10 Dekorasi Raya Shopping Mall 2022 Di Negeri Selangor | Gandakan
Kemeriahan di Musim Syawal dengan Berkunjung ke Pusat Beli-belah yang
Menampilkan Deko Hari Raya Di Sekitar Negeri Selangor!
Syawal menjelang tiba, dan musim perayaan ini tentunya sinonim dengan
pelbagai hiasan dan dekorasi hari raya yang bukan sahaja memeriahkan
suasana, malah juga menjadi latar yang cantik untuk gambar kenang-kenangan.
Tahun ini, beberapa Pusat Beli-belah di Negeri Selangor tampil habis-habisan
dengan hiasan hari raya mereka, malah ada daripadanya yang mengangkat tema
yang unik. Hiasan besar ini harus diberikan perhatian yang sewajarnya oleh
para pengunjung. Mari kita lihat senarai 10 Deko Raya Shopping Mall 2022
dengan hiasan Aidilfitri yang menarik untuk anda kunjungi bersama yang
tersayang lebaran ini!
Quayside Mall ialah Pusat Peli-belah kejiranan terbaharu dan terbesar di
Kota Kemuning, Klang. Quayside Mall terletak di tasik seluas 7 ekar dan
menyediakan penduduk dengan akses kepada pelbagai jenis hiburan, barangan
runcit, pilihan tempat makan, perkhidmatan dan keperluan lain. Untuk Hari
Raya tahun ini, Quayside Mall membawa keseluruhan kampung tradisional ke
dalam bangunan Pusat Beli-belah ini! Ia adalah lokasi yang sesuai untuk
bergambar kerana ia dipenuhi dengan elemen kampung yang cantik, malah turut
mempunyai kawasan yang menampilkan permainan congkak dan teng-teng.
2. 1 Utama Shopping Centre
1 Utama Shopping Centre tampil dengan tema "Kampung Minangkabau" yang
mengetengahkan keindahan Rumah Gadang setinggi 41 kaki dengan bumbung
melengkung yang menonjol menyerupai tanduk kerbau, serta dihiasi dengan
reka-bentuk bunga yang ditenun dalam warisan penuh berseni. Pusat Beli-belah
ini menjemput anda untuk memasuki rumah yang tersergam ini, yang turut
memberi penghormatan kepada senibina Negeri Sembilan dan Sumatera Barat
untuk pengalaman fotografi yang penuh interaktif dan Insta-worthy. Jadikan
sambutan Hari Raya anda lebih istimewa dengan menonton persembahan yang
menyeronokkan seperti Tarian Endang, Tarian Rakyat Padi, Tarian Buluh
Magunatip dan Gamelan Warisan Seni Budaya, dikelilingi oleh pepohon palma
yang memberikan nostalgia suasana kampung yang sebenar!
3. The Curve Mutiara Damansara
Tahun ini The Curve Mutiara Damansara telah mengubah ruangan Centre Court
mereka menjadi sebuah landskap yang unik, mengambil inspirasi daripada rona
dan corak rumit tenunan songket. “The Curve Raya Estetika” menawarkan
pengalaman fotografi dengan latar yang berwarna-warni dan perincian yang
moden. Jom raikan Hari Raya bersama The Curve dengan membawa keluarga anda
ke sini bagi menikmati pengalaman penuh keceriaan, diselangi oleh
persembahan tradisional dan aktiviti yang menyeronokkan!
4. Setia City Mall
Setia City Mall meraikan Hari Raya dengan dekorasi yang mempesonakan di ruangan Centre Court mereka. Hiasan yang ditampilkan mengambil inspirasi dari memori perayaan Syawal yang dekat di hati, serta kemeriahan hiasan lampu-lampu berwarna-warni dan terang yang sinonim dengan musim perayaan ini!
