Review Snek Kucing GraceFull RAW Dari Grace Cat - Freeze Dried Cat Food Malaysia
| Hi semua! Ramai antara pembaca blog Kak Bell terutama pencinta kucing
selalu tanya tentang makanan kucing terbaik. Kadangkala Kak Bell tak mampu
nak bagi jawapan tepat sebab ulasan Kak Bell hanya pada cat food brands yang
Kak Bell dah pakai. Asalkan menepati ciri atau guidelines seperti kandungan
protein lebih 30% dan dari jenis premium adalah lebih baik. Untuk kali ni
Kak Bell nak kongsi tentang review snek kucing atau cat treat dari Grace
Cat, sebuah jenama freeze dried cat food Malaysia.
Sebelum ni Kak Bell ada kongsi tentang cat treats jenama Pledgecare. Brand Pledgecare menggunakan Air-dried method (dehydration) manakala Grace Cat menggunakan freeze-dried technology untuk produk mereka. Terdapat beberapa feeding
method atau cara nak bagi kucing korang makan GraceFull RAW ni. Nak tahu
cara nak bagi cat treat Grace Cat untuk kucing korang, jom baca selanjutnya.
Grace Cat Jenama Makanan Kucing Kering Beku Premium Malaysia
Grace Cat ialah jenama makanan kucing kering beku premium di Malaysia. Bagi
korang yang nak bagi 'real pet food' pada si bulus korang boleh cuba jenama
ni. Produk Grace Cat ni gunakan bahan semulajadi, 100% dibuat dari daging
segar, tinggi protein dan bebas bijirin. Semua produk depa ni diproses
secara minima tanpa bahan tambahan berbahaya.
Makanan GraceFull RAW ni gunakan teknologi freeze-dried. Dengan cara
penyediaan freeze-dried ianya akan kekalkan nutrisi dan enzim semulajadi
bahan dan daging mentah yang digunakan. Kebiasaanya dry kibbles atau makanan
kucing lain diproses guna api tinggi dan akan memusnahkan nutrisi yang ada.
Pengeringan beku ni adalah teknologi yang agak baru untuk mengekalkan
nutrisi bahan mentah dengan lembut. Ia terdiri daripada beberapa langkah
yang melibatkan penggunaan mesin pengering beku.
1) Makanan dibekukan sepenuhnya pada suhu yang sangat rendah iaitu -40
darjah Celsius, mengubah lembapan dalam makanan/daging kepada pepejal (ais).
2) Pam vakum digunakan untuk memaksa udara keluar dari mesin dan kemudian
sedikit haba digunakan. Oleh kerana tekanan udara sangat rendah, ais
bertukar terus menjadi gas (wap air). Langkah ini, yang dipanggil sublimasi,
menghilangkan kelembapan makanan dengan ketara, sehingga 99%.
Proses ini mengambil masa berjam-jam atau bahkan berhari-hari untuk
memastikan struktur makanan mentah dan nutrien kekal sama. Mempercepatkan
proses boleh merendahkan kualiti makanan beku-kering. Sebagai contoh,
terlalu panas boleh mempercepatkan proses tetapi, pada masa yang sama,
memusnahkan nutrien dan mengubah rasa makanan.
Beza Freeze-Dried Cat Food Dengan Dehydrated Cat Food
Untuk pengetahuan korang, ada beza Freeze-Dried Cat Food dengan
Dehydrated Cat Food walaupun kedua-dua proses ni untuk keluarkan kandungan
lembapan daripada bahan daging mentah.
Perbezaan utama ialah makanan kucing yang dehidrasi biasanya diproses
dengan cepat di bawah haba yang lebih tinggi. Apabila api yang tinggi
digunakan, makanan yang separuh masak atau masak sepenuhnya akan
menyebabkan kehilangan hampir separuh daripada nutrien. Manakala untuk
makanan kucing yang dikeringkan beku, hanya api kecil yang terlibat dalam
proses tanpa memasak, oleh itu ia tidak menjejaskan nutrien makanan
mentah.
Sebenarnya teknologi pengeringan beku ialah teknologi yang mengekalkan nutrisi bahan mentah. Jadi bahan yang dibeku-kering = mentah. Makanan mentah tidak semestinya kering beku, tetapi makanan beku-kering adalah makanan mentah.
Adakah Grace Cat Snack Kucing Terbaik?
Sebenarnya ada banyak je jenama raw cat food malaysia. Terpulang untuk
preference masing-masing. Jadi, adakah Grace Cat ni jenama snack kucing
terbaik? Berikut adalah kelebihan dan perbezaan dengan jenama raw cat food
yang lain.
