5 Tip Beli Rumah Pertama Di Malaysia Anda Perlu Tahu | Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 5 Tip Beli Rumah Pertama Di Malaysia Anda Perlu Tahu | Bella Jamal

Trending

5 Tip Beli Rumah Pertama Di Malaysia Anda Perlu Tahu | Bella Jamal

5 Tip Beli Rumah Pertama Di Malaysia Anda Perlu Tahu | Hujung tahun lepas Kak Bell buat keputusan nak beli rumah pertama. Kebetulan kereta pun dah nak habis bayar, jadi rasanya dah sampai masa nak memiiki rumah sendiri. Terus tak fikir panjang, lepas usha projek perumahan yang sesuai jadi Kak Bell buat booking untuk RUMAHWIP di Pantai Hill Park. Mulanya loan tak lepas sebab high komitmen. Dah setel PTPTN, akhirnya bank cakap kuota penuh. Sis pun tak faham, so berkuburlah harapan. Apapun ada hikmahnya tu. Tunggu rezeki lain dan kukuhkan kewangan supaya lebih stabil.


Sekarang Kak Bell menyewa dah lebih 15 tahun. Rasa lagi bagus beli rumah, tambah sikit duit dan tak payah fikir banyak sebab rumah kita sendiri. Buat korang yang nak beli rumah kena tanya diri sendiri samaada nak beli rumah untuk tinggal sendiri atau sebgai pelaburan property. Kalau untuk jana duit, bolehlah dijadikan rumah sewa tapi kalau untuk duduk sendiri perlu ada kewangan yang kukuh sebab cash flow mungkin sedikit terganggu. Ni ada beberapa tip beli rumah. Nak cara yang lebih details mungkin boleh rujuk agen hartanah lah.


1. Tentukan Kemampuan Kewangan
Bergaji kecil tak semestinya jadi penghalang daripada kita membeli rumah pertama. Selagi kita bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan, insyaAllah semuanya dipermudahkan. Sedia maklum, kita boleh keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk membantu membayar pinjaman pembelian rumah. Then, mestilah kena hantar permohonan pinjaman perumahan dengan bank.


Kebiasaanya pembeli rumah perlu perlu membayar atau mengeluarkan 10% daripada harga pembelian rumah untuk dijadikan sebagai bayaran pendahuluan manakala selebihnya harga hartanah dibiayai melalui pinjaman bank. Bagi penjawat awam yang berjawatan tetap bolehlah memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA.

Dalam bidang hartanah, ada istilah yang dikenali sebagai Income-to-Mortgage Ratio bagi menentukan kemampuan kewangan untuk beli rumah. Jadi pinjaman rumah anda tak patut melebihi satu pertiga (1/3) dari gaji kasar (gaji sebelum ditolak cukai + perbelanjaan + etc). Ada banyak kos lain dalam membeli rumah yang anda perlu ambil kira termasuklah bayaran wang pendahuluan/downpayment, kos guaman, duti setem, Memorandum Of Transfer (MOT), dan banyak lagi.


Cara nak kira pinjaman maksimum rumah

Cara nak kira pinjaman maksimum rumah adalah seperti di berikut:

Gaji kasar x 30 /100

Contohnya, kalau gaji anda RM3,000 sebulan, anda tak sepatutnya membayar lebih daripada RM900 untuk pinjaman perumahan.

Katakan anda nampak rumah berharga RM500,000. Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM2,533. Berdasarkan had RM900 tadi, rumah ini bukanlah untuk anda.

Kemudian anda jumpa pula rumah berharga RM170,000. Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM861. Yang ni lah anda mampu milik! Kalau nak senang sikit, bolehlah gunakan kalkulator ini untuk mengagak harga rumah yang anda mampu miliki tu.


2. Pilih Rumah Yang Sesuai Dengan Keadaan
Setelah dah tahu jumlah pinjaman yang mampu, bolehlah mula survey rumah yang ingin dibeli. Mungkin korang boleh beli rumah kecil dan murah sebagai permulaan mengikut kemampuan. Bak kata orang ukur baju di badan sendiri. Korang boleh beli rumah subsale (rumah second hand) atau beli rumah baru, juga dikenali sebagai rumah undercon.


