Kutu Penyebab Anemia Pada Kucing, Apa Ciri-Ciri Kucing Anemia? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kutu Penyebab Anemia Pada Kucing, Apa Ciri-Ciri Kucing Anemia?

Trending

Kutu Penyebab Anemia Pada Kucing, Apa Ciri-Ciri Kucing Anemia?

Kutu Penyebab Anemia Pada Kucing, Apa Ciri-Ciri Kucing Anemia? | Penyakit anemia pada kucing berlaku bila jumlah darah merah haiwan turun lebih rendah daripada biasa. Penurunan ini dapat disebabkan oleh kehilangan darah, penurunan jumlah sel darah merah yang dihasilkan, atau peningkatan jumlah sel darah putih.

Kutu Penyebab Anemia

Ada banyak sebab dan punca yang boleh menyebabkan kucing menjadi anemia. Sekiranya jumlah sel darah merah turun dengan cepat atau sangat rendah, kucing memerlukan rawatan cepat kerana boleh membawa maut. Macam manusia jugalah, bila kurang darah kita tak dapat nak buat kerja rasa lemah sebab darah tak cukup nak bawa oksigen. 

Kisahnya 14 Februari lepas, Cik Lily kena anemia. Mulanya dia duduk diam kat dapur, kencing di tempat dia duduk dan bulu kotor tak terurus. Tengah-tengah malam terpaksa Kak Bell basuh dan mandikan sikit dia. Kak Bell forced feed makan dan air tapi lepas 24 jam dia memang lemah sampai nak jalan pun tak larat. Balik kerja terus bawa ke emergency sebab rasa dia dah teruk sangat dah. Nasib baiklah Kak Bell cepat bawa ke klinik haiwan untuk rawatan.


Apa Itu Anemia Kucing?

Apa itu anemia kucing | Anemia merupakan defisiensi atau penurunan jumlah sel darah merah (eritrosit) dalam darah kucing. Anemia pada kucing biasanya muncul secara beransur-ansur, tetapi ia juga boleh berlaku secara tiba-tiba. Terdapat dua jenis anemia kucing dan penyebab anemia pada kucing pun berbeza mengikut sebab dan jenisnya seperti post-hemorrhagic, hemolytic, hipoplastik, aplastic atau alergi.

Tranfusi Darah Kucing

Anemia regeneratif: Ia adalah yang paling ringan, mudah dirawat dan berumur pendek. Sumsum tulang kucing masih mampu menghasilkan sel darah merah, tetapi ia mempunyai anemia kerana kadar kehilangan lebih besar daripada regenerasi. Iaitu, walaupun ia menjana sel darah merah, ia tidak mencukupi.

Anemia bukan regeneratif: Kucing tidak lagi dapat menghasilkan sel darah merah, jadi kehilangannya lebih serius dan rawatan lebih panjang dan lebih rumit.

Ciri-Ciri Kucing Anemia

Disenaraikan 12 ciri-ciri kucing anemia dan gejala anemia kucing.

1) Kucing mengalami infeksi disebabkan parasit kutu.
2) Kucing akan lebih duduk diam dan bersendiri, hanya mahu berehat.
3) Kucing lemah dan lesu melampau kerana kurang darah
4) Kurang selera makan atau tak makan
5) Penurunan berat badan drastik
6) Bernafas pendek/abnormal
7) Dehidrasi/Kurang air
8) Gusi mengalami perubahan warna-mulut/bibir pucat
9) Bulu kucing kasar/tekstur bulu berubah
10) Muntah dan cirit birit
11) Warna kulit jadi kuning (jaundice)
12) Demam


Punca-Punca Anemia Kucing

Berikut adalah diantara punca-punca anemia kucing:

  1. Kehilangan darah dari pendarahan luaran atau dalaman
  2. Penyakit autoimun
  3. Infeksi disebabkan parasit kutu
  4. Jangkitan virus -FIP/FPV (parvo)
  5. Penyakit buah pinggang
  6. Kanser
  7. Reaksi dari ubat

Setelah bawa Cik Lily ke Hospital Veterinar Gasing, pertama sekali kena buat blood test/ujian darah. Untuk diagnosis kenalah buat ujian analitik pada sampel darah. Hematocrit dibuat untuk tengok jumlah sel darah merah sama ada normal atau tak, kemudian test kiraan darah lengkap untuk cek jumlah semua unsur darah, sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

Ujian FIP/FPV
Negative FIP/FPV

Ujian Darah Kucing

Kiraan bacaan hemoglobin (HCT/PCV) kucing adalah 27.5-28 ke atas. Result sel darah Cik Lily cuma 8.4 sahaja masa warded dan disahkan cat anemia. Doktor cakap kucing anemia karena kutu! Maafkan mama ko ye sebab tak rutin bagi ubat kutu. Kalau lambat memang boleh mati dan chances dia survive pun sebenarnya rendah. Lepas doktor veterinar run ubat, drip air semua doctor bincang untuk rawatan selanjutnya. Bagi kes Lily hormon injection utk inducing red blood cell tak membantu dan memerlukan tranfusi darah dari kucing lain. Jadi cara tu je boleh selamatkan Lily, esoknya Kak Bell bawa 2 ekor kucing untuk test darah tgk sesuai atau tidak. Alhamdulillah kucing pertama matched dan terus derma darah dan tranfuse ke Cik Lucy.

