Egocat Salmon Review, Premium Cat Food Untuk Urinary Tract - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Egocat Salmon Review, Premium Cat Food Untuk Urinary Tract

Trending

Egocat Salmon Review, Premium Cat Food Untuk Urinary Tract

Hi semua! Lama dah Kak Bell tak berkongsi tentang kucing. Sebenarnya ada je banyak isu nak dikongsikan tetapi masa belum mengizinkan. Kali ini Kak Bell nak cerita tentang makanan kucing baru Kak Bell beli dan cuba iaitu brand Egocat. Kak Bell kena berhati-hati sikit nak beli catfood ni sebab takut meow kena balik FLUTD/batu karang. Disebabkan brand selalu pakai tak ada stok, jadi Kak Bell cuba brand Egocat Salmon, premium cat food untuk urinary tract.


Ceritanya sejak bulan lepas stok makanan kucing Vital Plus selalu sahaja cepat habis. Kak Bell pakai Vital Plus Salmon atau Vital Plus Chicken untuk kucing kat rumah. Untuk 2 ekor kucing jantan Si Sky dengan Toby Kak Bell bagi Brit Care Sterilized Urinary Health. Tak mampu lah nak bagi jenama Royal Canin Urinary SO atau brand Hill's Prescription Diet Urinary Care. So dari last week memang dah standby nombor phone petshop sebab takut stok tak ada. Lagipun Vital Plus ni hanya ada kat Amycatz aje. Paling dekat Kak bell pi Amycatz Mutiara Damansara. Jauh jugalah sebenarnya dari umah kak Bell kat Bangsar.


Egocat Urinary Tract Health Support Malaysia

Harini sebelum ke petshop Kak Bell call dulu dan confirmkan stok. Malangnya stok makanan kucing tak ada termasuklah tofu cat litter brand Cindy pun tak ada. Then, Amycatz rekemen cuba Egocat Salmon sebab khas untuk kucing ada masalah batu karang (urinary tract disease). Kak Bell pun beli ajelah Egocat Salmon Premium Cat Food (For All Life Stages) sebab makanan bulus kat umah tinggal untuk sehari aje lagi. Gigih jugalah google dulu pasal Egocat urinary tract health support malaysia.

Untuk brand Egocat ni ada 2 jenis iaitu Ego Cat Salmon (Premium Cat Food) dan Ego Cat Weight Plus (Super Premium Cat Food). Kak Bell beli pakaging 18.14kg lebih kurang sama dengan Vital Plus Salmon/Chicken 18kg. Harga pun sama RM180 jadi Kak Bell pun beli. Sampai umah, anak-anak buruk perangai macam mak dia tak bagi makan terus serbu sebab tau kita bawa balik makanan depa. Kak Bell campurkan dululah secara partially dengan vital plus, takut karang kucing cirit-birit kita juga yang susah.


Ego Cat Salmon Premium Cat Food

Makanan kucing Ego Cat Salmon Premium Cat Food ni keluaran USA dan sesuai untuk semua umur kucing. Suitable for all stages termasuklah kucing adult and kitten.


  • Tinggi suplement (minyak ikan salmon berkualiti) untuk membantu mengeluarkan, mencantikkan & menghaluskan bulu kucing.
  • Urinary tract untuk mencegah kucing dijangkiti kuman kencing dan masalah batu karang.
  • Mengawal bau najis yang kuat, najis solid (stool) tidak lembik, sekaligus dapat mengawal penggunaan pasir yang lebih jimat.
  • Mengawal masalah hairball yang teruk pada kucing.
  • Olahan citarasa Ego Cat Salmon ini membuatkan kucing sangat berselera, sekaligus menaikkan berat badan kucing dengan cepat.
  • Didatangkan dengan paket 7kg, 18.14kg dan repack 1kg (harga bergantung petshop)

