 kiub ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu makan minyak masak
Sedikit air

Resipi Murtabak Ayam


Cara penyediaan murtabak:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan lembut.
2. Masukkan rempah dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, bunga kobis dan lobak merah. Tambahkan sedikit air. Masak sehingga ayam masak dan sayur empuk.
4. Tambah perasa dengan kiub ayam, garam dan gula. Kacau sehingga sedikit kering.
5. Masukkan kobis, lada benggala dan cili. Kacau sehingga rata.
6. Sebelum diangkat, masukkan daun sup dan gaul.
7. Pecahkan telur di dalam mangkuk kecil asing dan pukul sedikit.
8. Angkat bahan yang dimasak tadi ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur yang dipukul ke dalam dan gaul rata.
9. Bentangkan kulit popiah di atas talam. Sudukan (3 sudu) inti tadi ke atas kulit popiah.
10. Lipat kulit popia dengan cara melipat atas, bawah, kiri dan kanan.

Baca juga > Resepi Murtabak Maggi Ayam

Untuk memanggang murtabak seeloknya, gunakan kuali yang rata. Letakkan 1 sudu makan minyak secukupnya supaya murtabak tidak terlekat pada kuali. Panaskan kuali dan minyak dengan api perlahan. Letakkan murtabak di atas kuali. Tekan sedikit murtabak, terbalikkan, dan tekan sekali lagi sehingga murtabak masak dengan sekata. Apabila sudah siap, murtabak tersebut boleh dihidangkan dengan kuah bawang.


Resepi Kuah Bawang

Berikut adalah resepi kuah bawang untuk murtabak ayam.

Resepi Murtabak Ayam Mudah

Bahan Kuah Bawang
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu makan cuka makan
2 sudu kecil gula
Sedikit garam

Cara penyediaan kuah murtabak:
1. Campurkan semua bahan dan gaul rata. Siap dihidang bersama murtabak.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Farmasi Alpro dan mendapatkan informasi terkini, sila layari halaman Facebook dan Instagram rasmi Alpro. Perundingan dengan ahli farmasi profesional di mana-mana cawangan Alpro di seluruh negara adalah percuma. Sebagai alternatif, anda juga boleh berhubung dengan ahli farmasi melalui talian hotline Whatsapp e-farmasi di 019-7021923.

Resepi Murtabak Ayam, resepi murtabak maggi ayam, resepi mini murtabak ayam, resepi murtabak ayam pasar malam, resepi inti murtabak ayam,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post