Datuk K Berkongsi Cerita Bagaimana Anaknya Boleh Berubah Dan Bina Bisnes
Mutyara
| Baru-baru ini, terdapat satu pautan di mana Datuk K berkongsi cerita
bagaimana anaknya boleh berubah. Perubahan yang berlaku ini melibatkan
bisnes anak menantunya yang diberi nama Mutyara. Berniaga tidak mudah. Ia
perlukan perancangan 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun akan datang bahkan lebih
jauh lagi. Ia juga perlukan kesungguhan untuk mengurus dan menghidupkan
sesuatu perniagaan hingga berjaya.
Di sini dikongsikan sekali beberapa checklist sebelum memulakan sesuatu bisnes
supaya anda tahu yang dunia perniagaan ini bukannya boleh dilompat masuk tanpa
ada sebarang persediaan baik secara mental mahupun fizikal.
1) Jual apa yang ada di tangan / apa yang disukai
2) Jual sesuatu yang ada permintaan di pasaran
3) Platform Jualan
4) Cara Pengiklanan
5) Cari Mentor Terbaik
Menyedari akan hal itu, Datuk K merasa amat terkesan dengan perubahan yang
berlaku bilamana anaknya berjaya mengembangkan bisnes yang dibinanya sendiri
walaupun usia anak menantunya itu masih di tahap masih muda.
Tidak kisahlah jika anda mempunyai sesuatu produk, perkhidmatan atau
jenama, tidak mudah untuk memulakan sesebuah syarikat yang mampu bertahan
dalam dunia moden ini. Anda perlu melakukan sesuatu yang radikal untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Checklist Sebelum Memulakan Bisnes
Untuk memulakan sesebuah bisnes online tidak hanya bergantung pada bajet
modal yang besar. Perlu ada checklist sebelum memulakan bisnes. Antara
perkara yang perlu diketengahkan adalah :
Sebagai contoh, anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang bernama
Asyraf telah mewujudkan sebuah perniagaan atas nama Mutyara bersama istrinya
Tya Arifin dan produk utama mereka adalah minuman jamu moden. Kenapa? Kerana
Tya merupakan anak kelahiran Indonesia dan keluarga Tya ini memang sudah
sinonim dengan produk minuman jamu.
Apabila anda mempunyai minat terhadap produk atau servis yang anda jual,
sudah pasti anda akan melakukan yang terbaik dengan penuh bersemangat bagi
memastikan ianya dapat dikembangkan di pasaran. Berbeza dengan menjual
sesuatu yang kurang digemari, akan terasa seakan dipaksa-paksa.
Terdapat banyak platform online seperti e-commerce dan juga media sosial
untuk anda pilih. Meskipun punya kedai mempunyai impian semua peniaga tetapi
jangan abaikan platform jualan online yang sudah sehati sejiwa dengan
kehendak masyarakat kita. Contohnya, Shopee, Lazada, Facebook, Instagram dan
lain-lain.
Iklan sangat penting kerana orang tidak akan beli barang anda jika mereka
tidak pernah dengar dan tidak pernah tahu. Untuk berjaya kena bagi orang
nampak bisnes dan produk yang kita niagakan. Apakah kelebihannya dan apa
kebaikannya pada pengguna. Itu semua perlu ditekankan.
Nak berjaya dalam bisnes yang penuh cabarannya ni, punya mentor merupakan
salah satu jalan selamat untuk berjaya. Mentor ini pula tidak boleh dipilih
dengan cara tangkap muat. Nak berjaya kena dapatkan mentor yang punya
pengalaman tinggi dalam bidang bisnes. Lebih baik, jika berjaya dapatkan
mentor yang sudah terang-terang telah berjaya membantu ramai usahawan hingga
tahap jutawan.
Datuk Wira Dr Azizan Osman Antara Mentor Usahawan Pilihan Ramai
Datuk Wira Dr Azizan Osman Antara Mentor Usahawan Pilihan Ramai | Dalam
Malaysia ini, terdapat ramai mentor dan salah seorang daripadanya adalah
Datuk Wira Dr Azizan Osman. Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama pasukannya
RichWorks telah berpuluh tahun dalam bidang ini. Terlalu ramai usahawan yang
berjaya menjadi jutawan selepas dibimbing oleh RichWorks.
Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan hanya sekadar membantu bimbing bisnes
usahawan-usahawan ini supaya dapat memperolehi keuntungan yang besar dalam
bisnes malah kehidupan anak didiknya juga turut dijaga supaya menjadi insan
yang lebih baik berbanding dulu.
Datuk K meluahkan sendiri betapa berbedanya anak beliau itu sebelum dan
selepas menuntut ilmu dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K
merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing
anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.
Asyraf Berjaya Penuhi Impian Tunjuk Hasil Membanggakan Pada Keluarga
Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan
malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin
lalu.
"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.
Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta
merasakan diri ini sangat tak berjaya. Tambah Asyraf, beliau paham
perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya
buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.
Asyraf Menyifatkan Dr Azizan Sebagai Mentor Terbaik Untuk Dirinya
Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat
dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara
holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha
Esa. Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan
RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.
"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.
Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan
yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan.
“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.
Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan
individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai
kejayaan.
“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.
Kesimpulannya, Untuk Berjaya Itu Perlu Ada Ilmu Dan Mentor Yang Membantu
Dari Belakang
Semakin ramai orang yang terlibat menjalankan bisnes online sekarang ini
sebagai sumber pendapatan. Namun kerana tidak mengambil berat soal ilmu
bisnes online yang betul menyebabkan ada antara mereka menemui kegagalan.
Suka ataupun tidak, ilmu dan mentor perlu diberi perhatian untuk selamat dan
berjaya dalam dunia bisnes.
Jika ada diantara anda yang merasakan ingin berjaya sama seperti Asyraf dan
isterinya Tya, boleh segera ambil tindakan untuk mendapatkan ilmu dari Datuk
Wira Dr Azizan Osman dan
RichWorks.
Talian telegram
turut dibuka untuk pelbagai perkongsian ilmu bisnes yang terbaik dan
bermanfaat.