Abang Kucing

Kucing yang derma darah, Abang perlu dibius sebab jenis garang dan meronta. Kak Bell lupa berapa beg dia ambil. Lepas siap amik darah, Abang sedar dari bius dia terus meronta masa dalam cage. Cage kucing terjatuh, dan dia lari ye. Masa tu Kak Bell kat kaunter bayaran dan cage kat luar. Nasib baiklah kesan ubat tu masih ada dan dia tak lari jauh. Duduk bawah keta. Staff hospital siap bagi wet food dan Kak Bell berjaya tangkap dia. Huhu. Bengang la kot lapar pastu kena amik darah pulak. Sebab pagi sebelum amik darah, meow tak boleh makan minum, kena puasa kejap.


Kutu Penyebab Anemia Pada Kucing

Jangan terkejut sebab ektoparasit kutu penyebab anemia pada kucing. Kutu pada kucing dipanggil ctenocepahalides felis dan ctenocephlides canis pada anjing. Disebabkan kehilangan darah yang banyak dan parasit kutu akan menyebabkan jangkitan parasit dalam darah kucing. Ketidakupayaan untuk menghasilkan sel darah merah menyebabkan kucing anemia karena kutu.

Makanan Untuk Kucing Anemia

Untuk mencegah anemia maka harus diperhatikan untuk pemilik agar selalu memberi makanan yang bergizi dan seimbang nutrisinya. Korang kena elakkan bawang terkena pada meow. Bawang dalam semua bentuk mentah, masak, atau kering boleh memecahkan sel-sel darah merah kucing dan menyebabkan anemia pada kucing. Kucing boleh pucat dan lemah pada tahap serius.


Cara Merawat Kucing Anemia
Untuk kes Lily, perlu menjalani pemindahan darah/tranfusi darah dan seterusnya makan ubat Asid Folic dan antibiotik Doxycycline (Doxy). Untuk Abang yang derma darah pun kena ambik asid folic dan 1 lagi jenis ubat. Kak Bell lupa nama apa. Dalam kes kekurangan nutrien, perlu ubah diet kucing dan buat rawatan antiparasit iaitu letak ubat kutu jika kutu penyebab anemia kucing. Anemia kucing ni tidak boleh dirawat di rumah dengan ubat semulajadi ye. Cara merawat kucing anemia, mesti nak bawa ke klinik veterinar sebab penyakit ni berkaitan dengan kucing kurang darah.

Rawatan Anemia Kucing

Ada juga Kak Bell nampak supplemen untuk tambah darah kucing iaitu sangobion untuk kucing. Tapi Kak Bell tak jumpa pulak maklumat lengkap tentang sangobion untuk kucing ni. Ada jugak jus penambah darah, sangsi juga dibuatnya. Walau apa-pun mesti nak rujuk vet atau petshop bertauliah ya.


Kos Rawatan Anemia Kucing
Cik Lily warded selama 5 hari. Selepas tranfusi darah, bacaan darah dia naik sikit kepada 17.5. Itupun sebenarnya masih rendah. Masa hari kelima, nampak dia dah mengeow nak balik. Kos rawatan anemia kucing memang mahal ye. Kos untuk proses pemindahan darah pun dah RM350! Kos ni dah masuk sekali derma darah-tranfuse darah. Total untuk rawatan Cik Lily adalah hampir RM1500.

Kos rawat anemia

Alhamdulillah sekarang Cik Lily dah semakin sihat. Nampak dia ceria balik. Vet pun cakap bawa balik dan monitor dulu. Kalau ada isu bawa balik ke hospital. Sekarang Kak bell kena rutin cek masalah kutu/pinjal dan bagi diet sihat.

Banyak penyakit yang berlaku pada manusia juga berlaku pada haiwan peliharaan. Anemia pada kucing adalah penyakit yang boleh menjadi sangat biasa berlaku pada kucing. Kalau kucing pucat dan tidak mau makan, kena selalu pantau kucing sebab kalau lambat penyakit anemia boleh mengancam nyawa kucing.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post