Minggu lepas kucing Kak Bell, Cici masuk wad untuk sebuah surgeri. Hari ni
kira dah masuk 6 hari selepas operation. Alhamdulillah semua berjalan
lancar. Kisahnya pada Ahad lepas Kak Bell ingatkan si Cici nak beranak sebab
cairan amnion atau yang disebut juga air ketuban dah ada keluar. Tapi dah
beberapa jam tetap tak melahirkan. Rupa-rupanya anak kucing mati dalam perut
dan menyebabkan jangkitan pada rahim kucing.
Cici Kena Jangkitan Pada Rahim Kucing iaitu Pyometra
Biasanya kalau kucing nak beranak, kita akan perasan depa ni akan mula cari
tempat nak beranak atau nak bersarang. Kemudian gelisah tak tentu hala ke
sana sini dan bunyi bising. Kak Bell perasan Cici ada keluar masuk litter
box 2-3 kali tapi tak kencing. Ingatkan dia nak beranak dalam litter box.
Kemudian nampak macam ada keluar something dari nonok dia. Kak Bell asingkan
dia dan tunggu dia beranak. Tapi tak kunjung tiba, rupanya yang keluar tu
adalah discaj atau nanah disebabkan Cici kena jangkitan pada rahim kucing
iaitu pyometra.
Sebab dah tunggu beberapa jam, dah usap perut dia masih tak beranak, mula la
rasa tak sedap hati. CIci masih keluar masuk litter box dan baru Kak Bell
dapat amati betu-betul dan konfem yang keluar tu adalah discaj sebab warna
warna discaj pyometra kucing adalah warna coklat atau pink merah. Then dia
pun dah mula start muntah, jadi memang sahlah kena pyometra ni. Nak tahu
lebih lanjut boleh baca kat artikel sebelum ni pasal
pyometra Muezza
dan
Yaya
(2 ekor dah pernah kena sakit ni).
Untuk kes sebelum ni berbeza dengan kes Cici yang disebabkan anak dia mati
dalam perut. Lepas check-up semua dan confirm jangkitan rahim, Cici operate
petang tu jugak sebab dah kritikal. Bahagian perut dia besar macam hamil.
After surgeri selesai, doctor veterinar cakap memang ada 2 fetus (janin
kucing) dalam perut yang dah mati dan menyebabkan jangkitan rahim. Masa sign
borang consent tu risau jugak sebab doc cakap keadaan dah teruk dan ada
risiko yang lepas surgeri pun ada cat yang tak boleh survive. Vet on
antibiotik dulu sebelum bedah sebab approximate dah seminggu dia sakit.
Nasib la tau juga bila discaj keluar (pyometra terbuka). Kalau pyometra
tertutup memang innalillah lah.
Kucing Mengandung Berapa Bulan?
Sebagai pemilik, pentingnya kita memperhatikan kucing yang hamil. Bagi
menjawab soalan kucing mengandung berapa bulan, pada umumnya kucing akan
melahirkan bayi kucing pada hari ke 64 sampai 67 atau hari ke 58 sampai 67
masa kehamilan. Biasa memang payah untuk kita menentukan hari pertama
kehamilan, dan sebab tu ada masa tenggang sampai hari ke 67. Jika sudah
melebihi 67 hari, kucing perlu dibawa ke vet untuk pemeriksaan lebih lanjut
dan operasi pembedahan cesar.
Masa Mengandung Kucing Berapa Bulan?
58 – 67 hari
64 - 67 hari
58 – 67 hari
64 - 67 hari
Memahami Tanda Anak Kucing Mati Dalam Perut
Untuk kes Cici memang Kak Bell tahu dia preggy tapi tak sangka pulak anak
kucing mati dalam perut. Terdapat beberapa tanda anak kucing mati dalam
perut dan salah satu kesan anak kucing mati dalam perut akan menyebabkan
keluarnya discaj atau nanah dari kelamin kucing. Berikut adalah ciri-ciri
janin kucing mati di dalam kandungan.