5. Tropicana Gardens Mall
Tropicana Gardens Mall menjemput anda untuk sebuah pengalaman 'Jalinan Kasih
Di Aidilfitri' yang ditampilkan di Concourse Floor, Centre Court. Jom beli
belah pelbagai jenis juadah raya di sini. Selain menjamu selera di
gerai-gerai yang dihiasi oleh hiasan tradisional, jangan lupa juga untuk
mengambil banyak gambar di sini!
6. The Starling
Raikan “Pesona Raya” Bersama The Starling! Apabila anda membeli-belah dan
menjamu selera di sini, anda boleh menikmati persembahan muzik secara
langsung dikelilingi dekorasi menarik, seperti susun-atur ilustrasi potret
menggunakan cat air. Semak jadual dan catat pada kalendar anda untuk
memulakan perjalanan ke The Starling. Di Bazar Aidilfitri di sini, anda akan
menemui semua yang anda perlukan untuk sambutan Hari Raya 2022!
7. Sunway Pyramid
Tahun ini, Sunway Pyramid meraikan sambitan Hari Raya dengan tema 'Riuh Ria
Raya' yang merangkumi kemeriahan hiasan berwarna-warni dan acara yang
menyeronokkan. Pusat Beli-belah ini mengalu-alukan semua pembeli untuk
menyokong barangan keluaran tempatan atas semangat #SupportLokal. Pusat
Beli-belah ini telah merekrut seorang artis grafiti tempatan, Abdulrashade
dan pasukannya untuk mencipta sebuah Mural Raya yang menakjubkan, yang boleh
dilihat di rumah kampung berwarna-warna dikelilingi keindahan pepohon hijau.
Datang dan lihat sendiri karya seni ini sambil membeli-belah di Sunway
Pyramid!
8. Da Men Mall
Benarkan Da Men Mall membawa anda ke sebuah zaman yang lain. Di Da Men Mall,
abadikan kenangan nostalgia dengan “Bestnya Raya” yang menampilkan dekorasi
batik dan hiasan bertemakan tahun 90an! Mulai sekarang hingga 31 Mei 2022,
lawati Da Men Mall, USJ untuk mencipta pengalaman 'Bestnya Raya!'
menampilkan perabot ikonik, fesyen batik dan juadah Hari Raya yang
bercirikan tahun 1990-an. Anda seolah-olah dibawa semula ke zaman ini!
9. Main Place Mall USJ
Mulai sekarang hingga 8 Mei 2022, rasai pengalaman "Dreaming of Raya" di
Main Place Mall USJ 21. Nikmati corak mozek yang cantik dan bunga mekar yang
mengelilingi ruangan di Pusat Beli-belah ini. Semasa anda berada di Main
Place Mall USJ, jangan lupa untuk merakamkan beberapa gambar menarik dan
kongsikan kepada orang tersayang!
10. IOI Mall Puchong
Sambutan yang dinanti-nantikan telah kembali. Mulai sekarang hingga 8 Mei
2022, IOI Mall Puchong mempersembahkan 'Uniknya Eidulfitri', bagi meraikan
perayaan yang menyeronokkan dan penuh keterujaan ini. Pusat Beli-belah ini
turut menganjurkan sebuah peraduan atas talian di laman media sosial mereka,
mengatur pelbagai persembahan dengan elemen Hari Raya di Lower Ground-Centre
Court, dan menawarkan pelbagai gerai yang menjual barangan Raya untuk anda
berbelanja!
Gandakan kemeriahan Hari Raya anda dengan berkunjung ke Pusat Beli-belah di
sekitar Negeri Selangor, bukan sahaja untuk berbelanja, malah juga untuk
menghargai deko megah yang ditampilkan. Jangan lupa untuk rakamkan
memori kunjungan anda ke Pusat Beli-belah di Negeri Selangor dan muat-naik
ke laman media sosial anda dengan tandapagar#PusingSelangorDulu.
Bagaimanapun, perlu diingatkan, pematuhan kepada SOP perlu dititikberatkan
pada setiap masa demi kesejahteraan bersama di musim perayaan ini.
Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk
inspirasi perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau ikuti akaun media sosial
rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran
YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu!