10 Senarai Juadah Berbuka Puasa Paling Popular | Hi semua! Salam
Ramadhan ketiga buat tahun 2022. Tahun ini Kak Bell tak mula memasak pun
untuk juadah sahur dan berbuka disebabkan kesibukkan bekerja. Kalau tak
beli, Kak Bell panaskan sahaja stok frozen food LengQuas yang ada.
Buat surirumah yang pening memikirkan idea masakan di bulan puasa, nak resepi
juadah berbuka puasa selain nasi, Kak Bell kongsikan beberapa buah resepi
untuk korang semua cuba. Untuk kali ni dikongsikan resepi lauk berbuka puasa di bulan Ramadhan. Semuanya mudah untuk disediakan.
2. Resipi Sup Ikan Merah
3. Resepi Ketam Salted Egg (Ketam Telur Asin)
4. Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam
5. Resepi Ayam Buttermilk
6. Resepi Udang Kunyit Sos Cili
7. Resepi Ikan Rebus Air Asam/ikan rebus ayaq asam
8. Resepi Kerabu Sotong Ala Thai
9. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas
10. Resepi Sup Tulang Thai
1. Resepi Kerabu Kaki Ayam
12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua dan rebus
1 biji bawang besar - dihiris nipis
11 biji cili api - dihiris bulat nipis
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dihiris nipis
1 biji limau nipis - diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan (nampla)
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dihiris halus
TIPS
- Boleh tambah soon, bunga kantan, garam dan gula sikit.
- Boleh buang tulang kaki ayam, ambik isi sahaja supaya senang nak makan.
- Boleh lebihkan cili dan tumbuk
Cara penyediaan:
1) Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk.
2) Rebus hingga kaki ayam empuk.
3) Sejatkan kaki ayam.
4) Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Kredit: Kak Noor
Masa dah siap buat, siap gaul memang time paling sedap nak ratah. Kalau dah lama berair kurang sedap.
2. Resipi Sup Ikan Merah
2 ketul ikan merah
bawang merah
bawang putih
halia
1 sudu rempah sup
1 batang serai (dititik)
akar ketumbar
sup bunjut
tomato
batang celery
1 sudu minyak zaitun/minyak masak
Sedikit garam
Cara penyediaan:
1) Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia (hiris boleh, tumbuk boleh).
2) Masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap.
3) Masukkan serai,akar ketumbar, sup bunjut dan masukkan air.
4) Bila dah mereneh, masukkan ikan merah.
5) Bila ikan dah hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
6) Masukkan tomato dan batang celery.
7) Akhir sekali, taburkan daun sup/daun ketumbar/daun bawang ikut kesukaan.
TIPS
- Kalau suka masam boleh letak asam keping atau asam limau
Kredit: Ainn Mustafar
3. Resepi Ketam Salted Egg (Ketam Telur Asin)
1 kg ketam
4 biji telur masin (direbus dan dipenyet halus)
Mentega
Bawang putih cincang
Daun kari
Lada halus
Telur ayam
gula
serbuk perasa
Bahan B
2 sudu gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
Garam
Cara penyediaan:
1) Gaul kering semua bahan B.
2) Celup ketam dengan telur, gaul dengan campuran Bahan B kemudian goreng garing.
3) Panaskan mentega, masuk bawang putih, lada halus, daun kari sampai naik bau.
4) Masuk gula, serbuk perasa cukup rasa
5) Masukan telur masin
6) Masukkan ketam yang telah digoreng, gaul sebati.
Kredit: Khatijah Mama
4. Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam
Ikan tenggiri
Bawang putih (hiris)
Bawang besar (hiris)
Halia (hiris memanjang)
Cili merah hidup (hiris)
Sedikit biji sawi
1 ranting daun kari
Air asam jawa
Garam dan gula
Serbuk kunyit
Cara memasak:
1) Letak garam, kunyit pada ikan dan goreng garing.
2) Tumiskan biji sawi, daun kari, halia, bawang besar, bawang putih dan cili hidup hingga naik bau.
3) Masukkan air ikut kesukaan
4) Masukkan paste asam jawa dan biarkan mendidih.
5) Masukkan ikan yang telah digoreng tadi
6) Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan kacau rata.
Kredit: Tuan Empunya Resepi
5. Resepi Ayam Buttermilk
dada ayam
butter
Bawang putih (dicincang)
daun kari
cili padi (dicincang)
perisa
tepung bistari (untuk gorang ayam)
Cara memasak:
1) Dada ayam di potong dadu atau ikut suka.
2) Kemudian gaulkan dengan tepung bistari.
3) Goreng hingga masak & toskan
4) Masukan butter bila dah cair masukan bawang putih, daun kari, cili padi tumis sampai naik bau.
5) Kemudian masukkan susu cair
6) Masukkan ayam tadi, tambah perisa secukupnya
TIPS
- Masuk sedikit sahaja garam atau perisa sebab ayam goreng tadi tu dah masin.
