Ramadan Mubarak Iftar Platter, Nate-Box Sajian Di Menate Buffet Ramadhan 2022 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Ramadan Mubarak Iftar Platter, Nate-Box Sajian Di Menate Buffet Ramadhan 2022

Trending

Ramadan Mubarak Iftar Platter, Nate-Box Sajian Di Menate Buffet Ramadhan 2022

Ramadan Mubarak Iftar Platter & Mubarak Iftar Nate-Box Sajian Untuk Menate Buffet Ramadhan 2022 | Hari ini pada 23 Mac 2022, Kak Bell berkesempatan ke Me'nate Steak Hub (Shah Alam) untuk majlis pelancaran menu sajian Ramadan untuk tahun ini.

Ramadan Mubarak Iftar Platter, Nate-Box Sajian Di Menate Buffet Ramadhan 2022

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Palace Butcher Resources Sdn Bhd sebagai pengendali Restoran Me'nate Steak Hub terus komited menghidangkan sajian Ramadan di semua cawangan Me'nate Steak Hub seluruh negara, khas untuk peminat daging stik berkualiti tinggi yang bermula pada 04 April 2022 hingga 01 Mei 2022.


Hidangan Istimewa Mubarak Iftar Platter & Mubarak Iftar Nate-Box

Sajian Ramadan pada tahun ini agak berbeza dengan tahun 2021 yang lepas kerana Me'nate Steak Hub menyediakan hidangan istimewa Mubarak Iftar Platter untuk 'Dine-In' dan Mubarak Iftar Nate-Box untuk dicuba pada Ramadan nanti.

Ramadan Mubarak Iftar Platter, Nate-Box Sajian Di Menate Buffet Ramadhan 2022

Ramadan Mubarak Iftar Platter, Nate-Box Sajian Di Menate Buffet Ramadhan 2022

Ramadan Preview kali ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif PBRSB Tuan Syed Ashraf Bin Syed Ali dan serta dua lagi pengarah PBRSB iaitu Tuan Syed Omar Bin Syed Abdullah dan En. Azuan Arif Bin Mohd Ariffin.

Antara yang menarik bagi pelanggan yang membeli Mubarak Iftar Platter adalah akses percuma ke Mini Buffet Appetizers & Deserts (free-flow) yang akan menampilkan pelbagai menu pembuka selera dan pencuci mulut yang lazat. Tema tahun in berkonsepkan kekeluargaan dalam suasana baru dan norma baru yang lebih segar dan santai serta menyemarakan semangat Ramadan bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja anda sambil menikmati juadah Mubarak Iftar Platter.


Menate Buffet Ramadhan 2022 Menu

Sempena bulan Ramadan yang mulia tahun ini, semua cawangan Me'nate Steak Hub akan menyajikan menu istimewa Mubarak Iftar Platter ini dengan menu utama lain seperti Steamed Persian Rice, Full slab BBQ Wagyu/AngusBeef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediterranean Braised Lamb shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted Bbq Chicken, Sahawiq, Pepperoni Pizzadillas, Nachos Bbq Beef, Mammamia Beef Carbonara Pasta dan Seafood Aglio E Olio pasta sebagai menu Me'nate Buffet Ramadhan 2022.

Pepperoni Pizzadillas
Pepperoni Pizzadillas

Nachos Bbq Beef
Nachos Bbq Beef

Mammamia Beef Carbonara Pasta
Mammamia Beef Carbonara Pasta

Seafood Aglio E Olio pasta
Seafood Aglio E Olio Pasta

Appetizer-Dessert

Pencuci Mulut

Mini Buffet Appetizers

Untuk pilihan minuman dalam jug pula ada Cha bang, Orange Sunset, House-made Chrysanthemum, Watermelon Mint dan pelbagai lagi menu ala-carte yang lain. Selain daripada menu-istimewa Ramadan ini, Me'ate masih lagi menyajikan semua menu-menu ala carte lain mengikut di dalam buku Me'nate Steak Hub menu.


Mubarak Iftar Nate-Box Me'nate Untuk Takeaway/Delivery Edisi Ramadan

Lebih istimewa tahun ini bagi pelanggan yang berbuka puasa di rumah mereka boleh menempah sajian Mubarak Iftar Nate-Box Me'nate untuk takeaway/delivery edisi Ramadan. Ada 3 pilihan iaitu Nate-Box Heavenly Menate, Nate-Box Heavenly Lamb dan Nate-Box Heavenly Ribs yang di hidangi dengan pelbagai daging stik premium dan halal. Pilihan set Nate-Box standard juga masih disediakan bagi yang ingin menempah selain daripada Edisi Ramadan.

