Resepi Bibimbap Ayam Simple Dan Halal, Nasi Campur Korea (비빔밥) |
Hi korang! Tak pernah-pernah Kak Bell nak cuba buat hidangan Korea. Kalau
teringin memang serbu restoren makanan Korea atau beli kat Family Mart atau
CU Mart ajelah. Setakat ni pun pernah buat sushi aje. Bibimbap merupakan
nasi campur yang cukup terkenal di Korea. 'Bibim' bermaksud mencampurkan
manakala 'bap' bermaksud nasi. Kalau peminat drama Korea, K-pop fans pasti
tahu menu Bibimbap atau bahasa mudahnya, nasi campur Korea (비빔밥). Kali ni
Kak Bell cuba buat resepi bibimbap ayam yang simple dan sedap!
Rupa-rupanya mudah sahaja cara buat bibimbap ni. Cuma nak kena sediakan
banyak bahan-bahan. Resepi bibimbap diet ni sangat sesuai untuk korang yang
berdiet kerana ianya seimbang dengan vitamin dan protein dari sayur-sayuran
dan ayam. Saiz hidangan ni adalah untuk 2-3 orang. Kalau nak masak atau nak buat lebih, korang adjustlah nanti bahan-bahan bibimbap. Jom kita lihat cara
membuat resepi bibimbap simple ini.
Resepi Bibimbap
Resepi Bibimbap ni untuk saiz hidangan 2-3 orang.Bahan Sayuran/bahan lain
1 biji timun Jepun (dihiris bulat atau hiris panjang)
1 biji lobak merah (dihiris panjang)
Cendawan shitake/black fungus (direndam dan dihiris)
Kobis unggu (dihiris)
Sayur brokoli (dihiris kecil)
3-4 biji telur ayam (goreng mata)
Isi ayam (dipotong kecil memanjang)
Serbuk lada hitam
Biji bijan
Minyak bijan untuk menggoreng
Sos tiram
Halia
Pes Korea gochujang/sos Korea pedas
**Kak Bell pakai Bibimbap Hot Sauce Daesang Chung Jung One O'Food Gochujang (Halal)
Bahan Nasi Bibimbap
Beras sushi Jepun (jenama SUMO)
Rumpai laut
Bahan Sos Bibimbap (sos pedas manis)
**Jika tiada sos pedas Gochujang
1 genggam cili kering
2 labu bawang putih
Sedikit air suam
4 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap
1 sudu besar bancuhan air tepung jagung
Biji bijan
Cara-cara penyediaan sayuran Bibimbap:
1) Hiris bulat atau hiris panjang timun jepun, dan hiris panjang lobak merah.
2) Rendam, hiris panjang cendawan dan asingkan.
3) Panaskan sesudu kecil minyak dan goreng timun dan lobak selama 2 minit (goreng secara berasingan)
4) Rebus sayur brokoli dan toskan.
5) Kemudian, goreng mata telur ayam.
6) Untuk mendapat aroma yang lebih, gunakan minyak bijan untuk goreng bahan di atas.
Cara penyediaan ayam halia sos tiram:
1) Potong kecil daging ayam secara memanjang, gaul bersama lada hitam.
2) Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang putih dan bawang sampai wangi.
3) Masukkan isi ayam dan semangkuk air.
4) Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kacau seketika.
5) Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat.
6) Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Masakkan daging ayam hingga masak.
7) Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
Pes Korea gochujang/sos Korea pedas
**Kak Bell pakai Bibimbap Hot Sauce Daesang Chung Jung One O'Food Gochujang (Halal)
Bahan Nasi Bibimbap
Beras sushi Jepun (jenama SUMO)
Rumpai laut
Bahan Sos Bibimbap (sos pedas manis)
**Jika tiada sos pedas Gochujang
1 genggam cili kering
2 labu bawang putih
Sedikit air suam
4 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap
1 sudu besar bancuhan air tepung jagung
Biji bijan
Berikut ni adalah cara buat bibimbap. Kak Bell asingkan cara penyediaan
untuk sayur, nasi dan sos bibimbap.
1) Hiris bulat atau hiris panjang timun jepun, dan hiris panjang lobak merah.
2) Rendam, hiris panjang cendawan dan asingkan.
3) Panaskan sesudu kecil minyak dan goreng timun dan lobak selama 2 minit (goreng secara berasingan)
4) Rebus sayur brokoli dan toskan.
5) Kemudian, goreng mata telur ayam.
6) Untuk mendapat aroma yang lebih, gunakan minyak bijan untuk goreng bahan di atas.
1) Potong kecil daging ayam secara memanjang, gaul bersama lada hitam.
2) Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang putih dan bawang sampai wangi.
3) Masukkan isi ayam dan semangkuk air.
4) Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kacau seketika.
5) Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat.
6) Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Masakkan daging ayam hingga masak.
7) Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
Resepi nasi bibimbap/Cara penyediaan nasi Bibimbap
Resepi nasi bibimbap/Cara penyediaan nasi Bibimbap:
1) Gunakan beras sushi Jepun jenama Sumo. Sekiranya tiada boleh guna
beras biasa dan pastikan nasi dimasak sedikit lembut. Cara masak nasi
Jepun, kalau 2 pot beras pakai 4 pot air.
2) Bila rice cooker dah off, boleh tutup suis dan biarkan nasi selama 10 minit
3) Hancurkan kepingan rumpai laut dan tabur atas nasi.
Cara penyediaan sos pedas manis:
1) 1 genggam cili kering dibasuh bersih, potong kecil dan rendam dalam air panas, kemudian toskan.
2) Masukkan bawang putih dan cili kering tadi dalam pengisar
3) Masukkan sedikit air suam, gula, garam, sos cili dan kicap
4) Kisar sehingga hancur
5) Setelah dikisar, masak semula di dalam kuali sehingga kering air
6) Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga mendidih
7) Akhir sekali, taburkan sedikit biji bijan. Sos merah siap.
TIPS
Cara susunan Bibimbap:
1) Ratakan nasi bercampur rumpai laut di dalam mangkuk.
2) Letak telur mata ditengah-tengah nasi.
3) Susun sayuran dan ayam yang dimasak ke atas bahagian putih telur mengelilingi telur mata.
4) Jangan lupa letakkan 1-2 sudu besar sos Korea Gochujang.
5) Titiskan minyak bijan ke atas kuning telur.
6) Taburkan biji bijan di dalam hidangan secukupnya
7) Bibimbap siap dan sedia dimakan.
2) Bila rice cooker dah off, boleh tutup suis dan biarkan nasi selama 10 minit
3) Hancurkan kepingan rumpai laut dan tabur atas nasi.
Resepi sos bibimbap/sos pedas manis/resepi gochujang
Original menggunakan pes cili Korea Gochujang atau boleh guna sos
pedas Adabi. Kak Bell pun beli je yang dah siap import dari Korea.
Jika tak ada boleh buat sendiri resepi sos bibimbap/sos pedas
manis/resepi gochujang dengan menggunakan resepi sos Gochujang di bawah ini.
1) 1 genggam cili kering dibasuh bersih, potong kecil dan rendam dalam air panas, kemudian toskan.
2) Masukkan bawang putih dan cili kering tadi dalam pengisar
3) Masukkan sedikit air suam, gula, garam, sos cili dan kicap
4) Kisar sehingga hancur
5) Setelah dikisar, masak semula di dalam kuali sehingga kering air
6) Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga mendidih
7) Akhir sekali, taburkan sedikit biji bijan. Sos merah siap.
TIPS
- Boleh gunakan sayuran lain seperti bayam hijau, tauge atau sawi Jepun (direbus dan ditoskan)
- Sayur timun dan kobis tak perlu digoreng, nak goreng sekejap pun boleh dengan minyak bijan
- Untuk cendawan boleh goreng berasingan atau masak sekali dengan isi ayam
- Boleh juga gunakan Kimchi sebagai bahan sayuran bibimbap
- Boleh guna beras biasa kalau tak ada beras SUMO dan pastikan nasi dimasak sedikit lembut
- Untuk sayuran, boleh juga diperap dengan secubit garam halus (Kak Bell tak letak garam)
- Goreng telur mata, bahagian kuning biarkan sedikit cair (jika suka)
1) Ratakan nasi bercampur rumpai laut di dalam mangkuk.
2) Letak telur mata ditengah-tengah nasi.
3) Susun sayuran dan ayam yang dimasak ke atas bahagian putih telur mengelilingi telur mata.
4) Jangan lupa letakkan 1-2 sudu besar sos Korea Gochujang.
5) Titiskan minyak bijan ke atas kuning telur.
6) Taburkan biji bijan di dalam hidangan secukupnya
7) Bibimbap siap dan sedia dimakan.
Cara nak makan, kena gaulkan dahulu semua bahan di dalam mangkuk.
Sebenarnya ada banyak aje versi Resipi Bibimbap Nasi Campur Korea. Boleh
aje gugel mana-mana yang berkenan. Kalau korang nak buat resepi bibimbap
tanpa gochujang pun boleh. Cuma guna sayur-sayuran dan bahan seperti
ayam atau daging ajalah. Tapi rasa tak cukup afdal lah pulak bil abuat
makanan Korea bibimbap ni tanpa sos gochujang kan!
Kalau rasa was-was nak makan kat luar buat sendiri di rumah. Sah-sah
terjamin resepi bibimbap halal sebab buat sendiri kan! 30 minit dah boleh siap. Next Kak Bell nak
cuba buat resepi bibimbap tuna dan resepi bibimbap bulgogi (daging)
pula.