- Kalau nak kuah tambah susu cair lebih.
- Tak perlu tambah air.
Kredit: kardianakadir
6. Resepi Udang Kunyit Sos Cili
Udang segar
Kunyit
perisa Maggi Cukup Rasa
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar (dihiris)
Cili kering kisar
Sos tiram
Sos cili
Cili hijau
Cara penyediaan:
1) Gaul udang dengan kunyit dan perisa Maggi Cukup Rasa.
2) Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak, ketepikan.
3) Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan sedikit cili kering kisar hingga naik bau.
4) Bila cili dah masak, masukkan sos tiram dan sos cili.
5) Masukkan udang yang digoreng, masukkan hirisan bawang besar dan cili hijau.
TIPS
- Sukatan main agak-agak dengan kuantiti udang
- untuk bawang dan cili kering, boleh di buat sekali jadi bahan kisar
Kredit: Jaja Rosli
7. Resepi Ikan Rebus Air Asam/Ikan Rebus Ayaq Asam
5 ekor ikan
1-2 asam keping
5-8 biji bawang merah kecil (hiris nipis)
1 biji awang besar
4 ulas bawang putih (bakar dan ketuk)
1/2 mangkuk air asam jawa
Belacan bakar
Cili (ikut suka banyak mana)
Tomato (dihiris)
Garam
Gula
Cara penyediaan:
1) Rebus ikan dengan asam keping dan garam.
2) Satukan semua bahan dalam satu bekas (kecuali asam jawa, tomato dan ikan)
3) Masukkan sedikit dulu air asam jawa kemudian tekan cili, belacan dan bahan-bahan lain.
4) Masukkan air asam jawa, tomato dan gaul rata.
5) Tuangkan atas ikan yang dah direbus.
TIPS
- Untuk elak tangan pijar/panas, tekan bahan gunakan sudu atau senduk.
Kredit: Akma Abdullah
8. Resepi Kerabu Sotong Ala Thai
1/2 kg sotong
1 batang serai*
5 biji cili api merah*
1 biji bawang*
1 biji tomato*
2 biji limau nipis
Fish sos/sos ikan
Daun ketumbar
potong halus bahan bertanda *
Cara penyediaan:
1) Siang sotong sampai bersih
2) Kemudian panaskan api didihkan air.
3) Air dah mendidih masukkan sotong kacau sekejap lebih kurang 4 minit
4) Dah masak boleh angkat masukkan ke dalam mangkuk besar mudah untuk gaul nanti.
5) Masukkan semua bahan-bahan yang dah dipotong halus tadi ke dalam mangkuk sotong.
6) Masukkan sedikit kicap ikan, garam dan gula, gaul sebati.
7) Perah limau ikut kesukaan masing.
8) Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
TIPS
- Jangan didihkan sotong terlalu lama nanti terlalu keras tak sedap.
- Masukkan sos ikan sedidik demi sedikit untuk elak terlalu masin.
- Boleh guna udang, ketam juga sebagai tambahan.
Jika nak masakkan sedap, kacau masakkan arah lawan ja. Masa masak dan basuh
bahan masakkan baca selawat 3 kali.
9. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas
500g Sotong
Dakwat sotong
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar air asam jawa
1 batang serai (dititik)
1 cm halia (dihiris)
1 cm Lengkuas (dihiris)
2 keping daun limau purut
1 sudu kecil serbuk belacan
10 batang cili padi hijau
3-4 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (potong bulat)
Garam
Serbuk perasa
Serbuk kunyit
Cara memasak:
1) Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong (2-3minit) kemudian toskan.
2) Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.
3) Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak.
4) Kemudian masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan serbuk belacan.
5) Masukkan perahan air asam jawa.
6) Masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang. Gaul rata dan masak seketika.
7) Perasakan dengan garam secukup rasa.
Kredit: FB Nurul Ateekah
10. Resepi Sup Tulang Thai
1kg tulang (rebus dulu dgn halia sampai empuk)
air lemon
batang saderi
tomato
serbuk perasa
daun ketumbar
Bahan B
Serai ketuk
Lengkuas ketuk
Bawang putih ketuk
Bawang besar hiris
Halia ketuk.
Akar ketumbar ketuk
Daun limau purut
Cara memasak:
1) Tumis semua bahan B
2) Kemudian masukkan tulang yang dah di rebus bersama air rebusan. Guna separuh air rebusan dan tambah air lagi.
3) Bila dah mendidih masukan air lemon, saderi, tomato, perasa dan daun ketumbar
7) Sesuaikan rasa dan boleh dihidang
Kredit: Sarra Ahmad Kamal
Diharapkan semua pemilik gambar makanan berbuka puasa ni Halalkan sis post dan kongsi di sini ya.