Review Garage 51 Subang, Hidang Menu Minuman Unik Picagari - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review Garage 51 Subang, Hidang Menu Minuman Unik Picagari

Trending

Review Garage 51 Subang, Hidang Menu Minuman Unik Picagari

Review Garage 51 Subang, Hidang Menu Minuman Unik Picagari | Hi korang! Baru-baru ni Kak Bell pergi melepak di sebuah cafe di area Sunway berdekatan dengan Sunway Pyramid iaitu Garage 51 by Coffee Societe. Cafe ini adalah antara cafe hipster yang paling best dan mendapat sambutan dari pengunjung di sekitar Subang Jaya dan KL. Cafe ini juga telah menerima Best Cafe Award dari TimeOut KL (TOKL).

Review Garage 51 Subang

Biasa bila dengar perkataan Garage mesti kita akan ingat sebuah bengkel. Kebetulan pulak memang kafe ni terletak di deretan kedai dan di kawasan belakangnya memang ada bengkel kereta. Memang kena sangatlah dengan namanya.


Konsep Garage 51

Garage 51 Subang merupakan sebuah kafe yang berinspirasikan Melbourne, menyajikan makanan dan minuman yang unik dalam sebuah industrial garage! Konsep Garage 51 ni sebenarnya adalah sebuah garaj kafe di mana deco dan konsepnya layak sebuah garaj. Ada tempat duduk yang diperbuat daripada tong drum, hiasan dalaman simple gaya hipster dan ada sebuah Beetle VW lama di luar cafe untuk bergambar!

Review Garage 51 Subang

Review Garage 51 Subang

Terdapat 3 bahagian dining/ruangan tempat makan. Disediakan bahagian luar yang dulunya untuk bahagian individu perokok dan 2 tempat makan di bahagian dalam. Satu di bahagian bawah dan satu lagi di bahagian atas.

Di bahagian bawah penjuru meja terdapat cangkuk berwarna hitam untuk menggantungkan beg. Buat korang yang datang makan kat sini, bolehlah letak beg kat situ supaya lebih selesa semasa duduk menikmati hidangan. Bukannya apa mejanya agak kecil tetapi portion dan pinggan menu pulak besar. Rasannya kalau duduk bertiga memang penuh meja dengan makanan.


Garage 51 Sunway Menu

Di sini ada minuman unik picagari. Garage 51 Sunway Menu yang dimaksudkan ialah Messed Up Family Milkshake. Minuman keluarga kacau bilau katanya! Ada Father-in-Law (Avocado Chocolate Milkshake), Mother-in-Law (Matcha Milksahe), Me-Loh (Milo Milkshake), The Son (Nutella Milkshake), The Cousin (Salted Caramel Milkshake with brownies) dan The Nephew (Cookies and Cream Milkshake) dengan harga RM 18.90 setiap satu. Picagari tu dalamnya susu.

Review Garage 51 Subang
The Cousin (Salted Caramel Milkshake with brownies)

Review Garage 51 Subang
Mochatella


Kemudian ada juga promo Buy 1 Free 1 untuk Happy Hour dari 3PM-7PM, ada Mochatella (Coffee Cubes + Nutella + Milk) RM5 dan Free Flow Juice & Iced Lemon Tea.

Untuk menu makanan ada garage 51 set lunch menu Brunch, Pancake & Waffles, Dessert, Rice Bowl, Soup & Salad, Pasta, Fitness Menu, Light Bites, Burger & Sandwich serta Build You Own Meal. Menunya memang banyak jadi korang kena tengok sendiri buku daftar menu kat sini.

Review Garage 51 Subang

Review Garage 51 Subang
Spaghetti Basil-Spinach Pesto with Grilled Chicken RM25


Review Garage 51 Subang
Butter Chicken Burger with Fries RM25

Review Garage 51 Subang
Fish & Chips with Hollandaise RM23

Review Garage 51 Subang
Garage Pancake with Nutella, Fresh Berries & Ice Cream RM22


Garage 51 Review

Untuk 6 hidangan yang Kak Bell order (termasuk 2 minuman), semuanya sedap! Baru cuba beberapa menu je ni. Sangat puas hati dengan portionnya yang besar. Garage 51 menu price sangat berbaloi dengan saiz hidangan, rasa dan juga presentation makanan. Ayam untuk Basil Pesto tu sangat juicy, sampai malam dah takeaway pun masih sedap ya!

Review Garage 51 Subang

Selain makanan yang sedap, suasana makan kat sini pun best sebab sangat santai untuk lepak dan chill dengan kawan-kawan. Korang patut datang cuba makan kat sini.

Garage 51 Halal Ke Tidak? Is It Halal?

Mesti ramai yang akan tanya Garage 51 halal ke tidak. OK, Garage 51 tidak mempunyai sijil Halal tapi pork-free cafe (Non-halal certified-Pork-Free). Jadi terpulang kepada anda sebab makan mengikut budi bicara anda sendiri berkaitan perkara ini.

Garage 51 by Coffee Societe
51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No Telefon : +60 3-5612 5618
Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad
11:00 am – 11:00 pm

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post