Ingredients/Isi kandungan:
Salmon Meal, Fish Meal, Corn, Rice, High Protein Soybean Meal, Chicken Fat (Preserved with Mixed Tocopherols), Fish Digest Brewer's Yeast, Salmon Oil, Choline Chloride, L-Lysine, L-Threonine, L-Tryptophan, Antioxidants, Taurine

Guaranteed Analysis:
  • Crude Protein: Min 30%
  • Crude Fat: Min 10%
  • Crude Fiber: Max 4.5%
  • Ash: Max 6%
  • Moisture: Max 10%
  • Calcium: Min 0.8%
  • Phosphorus: Min 0.6%


Ego Cat Weight Plus Super Premium Cat Food

Untuk Egocat Weight Plus Super Premium Cat Food ni khas untuk gemukkan kucing. Sama jugak datang dari USA dan semua peringkat umur kucing boleh makan. Jenis ni cuma ada dalam pek 10kg sahaja.

  • Formula terbaik sebagai agen menaikkan berat badan kucing dengan cepat.
  • Olahan rasa mengandungi minyak ikan berkualiti tinggi juga sangat membantu dalam penjagaan bulu yang sebaiknya.
  • urinary tract untuk mencegah kucing dijangkiti kuman kencing dan masalah batu karang.
  • Mengawal bau najis, stool solid dan tidak lembik, sekaligus dapat mengawal penggunaan pasir yang lebih jimat.
  • mengawal masalah hairball yang teruk.
  • Didatangkan dengan paket 10kg serta repack 1kg (harga bergantung petshop).

Ingredients/Isi kandungan:
Chicken, Chicken Meal, Brown Rice, Sunflower oil, Oatmeal, Chicken Fat (Preserved with Mixed Tocopherols), Fish Oil, Yellow Corn, Full Fat Soybean, Soybean Meal, Corn Gluten Meal, Wheat Pollard, Soy Concentrate, Molasses, Wheat Flour, Natural Flavor, Choline CHloride, Dl Methionine

Guaranteed Analysis
  • Crude Protein: Min 30%
  • Crude Fat: Min 12%
  • Crude Fiber: Max 3%
  • Ash : Max 6.5%
  • Moisture: Max 12%
  • Calcium: Min 1.5%
  • Magnesium : Max 0.1%


Mungkin juga brand ni sesuai juga sebagai makanan kucing untuk bulu gugur sebab ada ciri penjagaan bulu kucing. Untuk Egocat Weight Plus tu memang sesuailah sebagai makanan kucing yang bagus untuk bulu dan gemukkan kucing. Kalau korang dah cuba, bolehlah tinggalkan komen dan kongsi tentang egocat cat food review kat bawah ni.



Ramai juga yang tanya Kak Bell dalam artikel Tip Pilih Makanan Kucing. Ada pertanyaan mengenai jenama makanan kucing yang tidak bagus, makanan kucing murah tapi bagus. Btw, Kak Bell cuma beri pendapat jika Kak Bell dah pakai sesebuah brand tu. Kadangkala outcome dia pun tak sama sebab ada kucing yang suka dan sebaliknya. Cuma korang kena beli yang jenis premium atau super premium. Elakkan yang berwarna-warni sebab banyak garam dan cuba baca ulasan seperti vital plus cat food review atau egocat cat food review dan sebagainya. Tak pun cuba tanya petshop. Sedikit sebanyak ada input dan info yang membantu. Haritu ada ternampak senarai makanan kucing terbaik dan ada pulak jenama warna-warni tu dalam list. Terkesima kejap dibuatnya. Kak Bell pernah pakai terus batu karang anak kat rumah. Hehe. 

So far so good. Anak-anak bulus kat umah ni mau makan. Buat hari ini lah. Kalau tak makan memang nanye dibuatnye. Sebelum ni pernah bagi Button and Bows, depa tak suka. Pandai depa pilih makan hat lain, pandai asingkan cat food tu! Nanti next time Kak Bell udpate lagi perkembangan lepas sebulan pakai brand ni.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post