Mubarak Iftar Nate-Box (Ramadan Edition)

Me'nate Buffet Ramadhan 2022 Price

Sempena Ramadan 2022, Me'nate menawarkan pakej Early Bird dengan diskaun 15% bagi yang menempah awal sebelum 31 Mac 2022. Untuk deposit adalah sebanyak RM100 dan pelanggan boleh menghubungi pihak cawangan Menate sehari sebelum iftar/berbuka puasa. Harga untuk Ramadan Mubarak Iftar Platter dan Nate-Box (Me'nate Buffet Ramadhan 2022 Price) adalah seperti berikut.

Ramadan Mubarak Iftar Platter

Ramadan Mubarak Iftar Platter, Nate-Box Sajian Di Menate Buffet Ramadhan 2022
Heavenly Menate RM580 (4-5 pax)

Ramadan Mubarak Iftar Platter, Nate-Box Sajian Di Menate Buffet Ramadhan 2022
Heavenly Lamb RM530 (4-5 pax)

Ramadan Mubarak Iftar Platter, Nate-Box Sajian Di Menate Buffet Ramadhan 2022
Heavenly Ribs RM480 (4-5 pax)

Semua Heavenly akan dapat free flow untuk appetizer dan dessert buffet serta 2 jug air. Main menu dalam set ini dan juga air seperti dinyatakan di atas. Rujuk Menate Buffet Ramadhan 2022 Menu*


Mubarak Iftar Nate-Box (Ramadan Edition)

Nate-Box Heavenly Menate
Nate-Box Heavenly Menate RM470 (4-5 pax)
*with Steamed Persian Rice, BBQ Wagyu Beef Ribs, Persian Style Grain Fed Ribeye, Half Bbq Spring Chicken, Papadom + condiments.

Nate-Box Heavenly Lamb
Nate-Box Heavenly Lamb RM430 (4-5 pax)
*with Steamed Persian Rice, Persian Style Lamb Shoulder, Mediterranean Lamb Shank, Persian Style Lamb Leg, Papadom + condiments.

Nate-Box Heavenly Ribs
Nate-Box Heavenly Ribs RM360 (4-5 pax)

*with Steamed Persian Rice, BBQ Grain Fed Beef Ribs, Mediterranean Lamb Ribs, Papadom + condiments.

Me'nate Steak Hub juga menawarkan pekej menarik untuk tempahan Jamun Korporat Ramadan buat syarikat-syarikat korporat yang ingin mengatur jamun berbuka puasa buat kakitangan syarikat. Selain daripada itu Me' nate juga menyediakan peluang kepada syarikat korporat yang ingin melaksanakan CSR dan Amal Jariah di bulan Ramadan in dengan menyediakan Pakej Infak istimewa dengan tema "Sesekali Kita Infak Makanan Premium" untuk diagihkan kepada golongan Asnaf/Tahfiz/Anak Yatim yang memerlukan untuk berbuka puasa. Antara pakej yang ditawarkan adalah:

  • Pakej Infaq Platinum (300-450pax)
  • Pakej Infaq Gold (200-250pax)
  • Pakej Infaq Silver (100-150pax)

Bagi syarikat yang berminat boleh berhubung terus dengan pegawai perhubungan korporat mereka untuk maklumat lanjut di talian 019-4771047.


Mubarak Iftar Menate Steak Hub Review

Memang tak disangkal lagi sajian daging mewah berkualiti di Me'nate memang memenuhi citarasa selera pelanggan. Untuk review Mubarak Iftar Menate Steak Hub, pada Kak Bell memang sangat berbaloi sebab rasa daging premium di sini sangatlah sedap, lembut dan juicy. Kalau 4-5 orang makan pun memang lebih dari mencukupi. Tak tambah lagi main dishes lain yang ada dalam set Mubarak Iftar.

Rendang Tok
Rendang Tok RM45 (500g)

Daging Harimau Melalak
Daging Harimau Melalak RM39.90 (500g)

Lamb Shabu Menate Steak Hub
Lamb Shabu RM38 (500g) RM69 (1kg)

Kak Bell sempat juga merasa menu Daging Harimau Melalak, Rendang Tok dan juga Lamb Shabu iaitu menu yang dijual dalam bentuk pek oleh MeatLab. Rendang Tok tu sangatlah sedap ya. Korang harus cuba. Kalau nak jadi agen jualan atau dropship pun boleh. Korang hubungi talian 010-6631047.

Untuk sebarang urusan tempahan sama ada tempahan awal, tempahan jamuan korporat, tempahan pakej infaq, boleh hubungi Me'nate di talian 03-4141 9133, WhatsApp 019-3911047 atau emel ke menatemarketing@emall.com

Menate Steak Hub Shah Alam

Untuk mendapatkan lebih banyak promosi terkini dan menarik, layari Facebook Me'nate Steak Hub, website Menate atau hubungi HQ Me'nate Steak Hub di 010-9091047.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post