App McDonald’s Malaysia Perkenal Ciri Baharu Order & Collect - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal App McDonald’s Malaysia Perkenal Ciri Baharu Order & Collect

Trending

App McDonald’s Malaysia Perkenal Ciri Baharu Order & Collect

App McDonald’s Malaysia Perkenal Ciri Baharu Order & Collect|Siapa sahaja yang tidak suka makan di McDonald’s. Boleh dikatakan setiap orang mesti pernah membuat pesanan McDonald’s order online (mcdonald delivery). McD menu pun enak dan ada banyak pilihan seperti burger, ayam goreng, kentang goreng, aiskrim dan juga pelbagai pilihan kopi diperkenalkan oleh restoran khidmat segera popular ini. Buat korang yang gemar membuat pesanan melalui McDelivery, Kak Bell nak kongsi tentang ciri baharu Order & Collect di aplikasi McDonald’s. Nak tahu, jom baca lebih lanjut.

App McDonald’s Malaysia

Menikmati hidangan kegemaran anda di McDonald’s menjadi lebih mudah dengan ciri Order & Collect baharu yang terdapat dalam aplikasi McDonald’s. Ciri aplikasi baharu ini menawarkan pengalaman yang lancar kepada pelanggan, membolehkan pelanggan memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana mereka ingin mengambil pesanan mereka, secara terus melalui telefon bimbit untuk mcdonalds order online/mc delivery. Lebih mudah lah nanti kalau nak buat pesanan McD Breakfast menu atau McDonald’s Happy Meal untuk kanak-kanak.

McDonald’s Malaysia secara konsisten berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, sama ada di restoran, secara dalam talian mahupun melalui aplikasi McDonald’s. Sama ada anda seorang ibu atau pelajar, ciri McDonald's Order & Collect ini direka untuk menjadi alat yang menjimatkan masa dan membolehkan pelanggan memesan hidangan menu McDonald’s kegemaran dengan mudah hanya dengan satu klik. Pesanan akan disediakan serta merta oleh cawangan restoran yang dipilih pelanggan selepas pembayaran dibuat melalui Visa atau MasterCard.

Ciri Baharu Order And Collect Di Aplikasi McDonald’s Malaysia

Ciri baharu ini membolehkan pelanggan memesan dan membayar makanan secara terus melalui aplikasi McDonald’s. Pelanggan boleh memilih untuk mengambil pesanan melalui empat cara di restoran McDonald’s yang dipilih melalui ciri baharu Order & Collect di aplikasi McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia

Setelah memuat turun McD app Malaysia (bukan app McDelivery Malaysia), klik pada order dan select restaurant McD near me. Korang akan nampak logo McD yang available untuk menggunakan ciri Order and Collect. Setelah buat pilihan restoren terdekat, korang perlu pilih samaada nak buat pesanan Bawa Pulang (Takeaway), Makan di Restoran (Dine-in), Pandu-Lalu (Drive-Thru) atau Pandu-Masuk (Drive-In). Di aplikasi juga akan tunjukkan masa operasi bagi ciri pilihan berkenaan. Berikut ini adalah empat cara bagaimana nak membuat pesanan McD menu kegemaran korang.


1. Bawa Pulang (Takeaway)

Pelanggan tidak perlu lagi beratur di restoran setelah membuat pesanan melalui telefon bimbit, dan hanya perlu mengambil pesanan mereka di kaunter.

Bawa Pulang (Takeaway)

2. Makan di Restoran (Dine-in)

Pelanggan boleh duduk bersantai di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit mereka. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja mereka di restoran.

Makan di Restoran (Dine-in)

3. Pandu-Lalu (Drive-Thru)

Pelanggan boleh membuat pesanan awal dan mengambil pesanan di restoran Pandu-Lalu dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran.

Pandu-Lalu (Drive-Thru)

4. Pandu-Masuk (Drive-In)

Pelanggan boleh meletakkan kereta mereka di tempat letak yang disediakan di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit. Pesanan akan disediakan serta-merta dan dihantar ke kereta pelanggan.

Pandu-Masuk (Drive-In)


Malaysia Pasaran Pertama Asia Tenggara Menggunakan Ciri McDonald's Order And Collect

Ciri Order & Collect pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 di restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri ini. Kalau korang semak masih tiada ciri ini, don't worry sebab McD akan tambah dan kembangkan ciri ni di semua restoren mereka di Malaysia.

Order And Collect

“Di McDonald’s Malaysia, kami sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Kita kini berada dalam era dimana semua pengguna saling terhubung antara satu sama lain. Kemahuan dan keperluan mereka telah berubah, dan kemudahan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesanan. Ini adalah pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
“Perubahan pantas terhadap permintaan dan apa yang diharapkan pelanggan memerlukan syarikat-syarikat makanan dan minuman (F&B) menjadi lebih tangkas, dan di McDonald’s, kami perlu bergerak pantas setanding dengan perubahan pasaran. Teknologi dan pendigitalan akan terus memainkan peranan penting dalam memacu perniagaan, dan kami akan memberi fokus dalam menyediakan pengalaman yang sentiasa dipertingkatkan dan bersesuaian dengan pelanggan kami, khususnya melalui aplikasi McDonald’s,” kata Melati.


Dilancarkan pada April 2018, aplikasi McDonald’s pantas menjadi salah satu aplikasi di kedudukan teratas di Malaysia. Sejak daripada itu, aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh sembilan juta pengguna di Apple Store dan Google Play Store. Ia juga merupakan antara aplikasi paling popular yang memberikan nilai hebat dan penjimatan untuk hidangan McDonald’s kegemaran pelanggan.

Kak Bell sudah mula menggunakan ciri ini melalui McD app. Duduk siap-siap kat meja, buat order nanti depa tolong hantarkan hidangan McDonald's korang. Walaupun sebelum ni dah cepat ada kaunter layan diri dan cuma collect hidangan di kaunter, sekarang ni lagi mudah dan pantas dengan ciri baru McD app ni! Tak payah nak beratur dan dapatlah kita minimalkan contact dengan orang sekeliling.

App McDonald’s Malaysia Order And Collect

App McDonald’s Malaysia

Selain itu, apa yang Kak Bell suka di aplikasi Mcd ni ada tawaran hidangan promosi di bahagian McDonald's Deals. Memang berbaloi sangat sebab lebih murah dan dapat lebih banyak hidangan McD. Untuk McD Deals ni korang perlu pesan di kaunter lah. Kemudian ada juga McCafe Rewards.

Mulai sekarang hingga 6 Mac, pelanggan boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila mereka membelanjakan RM25 untuk Order & Collect melalui Visa. Untuk pengalaman ciri Order & Collect baharu, muat turun aplikasi McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store. Bersempena dengan musim perayaan tahun baru Cina ni, korang dah order ke McD Prosperity Burger? Jom muat turun McD app dan cuba cara baru order McDonald’s. Pasti tidak mengecewakan!

Untuk maklumat lanjut layari https://www.mcdonalds.com.my/


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post