- 100% dari daging segar, tinggi protein
- 5 kali lebih padat dan kaya nutrisi
- Tanpa bahan pengawet, pewarna tambahan, no fillers, tiada animal by-products
- Stabil dalam bentuk kibble (shelf-stable raw food)
- Tak perlu masuk dalam peti sejuk (does not refrigeration)
- Macam kibble, boleh terus bagi sebagai raw diet
- Kaya nutrisi semulajadi dari daging segar/raw meat
- Diproses secara minimum untuk pencernaan dan penyerapan lebih bagus
- Pork-free product
- Sesuai untuk semua jenis kucing atau anjing
Kebaikan GraceFull RAW
- Meningkatkan selera
- Kuatkan tulang dan otot
- Bagus untuk kesihatan pencernaan kucing
- Poo kurang berbau dan volume poo jadi sikit
- Naikkan immunisasi (immune booster) kucing
- Supple skin and shiny coat
Dalam Grace Cat siri ada apa je? OK, dalam GraceFull RAW Series ni ada 11
jenis perisa. Ada full pack 50-130g dan sample pek 5g-13g. Berat isian
ikut jenis perisa.
- GraceFull Chicken (cube)
- GraceFull Salmon
- GraceFull Duck
- GraceFull Chicken Breast (strip)
- GraceFull Duck Breast (strip)
- GraceFull Chicken Liver
- GraceFull Egg Yolk
- GraceFull Quail
- GraceFull Capelin
- GraceFulll Antarctic Krill
- GraceFull Cod Fish
Nak Bagi Snack Kucing Berapa Kali Sehari?
Fungsi treats untuk kucing sebenarnya adalah sebagai makanan ringan atau
snack untuk mereka. Untuk pertanyaan nak bagi snack kucing berapa kali
sehari? cat treats hanya diberi sekali-sekala kepada kucing atau
diselang-seli dengan menu diet utama mereka. Seperti makanan utama kucing,
snack ini juga mengandung nutrisi yang baik untuk kesehatan kucing
kesayangan korang. Disamping itu, pemberian snack juga sebagai selingan
agar kucing tidak bosan dengan makan utamanya.
Memasing mula nak berebut. Sedap sangat kan!
Review Snek Kucing GraceFull RAW
Kak Bell dah cuba ke semua jenis dalam siri GraceFull RAW. Tak payah
cakap banyak sebab kalau meow kat umah ni memang semua depa balun. Kucing
Kak Bell suka semua jenis, jadi untuk review Snek Kucing Grace Cat ni
tentulah terbaik dan bagus. Lagi satu, ada banyak jenis dan kucing akan
dapat macam-macam jenis protein dan nutrisi dari pelbagai daging haiwan
segar. Korang tak perlu risau sebab produk ni tak ada gunakan bahan dari
daging babi (pork-free).
Kalau korang cuba produk dalam bentuk kiub/cube macam GraceFull Chicken,
GraceFull Chicken Liver, GraceFull Egg Yolk, GraceFull Duck, GraceFull Cod
Fish dan GraceFull Salmon ada 3 cara penyediaan atau cara bagi kucing
makan.
2) Rendam dalam air panas, kemudian hidangkan
3) Jadikan topping dalam kibble kucing
Bolehkah GraceFull RAW diberi sebagai hidangan utama kucing?
Jawapannya boleh. GraceFull RAW boleh diberi sebagai snek, topping atau hidangan utama. Tetapi sebagai hidangan utama, ianya tidak mempunyai khasiat yang mencukupi jika hanya memberi satu perisa sahaja sebab setiap perisa diperbuat daripada satu bahan sahaja. Anda perlu mencampur dan memadankan perisa untuk pemakanan yang lebih lengkap. Korang boleh hubungi Grace Cat untuk mendapatkan cadangan yang sesuai dengan keperluan haiwan kesayangan korang.
Menarikkan? Buat korang yang rajin, bolehlah nak buat homemade cat food
sendiri. Macam Kak Bell malas. Hehe. Cat treat GraceFull RAW ni sebagai cadangan buat korang semua. Untuk makanan kucing terbaik
korang boleh sahaja check cat food ranking atau cari the best pet food
malaysia untuk korang cuba dan cari juga cadangan snack kucing terbaik
Malaysia.
Jadi, jika korang sedang mempertimbangkan untuk memberi makan makanan
kering beku haiwan kesayangan anda, sebaiknya cuba jenama yang memahami
proses pengeringan beku mengikut standard supaya nutrisi penuh dapat
diberi kepada kucing atau haiwan perliharaan korang!