Apa Maksud POV Di Tiktok? Apakah Beza POV Media Sosial? | Hi korang!
Hope semua pembaca blog Kak Bell sihat sejahtera hendaknya. Ceritanya minggu
lepas Kak bell dapat input dan sokongan dari kawan-kawan blogger DikBee dan
Moka Penaberkala untuk buat TikTok. Kalau TikTok aje mesti dengar terma POV
la FYP la kan. Apa ke benda la tu. Dah mula start TT ni barulah Kak Bell
tahu maksudnya. Nak tahu apa maksud penggunaan kata tersebut, jom baca lebih
lanjut.
Sumber Dexerto
Kak Bell ni jenis kalau ada platform socmed baru, memang malas nak ambik
pusing. Tapi dalam dunia blogger dan influencer ni perlu adapat dengan
latest trend. Baru sekarang terkial-kial nak update content kat TikTok. Baru
nak menyesal sebab dah terlambat sikit buat, but better late than never kan!
Apa Itu POV? Maksud POV TikTok?
Bagi yang sedang mencari makna POV, istilah POV ini semakin kerap digunakan
di media sosial yang terus berkembang. Ada sahaja platform sosial media baru
dengan teknologi baru dan juga dari segi bahasa atau istilahnya sendiri
(literasi media sosial) pun ada macam-macam. Jadi apa itu POV? Maksud POV
TikTok?
Maksud point of view
Ok, makna POV di TikTok adalah singkatan dari point of view atau sudut pandang.
POV stands for ‘Point Of View’ and refers to a trend in which the video
shows the viewer’s point of view of a certain situation (Wikipedia).
contoh pov tiktok, contoh penggunaan kata pov
Istilah yang mulai viral dari Tiktok ini boleh ditemui dalam caption di
media sosial manapun. Bila tengok TikTok barulah paham apa maksud POV yang
creator buat, supaya audience faham dan dapat mengagak maksud video atau
content yang dihasilkan. Sampaikan lagu POV Ariana Grande pun ada ye!
Apakah Beza POV Media Sosial?
Abbreviation POV/singkatan POV ni sebenarnya digunakan meluas bukan sahaja
untuk media sosial. Maksud POV di wattpad, POV novel atau POV filem (arti
pov dalam film) adalah berbeza dengan POV Media Sosial.
- Privately Owned Vehicle
- Power of veto
- Abbreviation of poverty or impoverished
Maksud POV Di Wattpad
Dalam konteks penceritaan/narasi novel atau filem, istilah point of view
atau sudut pandang yang digunakan lebih meluas tergantung cara
penggambarannya sesuai yang diinginkan sang penulis. Ada sudut pandang orang
pertama (aku), sudut pandang orang kedua (kau/kamu) atau sudut pandang orang
ketiga (dia). Maksud POV di wattpad sering disingkatkan dengan POV1, POV2
dan POV3.
- POV1 (sudut pandang orang pertama) menceritakan diri sendiri, biasanya aku merupakan pemain utama.
- POV2 (sudut pandang orang kedua) menceritakan kamu sebagai orang yang ia ceritakan bukan dirinya atau orang lain, tetapi kamu (orang kedua). Sudut pandang ini sering dipakai untuk novel horor, thriller, misteri dan penggemar novel fiksi.
- POV3 (sudut pandang orang ketiga) menceritakan orang lain dan penulis bertindak sebagai narrator. Ada POV3 Serbatahu dan POV 3 Terbatas, dimana pengetahuan penulis terbatas dan bercerita apa yang dilihat sahaja tetapi tidak menceritakan isi hati atau perasaan watak dalam ceritanya. *Sumber maksud pov wattpad (id quora bahasa indonesia).
Apa Maksud FYP di TikTok dan PFP Tiktok?
Selain POV ada juga istilah FYP tiktok dan juga PFP Tiktok. Kak Bell
sharelah serba sedikit. Nanti Kak Bell buat entri lain untuk istilah
literasi socmed Tiktok yang lain.
Follow @bellajamal1818
FYP bermaksud For You Page (Halaman Untuk Anda) atau For You dan merujuk
kepada tab atau content yang pertama kali muncul bila korang buka TikTok.
Jadi algorithm aplikasi TikTok akan pilih dan tailored content FYP yang
sesuai dengan niche atau carian content yang kita suka. Jadi TikTok akan
suggest content FYP kat korang, biasanya content yang ada banyak likes dan
views. Bila FYP, content kita akan muncul di feeds pengguna TikTok lain
dengan lebih kerap dan membuat video menjadi viral aka FYP.
PFP bermaksud Profile Picture (Gambar Profil) dan bukan sahaja digunakan di
TikTok, tetapi di banyak platform media sosial lain termasuk Twitter atau
Telegram. PFP bermaksud Profile Picture yang unik di Google dan dgunakan
oleh ramai pengguna sebagai ikon atau PFP akaun mereka.
Kalau ada yang silap dengan penerangan ni bolehlah betulkan ya. Maklumlah
kite ni newbies kat TikTok. Jangan lupa follow dan like content TikTok Kak
Bell @bellajamal1818 ye. Muahh!