Diantara faktor yang boleh korang survey seperti dekat tak dengan tempat kerja, keadaan trafik, keluasan rumah, berapa bilik, apa kemudahan asas, kawasan selamat dengan pak guard dan sebagainya. Macam Kak bell pilih Pantai hill Park sebab dekat nak ke office, mudah nak keluar masuk KL dan berdektan dengan Hospital veterinar. Sekarang dah selalu berlaku banjir, faktor ni pun boleh korang ambil kira.

Tengok juga inisiatif rumah kerajaan seperti PR1MA, PPR, RUMAWIP dan Rumah Selangorku. Kalau anda berstatus bumiputera, perhatikan manfaat seperti lot bumiputera, kuota bumiputera, dan diskaun bumiputera.


3. Beli Rumah Lebih Daripada Kelayakan
Jika diikutkan gaji, korang layak beli rumah berharga RM500,000. Tapi korang beli rumah berharga RM400,000. Tindakan ini adalah tepat sebab untuk Debt Service Ratio (DSR)/Nisbah Khidmat Hutang korang bernafas. Benda ni penting supaya kita tidak terikat dengan hutang bank melebihi kemampuan sehingga tidak langsung mempunyai simpanan lain.


13 Jenis Rumah/Hartanah Di Malaysia

Berikut adalah jenis rumah/hartanah di Malaysia

1. Condominium (Kondominium)
2. Serviced Apartments (Pangsapuri Servis)
3. Apartment
4. Rumah Flat
5. Terrace/ Link House (Rumah Teres/ Link)
6. Bungalow (Banglo)
7. Duplex
8. Dual Key
9. Townhouse
10. Penthouse
11. Semi Detached (Separa Berkembar)
12. SOHO/ SOVO/ SOFO
13. Retail/ Shop Lot (Rumah Kedai/ Lot Kedai)


4. Pastikan Mempunyai Sejarah Dan Skor Kredit Yang Baik
Pastikan laporan kredit dan skor CTOS berada dalam keadaan yang baik. Dua perkara ini sangat penting untuk memastikan korang dapat pinjaman perumahan. Mesti kena ada sejarah pembayaran kredit yang baik sebab bank akan gunakannya untuk mengira samada seseorang tu layak atau tidak untuk mendapat pinjaman yang dimohon dari bank. Ianya bergantung kepada terma dan syarat setiap bank yang berkenaan. Biasanya, anda kena pastikan DSR di bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000.

Selain itu, anda juga perlu semak report kredit CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit). Report ni sangat penting kerana mengandungi pelbagai maklumat kewangan peribadi yang akan digunakan oleh bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan. Bank akan menilai rekod prestasi korang membuat pembayaran hutang dan mereka akan menilai sama ada korang layak untuk membuat pinjaman perumahan atau tak.


Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Rumah?

Mesti dengan keadaan sekarang buat kita fikir 10 kali kalau nak beli rumah. Tengan pandemik Covid adakah masa yang sesuai untuk membeli rumah?

5. Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Rumah?
Dengan apa yang sedang berlaku disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, sentimen pembeli rumah memang makin menurun. Kalau untuk kegunaan anda sendiri, sekarang adalah masa yang bagus untuk membeli rumah.


Rumah ni adalah satu keperluan, bukan kemahuan. Berdasarkan Hierarki Keperluan Maslow, salah satu faktor penting yang manusia tak boleh kalau tak ada (selain dari udara, air, dan makanan) adalah tempat perlindungan. Jadi sebelum beli rumah, perlu jugalah kita kaji dan lihat sejarah pasaran di Malaysia. Berdasarkan kajian, pembeli anda akan mendapat pulangan terbaik jika membeli setahun selepas kemerosotan ekonomi.

Menurut penganalisis, mereka yakin yang industri hartanah cukup berdaya tahan, dan akan melonjak semula. Kaji selidik dan ramalan ini disokong oleh pergerakan harga, jumlah, dan nilai semasa kemelesetan dan wabak virus yang pernah berlaku pada masa lalu.

Pembelian rumah merupakan satu proses pembelian yang terbesar dan boleh dikatakan paling menakutkan yang korang akan buat daam hidup. Ianya satu proses yang memerlukan komitmen kewangan yang besar dan habis jika tersilap langkah! Kena pastikan yang kita mampu untuk buat bayaran bulanan, selain menyesuaikan diri dengan perbelanjaan lain. Walau apa-pun semoga urusan kita dipermudahkan dan dikurniakan rezeki untuk memiliki rumah sendiri satu hari nanti. Selamat beli rumah!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post