1. Kucing mengalami stress dan gelisah
2. Alat kelamin kucing berbau busuk
3. Keluar discaj berwarna/nanah kerana jangkitan pada rahim (daerah reproduksi)
4. Perut kucing besar, tidak kunjung kempes dan tiada pergerakan
5. Ada pendarahan yang tidak normal pada kelamin kucing
6. Keluar cairan sebelum waktu melahirkan (air ketuban pecah awal)
2. Alat kelamin kucing berbau busuk
3. Keluar discaj berwarna/nanah kerana jangkitan pada rahim (daerah reproduksi)
4. Perut kucing besar, tidak kunjung kempes dan tiada pergerakan
5. Ada pendarahan yang tidak normal pada kelamin kucing
6. Keluar cairan sebelum waktu melahirkan (air ketuban pecah awal)
Ubat Kucing Selepas Pembedahan
Sekarang Cici masih lagi dalam pengambilan antibiotik. Kak Bell akan bawa
semula ke Vet untuk buka jahitan pada hari ke-10. Cici ni pulak bukan main
payah nak makan ubat. Dah pakai syringe pun dia punya meronta-ronta susah
nak kata. Tapi lepas bedah ni dia lagi manja dari sebelumnya. Dah operate
tetap nak tido sebelah atas katil ye. Dulu nak pegang tak boleh garang ya
rabbi. Maybe dia happy kot selepas selamat di bedah. Berikut adalah antara
ubat kucing selepas pembedahan untuk Cici.
- Antibiotik Baytril (potong 4, kena simpan balik dalam foil sebab tak boleh kena udara)
- Ubat tahan sakit Metacam Syrup
- Tablet antibakteria Flagyl (Metronidazole)
- Ubat sapu Polybamycin (pada tempat luka jahitan)
Kos Biaya Mengeluarkan Anak Kucing Yang Mati Dalam Perut
Seperti Kak Bell maklumkan, yang Cici kena pyometra/jangkitan dalam rahim
disebabkan ada fetus mati dalam tu. Jadi kos biaya mengeluarkan anak kucing
yang mati dalam perut lebih kurang sama dengan kos sebelum ni pada Yaya.
Biaya operasi anak kucing mati dalam perut ni bergantung pada vet atau
hospital yang korang pergi. Disebabkan Kak Bell dah emergency, pergi je
hospital terdekat sebab malas nak pening-pening. Duit nanti kita cari lagi
ye.
Mesti ada yang akan tanya soalan-soalan killer seperti cara mengeluarkan
anak kucing yang mati dalam perut tanpa operasi/bedah atau cara mengeluarkan
anak kucing yang mati di dalam perut. Jawapannyan tak lain tak bukan, kena
bawa ke vet atau hospital veterinar untuk keluarkan fetus/janin atau anak
kucing yang dah mati. Mesti operasi dengan dokter ye! Toksahlah bagi itu ini
supaya nyawa kucing korang pun selamat. Tak ada cara mengeluarkan anak
kucing yang mati dalam perut tanpa operasi pembedahan!
Nak mudah atau cara mengetahui anak kucing mati dalam perut, just perlu
meraba perut induk kucing tersebut, jika ada benda keras atau mungkin ada
pergerakan, maka ada kemungkinan anak kucing yang masih tertinggal di rahim
induk kucing. Kemudian tengoklah perubahan sikap kucing korang. Mesti korang
akan perasan tanda-tanda anak kucing mati dalam perut.
Jadi apa yang penting kena selalu perhatikan dan pantau kucing kita.
Perhatikan jika ada tanda-tanda komplikasi atau benda pelik, berkemungkinan
kucing korang tengah sakit. Kak Bell doakan agar semua urusan korang lancar
dan dipermudahkan dan begitu juga dengan urusan Kak Bell juga. Aminn.