Lirik Hitam - OTWO Tembusi 40 Stesen Radio Indonesia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Hitam - OTWO Tembusi 40 Stesen Radio Indonesia

Trending

Lirik Hitam - OTWO Tembusi 40 Stesen Radio Indonesia

Lirik Hitam - OTWO Tembusi 40 Stesen Radio Indonesia | Asia Empire Records Malaysia telah melancarkan single terbaru dan muzik video rasmi HITAM oleh kumpulan OTWO. Kumpulan OTWO merupakan artis naungan Asia Empire Records Malaysia di mana ROCKET FUEL merupakan pengedar digital rasmi untuk single HITAM

Poster OTWO - Hitam

Lirik lagu HITAM ditulis oleh Alan, Anep DAN Izan OTWO dan lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Alan OTWO manakala struktur muzik dan penyusunan lagu dilakukan sepenuhnya oleh OTWO sendiri. Susunan bunyian strings oleh Rudy Nastia dan lagu ini telah dirakamkan di studio rakaman Asia Empire Records manakala proses adunan dilaksanakan oleh Anep & Alan.

Single HITAM yang berdurasi 4:53 ini telah pun dilancarkan secara eksklusif di saluran-saluran digital seperti Youtube, Apple Music, Spotify, Joox, Deezer dan KKBox bermula Januari 2022 beserta video lirik rasmi.


Menariknya untuk permulaan single ini, pada tanggal 1 Mac 2022 lalu, HITAM telah dilancarkan di Indonesia dengan lebih dari 40 buah siaran radio di Indonesia telah memutarkan single ini. Setelah berjaya menembusi pasaran Indonesia OTWO turut dijemput untuk di temubual secara eksklusif di beberapa surat khabar serta di beberapa stesen radio di sekitar Indonesia. Dengan permulaan tahun 2022 yang baik ini, OTWO sudah mula membuat perancangan untuk membuat siri jelajah di Indonesia setelah kes Covid-19 kembali melandai.

Single HITAM ini juga telah menarik minat para pengarah telefilem di Malaysia di mana untuk telemovie AYAHKU ADIWIRA, lagu ini telah dipilih menjadi lagu runut bunyi (OST) utama untuk telefilem arahan Bronko (Wan Det Production) tersebut. Manakala untuk telefilem kedua iaitu ALONG, lagu HITAM turut dipilih untuk menjadi lagu runut bunyi OST sisipan untuk produk yang diterbitkan oleh Tuan Haji Yusri (LAYAR CONSULT SDN BHD). Kedua-dua telefilem ini akan menemui penonton pada tahun ini.


Untuk infomasi, sebelum ini single Khayalan Maya pernah menjadi lagu runut bunyi (OST) untuk filem XXRAY 3 arahan Aziz M Osman. Pada tahun ini sekali lagi OTWO diberikan tugasan untuk mencipta lagu runut bunyi khas untuk filem seram filem pertama produksi Intan Ladyana berjudul Banglo Seksyen 12 yang akan berada di panggung pada tahun ini.

Menyentuh tentang kisah di sebalik lagu ini, HITAM mengisahkan tentang hati hitam manusia yang tak akan pernah kita dapat lihat isinya. Akan tetapi hanya dapat merasainya . Perjalanan kehidupan seseorang yang menanggung kesan perbuatan insan dipercayai berhati hitam tanpa disedari atau rasa bersalah oleh dirinya serta orang sekeliling.

Menurut Anep yang merupakan pemain dram OTWO, “Lagu ini mempunyai kekuatan dari segi penulisan lirik serta susunan lagu yang unik dan kualiti bunyian yang sangat tinggi. Dari segi susunan strings juga memainkan peranan sangat penting untuk single ini.”

“Lagu ini mendapat sambutan luar biasa di Indonesia kerana ini adalah single pertama OTwo lahirkan secara rock ballad dan eksklusif. Sebelum ini lagu lagu OTwo juga pernah diputarkan di Indonesia akan tetapi tidak menjadi viral seperti lagu HITAM. Dengan hampir 40 buah radio mempromosikan secara serentak di Indonesia ia adalah sesuatu yang sangat luar biasa bagi kami. Dan kami dapat peluang yang sangat besar untuk membawa nama Malaysia ke negara seberang,” tambahnya lagi.

Kumpulan OTWO

Penerimaan di Indonesia sangat luar biasa dan kini pihak pengurusan di Indonesia sedang usahakan untuk bawa OTwo ke sana untuk dipromosikan di tv serta beberapa konsert di Indonesia, akan tetapi mereka harus menunggu keadaan covid 19 melandai dahulu.

“Dengan ini kami amat berharap diberi ruang dan peluang serta sokongan untuk kami bekarya dan mendapat tempat terutama di Malaysia dan indonesia . Untuk single akan datang juga telah siap sepenuhnya iaitu OTwo Feat Asheed Defgabc yang bakal dilancarkan secara serentak di Malaysia dan Indonesia pada bulan Jun 2022. Dengan ini kami mengucapkan jutaan terima kasih pada seluruh pihak media yang sudi memberi ruang serta membantu mempromosikan karya OTwo,” katanya lagi.



Lirik Hitam - OTWO

Lirik Hitam - OTWO oleh ALAN , ANEP & IZAN

Resah yang tenang dalam kata-kata indah
Terang dan gelap dalam mata hati
Jalan mu terus melangkah

Hitam hati meresap menjangkalkan
Noktah t’lah diberi dariNya
Terhentilah dengan rela nyata

Cinta yang mendamba tahta
Membawa ku terbang jauh diawangan
Terabai tersungkur jatuh

Oh dia yang menggapai bintang meretakkan jiwa ini
Tak ku pinta begini akhirnya
Ku sesali
Cinta yang mendamba tahta membawa ku terbang jauh..jauh...pergi

Oh dia yang membawa ku terbang jauh di awangan
Tak ku pinta begini akhirnya
Engkau pergi


Muzik Video HITAM

Muzik Video HITAM buat pertama kalinya dipertontonkan kepada umum secara eksklusif pada Januari 2022. Penggambaran muzik video ini telah dijalankan di ALOR SETAR , KEDAH di bawah arahan MR PITTO.


Muzik Video HITAM telah berjaya meraih hampir 150,000 tontonan dalam masa 2 minggu tayangan di YouTube melalui channel rasmi Asia Empire Records, dan kini jumlah tontonan video mereka terus bertambah.

Harapan OTwo adalah ingin bersaing secara sihat di dalam industri muzik tanahair serta membawa nama Malaysia ke beberapa buah negara. Dengan pengalaman yang ada mereka yakin mampu mewarnai industri muzik tanahair serta mengharumkan nama negara di Malaysia dan Indonesia, menurut Izan selaku vokal grup yang ditubuhkan pada tahun 1997 ini.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post