Lirik Lagu Nikki Palikat - Sudah, Lagu Terakhir Arwah Siti Sarah - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Nikki Palikat - Sudah, Lagu Terakhir Arwah Siti Sarah

Trending

Lirik Lagu Nikki Palikat - Sudah, Lagu Terakhir Arwah Siti Sarah

Lirik Lagu Nikki Palikat - Sudah, Lagu Terakhir Arwah Siti Sarah | Pemergian penyanyi Siti Sarah Raissudin masih memberikan kesan buat peminat Sarah khususnya. Allahyarhamah Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021 selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan. Lagu ini hasil ciptaan sepenuhnya oleh Naim Daniel dan sepatutnya dinyanyikan oleh beliau tetapi tidak sempat dirakamkan.

Lirik Lagu Nikki Palikat - Sudah

Komposer Naim Daniel dan juga seorang penyanyi memberikan lagu ini kepada Nikki Palikat, naib juara gegar vaganza 8. Diantara lagu Nikki Palikat yang popular ialah lagu Drama. Lagu Drama Nikki ni memang paling Kak Bell suka. 

Adakah lagu nikki palikat yang terbaru ni bakal masuk ke AJL yang akan datang? Sama-sama kita tunggu perkembangan dan sambutan lagu Sudah.

nikki palikat gegar vaganza
Sumber gambar Utusan Digital

Lagu ini dikeluarkan oleh Indigital Sdn Bhd dan sudah ada di semua platfrom streaming pada 25 Mac 2022 termasuklah muzik video "Sudah" di saluran YouTube Indigital Music. Video latihan atau demo lagu Sudah yang dinyanyikan oleh arwah Sarah turut ada dimuat naik di YouTube.


Lirik Lagu Nikki Palikat - Sudah

Lirik Lagu Nikki Palikat - Sudah
Komposer: Naim Daniel
Penulis Lirik : Naim Daniel
Produser : Irwan Simajuntak
(C) 2022 Indigital Sdn Bhd

Sudah... Sudah...
Segala apa yang kau mahu ku lakukan
Sudah... Sudah...
Tiap perih yang ku terima tak bererti
Namun aku masih menjadi boneka oh bagimu...

Telah tertutup semua harapan ku pada kamu
Dengarkan batin ku yang merayu
Dulu sendiri kini sendiri
Berselimut dalam duka di malam ini

Sudah... Sudah...
Segala apa yang ku terima tak bererti
Sudah... Sudah...
Tiap perih yang ku terima tak bererti
Namun aku masih menjadi boneka oh bagimu...

Telah tertutup semua harapan ku pada kamu
Dengarkan batin ku yang merayu

Dulu sendiri kini sendiri
Berselimut dalam duka di malam ni

Pada siapa harus aku bersuara?
Selamatkan jiwa ku dari merana

Betapa sakit nya ku
Ketika kau menggantung diriku...
terus...

Dulu sendiri kini sendiri
Berselimut dalam duka di malam ni

Pada siapa... harus aku bersuara
Selamatkan jiwa ku dari merana...
Selamatkan jiwa ku dari merana...
Sudah... sudah...


Muzik Video Sudah Nikki Palikat Gegar Vaganza

Muzik Video Sudah Nikki Palikat Gegar Vaganza telah dimuat naik pada hari sama pelancaran lagu ini pada 25 Mac 2022.


Sebak bila melihat posting rakan wartawan yang menghadiri majlis pelancaran lagu ini di RedBox The Gardens Mid Valley. Pemilihan Nikki Palikat untuk menyanyikan lagu ini memang tepat. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post