5 Aktiviti Menarik Di Pusat Beli-belah 1 Utama Shopping Centre! | 1 Utama
Shopping Centre merupakan largest shopping mall di Malaysia. Ia mempunyai
slogannya yang tersendiri iaitu “It’s All in One”, bagi mempromosikan idea
membeli-belah dan hiburan kepada para pengunjung di bawah satu bumbung.
Selain pengalaman beli-belah, 1 Utama Shopping Centre juga menawarkan
pelbagai aktiviti sukan yang menarik untuk para pengunjung. Tidak perlu
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, kerana anda boleh lakukan
semuanya di sini! Teruskan membaca untuk ketahui aktiviti manakah yang boleh
anda cuba bagi memenuhi debaran adrenalin anda!
Rindu nak meluncur tapi tiada masa hendak ke pantai? FlowRider adalah tempat
yang sesuai untuk anda asah kemahiran anda dalam sukan papan luncur air.
Bagi sesiapa yang tiada kemahiran meluncur, usah risau kerana tenaga
pengajar di FlowRider akan akan mengajar memastikan para pengunjung
berpeluang untuk mempelajari kemahiran meluncur yang pastinya mengujakan!
Para pengunjung yang ingin rasai aktiviti eksrem terjun udara atau
“skydiving”, bolehlah kunjungi WINDLAB yang terletak di dalam 1 Utama
Shopping Centre. Dahulunya tempat ini dikenali sebagai Air Rider Indoor
Skydiving, ia menawarkan pengalaman terjun udara pada ketinggian 14,000 kaki
kepada para pangunjung. Mereka juga akan dibekalkan dengan peralatan yang
lengkap untuk keselamatan seperti sut, topi keledar dan cermin mata.
Pada yang tidak tahu, Rollerwa adalah sebuah gelanggang aktiviti berkasut
roda yang berasal dari Korea. Rollerwa telah dibuka baru-baru ini pada 23
Disember 2021, menawarkan pengalaman yang menyeronokkan! Di gelanggang ini
juga dilengkapi dengan muzik dan lampu yang berwarna-warni untuk memberi
keceriaan semasa bermain kasut roda. Para pengunjung boleh membawa kasut
roda mereka sendiri, atau boleh menyewa kasut roda di sini. Jika anda minat
akan aktiviti berkasut roda dan budaya K-Pop, pastikan anda tidak lepaskan
peluang untuk ke Rollerwa!
Morac Go Kart juga baru dibuka pada Disember lepas. Rasa debaran adrenalin
dengan melakukan aktiviti go kart di sini. Morac Go Kart menawakan litar
yang luas dan suasana yang seronok untuk penonton dan pelumba. Trek
sepanjang 420m ini akan memberi kepuasan kepada para pelumba untuk berlumba
dengan penuh kelajuan!
Saranghae Bridge merupakan tempat yang tidak memerlukan anda untuk melakukan
aktiviti yang ekstrem. Tempat ini sesuai untuk anda bersantai dan menikmati
keindahan lampu LED yang cantik terutama pada waktu malam. Di sini juga para
pengunjung boleh ‘kunci cinta’ mereka dengan menggunakan mangga dan kuncikan
di pagar-pagar yang disediakan. Pada yang suka mengambil gambar dan inginkan
suasana romantik, bolehlah singgah ke sini!
1 Utama Shopping Centre terletak di Petaling Jaya, hanya 20 minit perjalanan
dari Kuala Lumpur. Banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di
sini selain dari yang disenaraikan di atas. Anda pasti tidak sabar untuk
mencuba semuanya, bukan? Jadi jangan tunggu lagi, ajak kawan-kawan dan
keluarga anda #PusingSelangorDulu pada hujung minggu ini!. Lebih lanjut
boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor.