Lulu World Food Festival 2022 Di Lulu Hypermarket Malaysia | Hi
semua! Buat korang yang suka makan dan terutamanya buat pengunjung Lulu
Hypermarket Malaysia, sekarang ini ada Lulu World Food Festival 2022 bermula
dari 24 Feb hingga 9 Mac. Tapi tak semua Lulu. 4 cawangan Lulu yang terlibat
iaitu Lulu Capsquare Kuala Lumpur, Lulu 1Shamelin Mall, Lulu Setia Alam City
Mall dan juga Lulu Amarin Mall Sri Kembangan.
Di Lulu memang best kalau nak shopping sebab semua ada di bawah satu bumbung
dan semestinya Lulu Hypermarket offers sangat berbaloi. Selain ada jual
hidangan makanan dan pencuci mulut tempatan dan antarabangsa, ada pelbagai
lagi tawaran istimewa Lulu di bahagian makanan segar, barangan runcit,
barangan elektik dan sebagainya. Kalau korang malas nak keluar sebab Covid,
boleh je beli melalui
Lulu Hypermarket Online Shopping.
Lulu World Food Festival 2022 Season 1 Selepas Kejayaan Lulu World Food Festival 2021
Selepas Kejayaan Lulu World Food Festival 2021, tahun ini Lulu kembali lagi
dengan Lulu World Food Festival 2022 Season 1. Sempena dengan Festival
Makanan Sedunia ini, Lulu menyediakan pelbagai hidangan masakan panas yang
enak dari dalam dan luar negara untuk dinikmati dengan harga yang
berpatutan. Cakap je nak menu Melayu, citarasa tradisional India pun ada!
Korang boleh cuba pelbagai makanan yang menjadi hidangan wajib kat Lulu
seperti Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Ayam Tandori, Nasi Arab,
Nasi Kerabu, Roti Naan, Ayam Mashavi dan aneka pencuci mulut. Harga briyani
ayam ketika promosi hanya RM5.47 setiap 250g. Tak kisahlah, yang penting kat
sini murah. Beli 2 bekas pun memang puas hati makan.
Selain promosi dan tawaran besar-besaran yang berlangsung di bahagian
makanan panas mereka terdapat lebih daripada 200 produk diberikan diskaun
di semua cawangan Lulu di Malaysia. Lulu Hypermarket offers memang selalu
best-best. Nanti masa pergi, bolehlah tengok mana-mana bahagian dan
barangan yang ada diskaun dan promosi. Confirmlah korang rambang mata!
Lulu World Food Festival Activities
Bersempena dengan Lulu World Food Festival 2022, turut diadakan Lulu World
Food Festival Activities untuk aktiviti hujung minggu. Aktiviti Festival
Makanan Sedunia Lulu adalah seperti demonstrasi memasak, pertandingan
makan, acara membuat makanan terpanjang. Mesti meriah kan! Buat
pengungjung Lulu, bolehlah lock tarikhnya seperti dibawah ni.
- Biggest Fruit Salad on 26th February 2022 at LuLu CapSquare
- Longest Mixed Frozen Fried Food on 27th February 2022 at LuLu Amerin Mall
- Longest Kerabu Maggi on 5th March 2022 at LuLu 1Shamelin
- Biggest Fruit Cocktail Jumbo on 6th March at LuLu Setia City
Lulu Contest
Buat semua pelanggan Lulu, sekarang ni ada juga peraduan memasak yang
sedang berlangsung. Siapa yang suka memasak dan nak menang hadiah menarik
bolehlah join Lulu Contest. Manalah tau boleh jadi Lulu little chef kan!
Teringin pulak Kak Bell nak join, mana tahu untung sabut ada rezeki
menang.
Belanja RM50 Dalam Satu Resit Dapat Voucher RM25
Berita baik untuk semua pengunjung Lulu!! Bagi mereka yang berbelanja RM50
ke atas dalam satu resit di bahagian pasaraya, korang boleh tebus kupon
diskaun RM25. Kalau belanja RM100, dapatlah RM50 voucher tunai. Kupon ini
diberikan pada tempoh yang terhad iaitu dari 22 Febuari 2022 sehingga 20
Mac 2022. Jadi korang kena cepatlah sebelum tempoh promosi tamat.
Kupon RM25 ini boleh digunakan untuk perbelanjaan minimum RM100 dalam 1
resit dari mana-mana bahagian lain kecuali barangan elektrik, IT dan
telefon mudah alih. Jadi kalau pergi bahadian macam kasut, baju, pakaian,
sari, perkakasan dapur, alat tulis dan juga sebagainya.
Orang kata hemat membeli jimat berbelanja, pasti cari barang yang bagus,
murah dan berkualiti. Kat mana lagi nak pergi, jawapannya di Lulu Hypermarket Malaysia. Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang dan akaun media sosial
mereka.
Jangan lupa datang ke Lulu KL, 1Shamelin Mall, Setia City Mall, Amerin
Mall, dan Lulu Hypermarket online shopping untuk Lulu World Food Festival
2022! Selamat shopping!